Jr Istana Qaseh

UFAIRAH AMNIE MOHD FAHMI
24~april~2012
12.10pm
3.45kg
normal
------------------
moga menjadi anak solehah sayangku.

SELAMAT DATANG KESAYANGAN

24-April-2012
12.10pm
23 april 12,overdue 9 hari..adeq xmahu keluar juga,mama terpaksa serah diri.
jam 9.40am doc memeriksa bukaan.Dalam hati mama berdoa.moga ada keajaiban.
dan alhamdulillah 2cm tanpa sakit.
jam 10.30am..pakar pula datang.check lagi dan lagi.
lega!dah 3cm.
tak payah masuk ubat.itu yang buat mama lapang dada.doa mama dimakbul ALLAH..syukur.
tapi,
hah!yang buat mama panik..adeq besar.takut effect di tempat czer dulu.
doc bg pilihan...dan mama tetap ingin mencuba untuk normal.insyaallah ada jalannya.
seharian berlalu mama lansung tak rasa sakit.
berehat diwad..mama banyakkan doa.moga semua dipermudahkan.
jiran2 katil wad..masing2 begiliran masuk labour room.
dan seorang demi seorang bayi comel selamat dilahirkan.
huh...bila nak tiba time mama nih???
mama banyakkan berjalan.
 
jam 8pagi 24 april 12...kesakitan mula menjalar ditiap urat dan sendi.
yes..akhirnya sakit juga(boleh lagi seronok tuh)
time mama jalan keluar dari bilik untuk ambil barang dekat baba.
kaki mula krem tak dapat melangkah.
berminit juga mama seret kaki sampai ke katil.
dalam sakit tu sempat lagi makan.walaupun keadaan makin tak selesa.
kebilik air sekejap.siap2 berdandan.lawa2 nak masuk labor room.
jam 10.45am..suruh untie misi check bukaan.alhamdulillah dah 6cm.
 
dapatkan baba diluar..terkejut baba tiba2 dah nak bersalin.
pohon kemaafan dan doa dari baba.itu yang muhim.
elok baring dalam LR..kesakitan makin dirasa.ALLAHUAKBAR.
 
"laillahailla anta..subahanka inni...kuntuminnazalimin"
 
nurse buatkan CTG...check jantung kesayangan mama.dan tiba2 keadaan jadi kelam kabut.
mama perlu di czer lagi.sebab jantung adik makin down.
masa tu hanya Allah yang lebih mengetahui..perasaan mama.
rasa nak nangis.tapi mama perlu usaha sebelum pasrah.
3orang pakar datang..
yang paling tak tahan..bila doc masukkan alat untuk ambil darah adeq dikepala.
betul2 buat mama sedih.
adeq keluarla sayang..itulah pujukkan yg selalu mama lafazkan.
urusan untuk tolak mama ke bilik OT pula.
dalam diam mama cuba teran perlahan2.
sekali lagi keajaiban berlaku...Allah tolong kita sayang.
ketika nurse nak masukkan paip..mama dengar cik misi cakap,dah buka penuh.
10CM!
subahanaallah.
dalam ketidakpercayaan tu bersama tenaga yang ALLAH kirimkan.
3kali teran...
ALHAMDULILLAH
yang ditunggu kini didepan mata.dalam perlukkan mama.
Mujahidah Solehah kiriman ALLAH
 

overdue hari ke8

assalamualaikum...

Setelah diberi tempoh due selama 9hari lagi...setiap hari...hari yg ditempuh penuh debaran.Mama nanti kedatangan Jr dengan penuh harapan.harapan yg amat tinggi.Bila kesakitan mula menjengah...mama harapkan biar kesakitan yang benar2,supaya mama tahu apa yg perlu dilakukan...tapi sayang...kontraksi tu jengah buat seketika...kemudian hilang.
betul sayang..pelbagai petua yg org beri..mama amalkan.supaya sayang hadir dengan selamat diriba mama.mama rindu sayang...bila doktor katakan tiada sebarang masalah,dan sayang betul2 dah bersedia untuk keluar...mama jadi perindu yang setia.setiap detik mama nanti...dan akhirnya mama pasrah...ni antara Allah dan sayang...dia penentu segalanya...
sebagai hamba...kita hanya mampu merancang tapi perancang terbaik adalah DIA bukan kita...mahupun siapa2.
ada juga doktor ingin membantu andai mama tak mampu lagi.tapi mama abaikan.mama masih mampu mengendong sayang.lagipun mama tak alami sebarang kesakitan yang melampau atau serius.
Harini dah hari ke8...esok kalau sayang tak keluar juga...mama terpaksa serah diri di hospital seawal 8pagi.huhuhu....apapun mama doakan segalanya dipermudahkan..dan moga mama tak merasa sakit di induce...sebab dari pengalaman teman2...mereka mengatakan induce itu sakitnya 2 kali ganda.jadi kalau buleh mama xmau alaminya..tak sanggup.dan dipenghujung doa...mama kembalikan segalanya pada Allah..
Insyaallah moga Allah permudahkan urusan mama.

mood ; tak sabar nak tatap wajah comelmu sayangku...
              Mujahid ker Mujahidah.....???

Cepat keluar dik!!!

40 minggu
Rasa jr nak kuar awal jer hari tu.
minggu ke 37 mula menunjukkan tanda.
Minggu ke 38 jalan dah buka 1cm.
Oleh kerana sakitnya main2.mama tak bersedia ke hospital lagi.
Biarlah sakitnya betul2 terasa.
Sekali...
sampai sekarang jr xkuar lagik.
Apa yang ditunggu lagi sayangku?
Nenek yg dinanti dah pun sampai ke Teratak Qaseh kita.
Cepat keluar sayang...mama dah rindu.

Pagi tadi ke KKIA...
JM suh mama jumpa doc untuk buat check up lanjut.
kena scan lagi...untuk tengok JR mama betul2 sht.
Nak pastikan kedudukkan Jr dan tali pusat.
Dan...
Alhamdulillah Jr mama baik2 jer.
tunggu jer,kata doktor.Jr dah masuk laluan...
9 hari tempoh diberi...
moga anak mama keluar dalam waktu ni yer sayang.
jangan bagi deaorang induce mama tau...
mama takut...

Semua Jadi Tak Kena

Allahuakhbar...sesekali mencengkam.seminit dua dilepaskan.Kemudian berulang lagi...lagi dan lagi.cuba mengira waktu...20minit sekali...kemudian cengkaman sakit menjadi setengah jam pula.kemudian rentak sakitnya tak menentu.bukan semakin cepat.dan kesakitan hilang lagi.hadoi...tahulah mama masanya belum tiba lagi.Besabarlah duhai hati...
Tidur pun dah tak menentu.sejak kebelakangan nih,kaki mama kerap kena sentap.orang utara pangil tarik mengkarung.aduhai mengelupur mama bila cik mengkarung tu datang tarik kaki.uhuuu..cik mengkarung oii,boleh tak awak main tarik tali ker,tarik aper ker.tak yoh ler dok men tarik kaki...mama nak tido puas2.mama letih tau...
Kakak techik pula sekarang dah semakin banyak ragam...xleh disentuh sikit...alahai...tadi petang adunan kuih bingka mama...seberkas tumpah.gara2 kakak techik rajin nak tolong mama.aduhai...aduhaiiii...

apapun terima kasih Allah atas segala kurniaanMu....