Showing posts with label Ad-din. Show all posts
Showing posts with label Ad-din. Show all posts

Salam Maulidur Rasul


Selamat menyambut hari keputeraan Baginda Rasul...menyambut dalam erti kata sebenar kita benar2 menyayanginya.Mengenali diri Baginda insan terulung dan terunggul.Dan sama2 mencuba untuk medalani segala sikapnya.Sememangnya kita tidak mampu menjadi sepertinya kerana kita manusia yang tiada kesempurnaan.Namun berusahalah untuk mencontohi segala sikapnya.Muhammad adalah contoh dan ikutan terbaik!Bertapa Hebatnya cinta Muhammad s.a.w kepada kita.Hingga nafas terakhir Baginda menyayangi kita umatnya.mengingati nasib diri kita.Mulia sungguh insan yang begelar AL-AMIN itu. 
sempena hari yang besejarah ini marilah kita memperbanyakkan titipan selawat buat baginda.moga2 kita terhimpun didalam golongan yang mendapat syafaat baginda Rasul s.a.w.insyaallah...

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
lahirnnya zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

say no!


Sedih!setiap kali hampir 14hb febuari...permasalah kronik yang sama jugalah yang mendapat tempat didalam masyarakat kita.Permasalahan yang membuat ulama2 bersidang..mengeluarkan hukum!namun tetap benda sama jugalah yang akan berulang setiap tahun.Bilalah masyarakat akan mengambil serius tentang benda2 ni.
hari "berkasih sayang" dilabelkan pada tanggal ini.Hemmm kalau 14 feb tu hari berkasih sayang..camna pula dengan tarikh2 lain..apa tak ada lagikah kasih sayang...?penting sangatkah tarikh ni pada kehidupan kita?
paling sedih bila ada yang mengatakan "kami hanya menjual bunga ni,bukan menyambut pun" aduh parah sungguh kejahilan sesetengah masyarakat kita.kalau jawapan ni diberi oleh non muslim,boleh juga diabaikan. ni jawapan yang diberi oleh orang yang mengaku muslim..yang bertudung!yang nama ada bin dan binti... astaghfiruallah!betul2 jahil...
sekali lagi sejarah valentine's day disingkap kembali....mungkin diaorang benar2 tak mengetahui..
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

terdapat banyak versi tentang si st.valentine..namun endingnya tetap sama dia dibunuh pada tanggal 14hb febuari.
so siapakah valentine ni dalam diri kita selaku umat muhammad...?yang percaya adanya Allah....!ulama sepakat mengatakan sambutan hari kasih sayang ni adalah Haram...!justeru untuk apa kita ni meraikan hari yang diraikan oleh orang yang bukan islam..islam memerintahkan kita berkasih sayang setiap masa.bukan dihari2 tertentu...kita diciptakan memang untuk berkasih sayang kerana Allah....
takpayah la susah2 nak perjuang kasihnya si valentine tu..takder apa2 pengaruhnya buat kita pun...

Buat yang begelar isteri

Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
  “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.” Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka. Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
  Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
  kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
  Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
  Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu. Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredkaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu...

