Showing posts with label Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah. Show all posts

wanita @ kupu-kupu


Kasihan kupu-kupu, badanya cantik dan mempersona tetapi kalau ditambah dengan kekuatan malam, ia bermaksud lain. Hakikatnya kupu-kupu bukan semuanya keluar malam. Sebilangan sahaja yang gemar ‘berpeleseran’ pada waktu hitam pekat, itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggiran jalan.
Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan. Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tenagh kelopok bunga. Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan segar. Sesiapapun pasti melirik apabila terperasankan kelibat kupu-kupu melintasi, hati sesiapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan di hujung jari. Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa yang menginginkan,
kupu-kupu pun terbiar.
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda ada persamaan….
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda tamsilan kepada keindahan…
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda juga tamsilan kepada kerosokan dan kemusnahan..
Demikianlah wanita dijadikan Tuhan menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan. Tanpa wanita, dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki berasa rimas sebagaimana
 Nabi Adam as pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman. Agar boleh dia berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. Terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Adam as. Barulah terisi jiwa Nabi Adam as dan segala kenikmatan syurga di sekelilingnya terasa wujud.
Ternyata wanita cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kepada suntingan kupu-kupu untuk merealisasikan proses pendebungaan. Tanpa permaisuri, siapalah lelaki yang bergelar raja itu, tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami itu, tanpa wanita siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu digelar ayah itu?
Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah saw tidak mendapat ‘dorongan’ yang amat diperlukan untuk terus bangun, berpegang teguh kepada keyakian dan menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. Tanpa Aishah, barangkali banyak hadis Rasulullah saw tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. Tanpa Fatimah az-Zahrah, barangkali Saidatina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah saw yang amat disayangi. Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa as tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur dan mengaku tuhan itu. Tanpa Mashitah, barangkali tidak tebukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya. Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki lahir daripada perut wanita.
Namun seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh as telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran. Seorang wanita di zaman permulaan islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan menguyah hatinya. Seoarang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah saw dan dalam sejarah manusia sejagat ramai menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.
Alangkah besar dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dalam menambah biakan bunga-bungaan dan menambah keceriaan bumi ini. Tetapi, alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan diri sendiri dengan menerjah api.

Sayyidah Nafisah Al-Hassan

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Saydina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As-Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w.Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya.Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan neraka Allah.Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan
Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang muslimah yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir
zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempuan mereka lumpuh.
Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat, sedangkan suaminya tiada di rumah.Si ibu mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Si anak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat.Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya.Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu' Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat. Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya.Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya lantas berkata:"Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalahTuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi tersebut.Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini." Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.
Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat menyentuh perasaan bagaimana dengan air wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain.
Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya..
Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya.
Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.
Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang
membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya
sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan
kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya
diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Allah anugerahkan
kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi wanita akhir zaman ini.
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah
akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Inspirasi Hidupku

                       

SERIKANDI TERBILANG KHAULAH AL-AZWAR
--------------------------------------------------
Engkaulah serikandi Islam Pahlawan di zaman silam
Pedang Allah Menjadi Gelaran mu
Terkenal berani serta tangkas
Cinta mu pada Rasul terserlah
Mengorbankan diri Ke tengah musuh
Tangkas mu menjadi persoalan
Siapakah diri mu sebenarnya
Berbekalkan cinta Takutkan Tuhan
Segala-galanya Sanggup dikorbankan
Agar Islam Terus dipertahankan
Hebatnya engkau
Khaulah Al-Azwar
Demi Tuhan yang Maha
Pemurah dan Pengasih
Khaulah memacu kudanya Ke medan pertempuran
Membangkitkan semangat Juang seluruh pasukan
Memburu syuhada' Yang Tuhan janjikan
Perjuangan kebenaran Mahal nilainya
Emas bahkan darah pun
Takkan terbayar
Jadi pandangan hati seorang hamba
Yang cinta dan takutkan Tuhan
Khaulah Al-Azwar
Engkaulah serikandi terpilih Menjadi idola remaja
Peribadi mu menjadi contoh ikutan
Agar islam kembali cemerlang gemilang
Khaulah Al-Azwar


Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.
Panglima tentera Khalid Al-Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja.Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup.Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah kamu semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah kamu sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah kamu dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri kamu sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan kalian sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-rakannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah kalian sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut..

Syahidah Marwa ash-Sharbini

Syahidah Marwa al-Sharbini
Disaat jutaan manusia meratapi pemergian superstar terkenal MJ.
Dikala seluruh television memaparkan setiap detik tentang artis itu tanpa kita ketahui pada detik itu sedang berlansung pengkebumian seorang SRIKANDI JILBAB.
Marwa Al-Shibini ditikam di ruang makamah di Kota Dresden,Jerman.
Takkala tampil untuk mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerapa menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab.
Bahkan pemuda jerman itu pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah Mesir itu. Di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya,ditembakan pihak berkuasa keamanan pengadilan yang beralasan tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital Dresden .

Peristiwa ini hanya dipandang sepi.Tiada lansung suara protes dunia terhadap kejadian ini.Tiada lansung suara2 gah yang melebel lelaki jerman ini pengganas.ini kerana yang menjadi korban adalah seorang MUSLIMAH yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Jika yang dibunuh ini adalah orang barat atau seorang ektrimis Islam,pasti peristiwa ini akan menggemparkan seluruh dunia.

Pergilah perjuang...seiring doa dari kami yang ditinggalkan ini agar dikau tenang disisiNYA.moga kami yang ditinggalkan ini mendapat biarpun secebis kekuatanmu untuk mempertahankan Islam ini.

salam sayang dari kami untukmu duhai syuhada srikandi jilbab AL-FATIHAH....090709