KEBAHAGIAAN


HAKIKAT BAHAGIA – UNIC
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

adik mama happy

Cepatnya masa beputar tak sedar rupa2nya dah 20weeks+.Syukur Ya ALLAH....Engkau masih mengizinkan aku melalui detik ini buat kali kedua.Biarpun berbagai rintangan terpaksa ku tempuh Engkau masih mengurniakan aku segarit senyuman.Itulah sunatuallah alam.Engkau limpahi bumi ini dengan deraian hujan diakhirnya Engkau ciptakan pelangi indah untuk ditatap.Engkau peritkan kami dengan jamahan terik mentari dihujungnya Engkau arakkan mendung diatas kami.Terima kasih ya Rabbi...

Adik semakin aktif begerak.Mama dapat merasai sepanjang hari mama.Seronok sangat bila adik mula menendang perut mama.Untungnya mama....^-^....bila agak lama adik diam pasti mama akan ganggu adik
dengan mengosok perut mama.gegar2 sikit...kocak2 sikit pastu mama dah leh rasa adik begerak lagi....hehehe maafkan mama yer sayang.sebab sering ganggu adik.Mama sunyi kalau lama adik berehat.Abang adik tu sibuk...sibuk main...sampai tak sempat nak layan mama.Mujur mama ada adik sahabat yang paling hampir dalam hidup mama sekarang..Alhamdulillah ya ALLAH..Engkau kurniakan lagi zuriat padaku setelah lama rahim ku ini kosong....Kekalkan dia milik ku..Selamatkan perjalanannya hingga dia dan aku bertemu...aku ingin memilikinya...

BAHAGIA SELEPAS DERITA

...BAHAGIA...
SIAPA AKU YANG TIDAK IMPIKANNYA
SIAPA AKU YANG TAK PERNAH MENGHARAP
SIAPA AKU YANG TAK PERNAH MENANGIH
DALAM SUJUD
SENDUKU BERGEMA
DALAM DOA
TAK TERLAFAZ KATA
YA RABBI
ILHAMKAN AKU BAHAGIA

...namun...
sebagai hambamu

DERITA ITU PASTI ADA
KERNA SUDAH SUNATUALLAH YANG TERSUSUN
SEGARIT SENYUMAN ITU
TERHASIL DARI DERAIAN HIBA
DERITA ITU ILMU
DERITA ITU KUNCI
TANPANYA TAKKAN KULALUI
DETIK KEBAHAGIAN INI

BAK MEGAHNYA SINARAN PELANGI
YANG CANTIK BESERI
 DIJAMAH PANDANGAN
ITUPUN SETELAH PUAS
KU BERTEDUH DARI RIBUT HUJAN YANG MENGGANAS