Tanggungjawab Ibu Bapa

Apabila memperkatakan tanggungjawab ibu dan bapa, maka ibulah yang selalu ditekankan.
Memang tidak dapat dinafikan besarnya peranan ibu dalam mendidik anak. Kalau tidak, masakan lahir ungkapan ‘ibu sekolah pertama’ , ‘tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia’ dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Namun, ini tidak bermakna peranan bapa kurang penting atau bapa boleh berlepas tangan begitu saja. Bapa adalah ketua keluarga dan pemimpin dalam rumahtangga.
 Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka…” adalah ditujukan kepada mereka.
Terdapat banyak contoh dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menunjukkan peranan yang dimainkan oleh bapa dalam mendidik anak.
Antaranya firman Allah yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”   (Luqman 31:13)
Jelas di sini, Luqman al-Hakim sebagai ayah menjalankan tanggungjawabnya secara langsung dalam mendidik anaknya. Allah tidak mengatakan ‘isteri Luqman berkata kepada anaknya’ atau ‘Luqman berkata kepada isterinya agar memberitahu anaknya’. Tetapi Luqman sendiri yang berbicara kepada anaknya dengan nada dan bahasa yang sangat lunak dan penuh kasih sayang.
Dengan menginsafi besarnya tanggungjawab dalam mendidik anak, seorang ayah akan berusaha sedaya mampu mendekati anaknya dengan belaian mesra dan kasih sayang. Ayah yang bertanggungjawab tidak akan berselindung di sebalik alasan sibuk, banyak kerja, ibunya ada dan sebagainya.
Lihatlah Abu al-Anbiya’ Ibrahim alaihissalam yang diperintah oleh Allah agar meninggalkan isteri tercinta bersama putera kesayangan yang masih kecil di bumi yang gersang, sepi dan kosong tanpa penghuni. Apabila baginda kembali semula ke tempat itu beberapa tahun kemudiannya, baginda tidak melepaskan peluang mendekati puteranya dan memastikan putera kesayangan itu mendapat didikan yang sempurna daripada bondanya.
Cuba perhatikan dan renungkan keadaan seorang ayah yang hebat dengan seorang anak yang beradab, digambarkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ‘Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?’ Anaknya menjawab: ‘Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.”   (As-Saffat 37:102)
Lihat! Meskipun lama terpisah, jarak yang begitu jauh, tanpa alat komunikasi yang canggih seperti sekarang, baginda tetap mempunyai hubungan yang mesra dan intim dengan puteranya. Dan apabila menerima satu perintah yang perlu disampaikan, baginda sendiri berbicara dengan puteranya secara langsung ‘Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?’. Baginda tidak menyuruh isterinya menyampaikan dengan alasan isterinya lebih rapat dengan anak, lebih memahami hati dan perasaan anak dan lebih tahu cara serta masa yang paling sesuai untuk berbicara dengan anak.
Perhatikan pula kisah Nabi Allah Yaaqub bersama putera-puteranya. Ia jelas menunjukkan betapa rapat dan telusnya hubungan antara ayah dengan anak. Yusuf menceritakan mimpinya kepada ayah, bukan kepada ibu. Abang-abang Yusuf meminta izin daripada ayah untuk membawa Yusuf keluar bersama mereka. Mereka tidak menggunakan ibu sebagai orang tengah, dan Yaaqub juga tidak menyuruh isterinya menyelesaikan permintaan anak-anaknya. Gambaran yang cukup jelas menunjukkan rapatnya hubungan anak dengan bapa dan peranan yang dimainkan oleh bapa di dalam mendidik dan menunjuk ajar anak- anaknya secara langsung.
Daripada Umar bin Abi Salamah r.a., dia berkata: “Ketika masih kanak-kanak, saya berada di bawah peliharaan Rasulullah s.a.w. Pada waktu makan, saya menghulurkan tangan ke setiap penjuru dulang untuk mengambil makanan. Maka baginda berkata kepada saya: ‘Wahai anakku! Bacalah Bismillah, makan dengan tangan kanan dan ambillah yang paling dekat denganmu.’”  (Al-Bukhari dan Muslim)
Umar adalah anak tiri Rasulullah s.a.w. Baginda dengan penuh rasa tanggungjawab mendidik anak di bawah jagaannya secara langsung. Baginda tidak menyerahkan kepada ibu anak itu sahaja untuk mengajarnya.
Sama-samalah kita berdoa agar kita menjadi ayah dan ibu yang tahu tanggungjawabnya serta melaksanakannya dengan baik dan berkesan.

::Buat Muslimah::

Duhai Gadis …
Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

BUAT WANITA

Untuk Wanita



1. Wanita yang solehah itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.


2. Wanita, apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya. Maka, masuklah ia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang dikehendakinya.


3. Saidatina Aishah berkata "Saya pernah bertanya kepada Rasulallah s.a.w. siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?" Jawab Rasulallah s.a.w. "Suaminya." "Siapa pula yabg berhak ke atas lelaki?" Jawab Rasulallah s.a.w. "Ibunya."

Kebesaran di Balik ribuan Kerahmatan

Lailatul Qadar

Rasul Saw apabila memikirkan umur umatnya yang pendek tidak seperti umat-umat terdahulu, baginda menjadi dukacita. Jika umat ini ingin bertanding dengan umat-umat terdahulu dari segi melakukan
amalan-amalan soleh, sudah tentu tidak dapat menandingi amalan-amalan kesolehan mereka. Ini disebabkan umur umat Muhammad begitu pendek, mustahil untuk mengatasi mereka. Oleh itu, Allah dengan   Rahmat-Nya telah mengurnikan malam Lailatul Qadar kepada umat Muhammad.







1.Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(Al-Quran)pada malam kemuliaan
2.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3.Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.
5.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
                                          
                                            (surah AL-QADR ayat 1-5)
   RAMADHAN kini telah sampai di minggu yang terakhir.Hanya tinggal beberapa hari lagi dia akan berlalu pergi.Betapa sayu dan pilunya hati.Dapatkah ramadhan ini aku temui lagi.Ya ALLAH panjangkan umurku dan seluruh ahli keluargaku.Hanya redho dan rahmatMU yang kami harapkan Ya ALLAH.
Sungguh mulianya ramadhan ini sehingga antara salah satu malamnya telah dijanjikan LAILATUL QADAR.iaitu malam yang kebaikannya lebih daripada seribu bulan.MASYAALLAH.Dan betapa hebatnya ramadhan ini sehingga kitap suci AL-QURAN juga telah diturunkan pada bulannya.
 
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud:

"Sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Menurut Qurtubi kemuliaan yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.


Terdapat pelbagai riwayat mengenai tarikh berlaku anugerah Lailatulqadar. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah bersabda: ''Berjagalah pada malam Lailatulqadar iaitu malam-malam sepuluh terakhir Ramadan"                       
                                                                (Riwayat: Bukhari, Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Aisyah)
Berdasarkan hadis ini, maka kebanyakan ulama berpendapat malam Lailatulqadar terjadi pada malam sepuluh hari terakhir Ramadan. Namun demikian terdapat juga ulama berpendapat malam Lailatulqadar berlaku pada salah satu malam bulan Ramadan, dan ada pula menyatakan pada malam 27 Ramadan. Perbezaan pendapat ulama dalam menentukan malam anugerah Lailatulqadar sebenarnya memberi kebaikkan kepada umat Islam. Dengan demikian, umat Islam tidak boleh memburu rahmat anugerah lailatul Qadar serkap jarang atau dengan tangkap muat sahaja dalam usaha mencari untung nasib rahmat Lailatulqadar.Ini menunjukkan Lailatulqadar adalah milik orang soleh yang secara konsisten melakukan ibadat dan mengabadikan diri kepada Allah pada sepanjang masa.
Juteru marilah sama-sama kita mencari AL-QADR ini pada 30 malam yang tersembunyi disebalik RAMADHAN.sama-sama mengabdi diri yang hina mengharap Keredhaan ILLAHI.

Imam Ghazali

Enam Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya… Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA:beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
lalu muridnya menjawab : Ibu bapa, guru, kawan dan sahabat.
Imam Ghazali membenarkan apa yang dijawab tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘MATI’.

KEDUA:apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?
lalu muridnya menjawab : negara China, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'MASA LALU'
Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA:apakah yang paling besar di dunia ini?
lalu muridnya menjawab: Gunung, bumi, matahari.
Imam Ghazali membenarkan lagi tetapi jawapan yang paling tepat ialah ‘NAFSU’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

KEEMPAT:apakah yang paling berat di dunia?
lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah".
Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘AMANAH’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA:apakah yang paling ringan di dunia?
lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan".
 Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘SOLAT’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan solat disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM:apakah yang paling tajam di dunia?
lalu muridnya menjawab : ‘ Pedang".
Lantas sekali lagi Imam Ghazali membenarkan lagi tetapi jawapan yang tepat sekali ialah ‘LIDAH"
di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Pesanan Nabi Buat Wanita


1.Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).

2.Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3.Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4.Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5.Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6.Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7.Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.
8.Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka

9.Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10.Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11.Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

12.Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Terawih




Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.


Tarawih juga disebut dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.


NIAT



أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّــة َ الــتـَّــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّــه تـَــعـَــالـَــى

"SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH 2RAKAAT KERANA ALLAH TAALA"


HUKUM


a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.

b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir.Esok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.”
WAKTU MELAKUKAN SOLAT TARAWIH
Dilakukan selepas menunaikan fardhu isya dan sunat ba'adiah 2 rakaat
BILANGAN RAKAAT
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat.

RENUNG DAN HITUNG

Firman ALLAH yang bermaksud:
"MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)

Tanda-Tanda Kecil Kiamat.FlowerSeorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
Flower
Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
Flower
Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.FlowerTersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.Flower Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.FlowerLahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.FlowerIlmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).FlowerBanyak berlaku gempa bumi.FlowerZaman sudah dekat mendekati.FlowerBanyak fitnah memfitnah.FlowerBanyak pembunuhan.FlowerBanyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.FlowerRamai orang bermegah dengan projek mega.FlowerBanyak gunung digondol dan dihapuskan.FlowerRamai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.FlowerOrang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.FlowerBanyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.FlowerBanyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.FlowerBanyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.FlowerRamai orang solihin meninggal dunia.FlowerAnak melawan ibubapa.FlowerHujan di musim kemarau.FlowerOrang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.FlowerOrang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.FlowerSetiap desa dikepalai orang munafik.FlowerTempat-tempat pengimaman sama dihias.FlowerLahir ramai anak hasil perzinaan.
Flower
Banyak minuman keras.FlowerRamai orang memutuskan tali persaudaraan.FlowerMenuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.FlowerRamai kaum suami menuruti kehendak isterinya.FlowerPara pembesar / penguasa melakukan zina.FlowerKitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.FlowerTujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.Flower Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.FlowerOrang alim sudah tidak disenangi.FlowerOrang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.FlowerBanyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.FlowerBanyak kematian secara mendadak.FlowerRamai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.FlowerAl-Quran dibaca untuk diperlagukan.FlowerUlamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.FlowerRasuah berleluasa.FlowerRamai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.FlowerRamai orang menjual-beli hukum.FlowerMemandang ringan masalah peceraian


Renungkan didalam diri dan hitungkan dengan dengan akal bertapa hampirnya kiamat dengan kita.

Ya Allah ampunkan segala dosa kami.suluhkan jalan kami dengan nur MU.ya ALLAH janganlah kau ambil kami tika kami didalam kelalaian....