aku mentafsir

Dibalik sepohon delima itu mataku menyaksikan sekumpulan lelaki seperti tebuai keasyikan.Kepala mereka terlentok dikiri kanan.Tangan terhuyung hayang menggapai keatas.Ditegah-tengah kumpulan itu beberapa botol yang bewarna hijau tua bergelempangan tidak tentu letak duduknya.
Aku memehati lagi.
Malas berlama disitu aku meneruskan langkah.Tidak jauh perjalananku melintas tiga orang remaja wanita. Dari percakapan mereka tahulah aku mereka melayu.Wajah yang mempersonakan,lemah gemalai lenggok mereka.Lalu aku perhatikan dari satu sudut untuk ku tafsirkan.Baju yang sendat seluar yang ketat menampak sejalur susuk tubuh yang mengiurkan si mata keranjang.Rambut yang cantik diwarnakan sedikit merah.
Aku beristigfar jauh kedalam hati minta dikuatkan iman.
Melalui deretan kedai di tengah bandar mataku meliar lagi.Aku berhenti dihadapan sebuah kedai.Adik-adik remajaku banyak disitu.Pekikan dan tawa mereka menyentak tangkai jantungku.Aku kehairanan apa yang membuatkan mereka berkeadaan bergitu.Lantas aku mencuri mentafsir lagi apa yang sedang berlaku?Kedengaran nama Hasan,Rashid,Mad dipanggil oleh mereka yang lain.Tahulah aku mereka juga melayu.Adik-adik remajaku yang masih lagi muda setahun jagung sedang bermain di cayber cafe.
Senafas keluhan aku hembuskan membuang sedikit kelelahan.
Pijar terasa pemusafiran ku yang tiada haluan.Sebuah taman rekriasi menarik perhatianku untuk sekejapan disitu.sekadar ingin mengosongkan dadaku yang besarat kelelahan.kerusi dibawah pohon pakis yang mengadap kearah tasik buatan aku hampiri.Keindahannya aku terokai setiap inci didalam kedamaian.Sang merbah sedang becicipan riang.Terbang dari satu ranting ke satu ranting.Bebas tanpa ada yang menghalang.
Di satu sudut uda dan dara sedang begurau senda.Tangan si uda melingkari bahu si dara.Erat pelukan itu merapatkan tubuh masing-masing sehingga angin yang memupuk damai tidak mampu menerbusi.Si dara terlentok manja di sebidang dada.
Dan untuk sekian kalinya aku mentafsir lagi....budaya siapakah ini?bebaskah mereka dari jajahan nafsu dan bangsa?setiap kejadian yang berlaku didalam pemusafiran aku memberikan aku sebuah erti.Ranap akhlak dicemari nista budaya barat.Kemodenan milik kita bukan semua milik kita.justeru merdekakah kita bila mana setengah dari kehidupan milik kita paksinya bukan mohor ketulinan bangsa.

SALAM MERDEKA BUAT SEMUA MOGA PEMIKIRAN,TAMADUN DAN KEHIDUPAN KITA TERUS BEBAS SEBEBAS SANG MERBAH TANPA ADA YANG MENCORAK KECUALI CORAK TARBIYAH ILLAHI......

Kemenangan Islam

BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi di sebalik penurunan jumlah pemilih yang keluar mengundi.
Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.
Salleh memperoleh 9,618 undi, sekali gus berjaya dalam percubaan kali keenam bertanding pilihan raya.
Dalam reaksinya, Salleh, 52, menyifatkan kemenangannya sebagai kejayaan bermakna bagi PAS dan Pakatan Rakyat.
"Ini menunjukkan Pakatan Rakyat berada dalam keadaan kukuh dan akan merapatkan kerjasama di kalangan anggota komponen Pakatan Rakyat," kata beliau yang tiba di pusat penjumlahan undi IKBN pada pukul 6.30 petang dengan berpakaian batik.
Rohaizat, 38, pula mendapat 5,067 undi. Undi rosak adalah sebanyak 83.
Rohaizat menerima keputusan ini dengan menganggapnya sebagai satu proses demokrasi.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Salleh Man dan berharap beliau akan melaksanakan khidmat dengan baik kepada masyarakat Permatang Pasir," kata beliau ketika dihubungi.
Jelas beliau, undi yang diperolehnya adalah konsisten dengan apa yang diterima pada Mac 2008 dan ia juga menunjukkan BN masih mempunyai sokongan padu. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.
Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga berturut-turut dengan kelebihan 5,433 undi.
Keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini.
Pengumuman kali ini, yang dilihat paling cepat berbanding mana-mana pilihan raya yang lain dibuat dalam waktu yang singkat.
Awalnya SPR telah bercadang untuk membuat pengumuman keputusan pada pukul 8 malam.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, kerusi itu dimenangi buat kali ketiga oleh Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman yang memperoleh 11,004 undi.
Ketika itu peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 82.5 peratus. Kali ini peratusan keluar mengundi hanya 73.1 peratus.
Beliau meninggal dunia pada 31 Julai lalu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ini.
PAS dan BN turun gelanggang pilihan raya kecil ini masing-masing untuk mengekalkan dan merampas kerusi ini.
BN kehilangan kerusi ini pada tahun 1999.
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan hari ini merupakan pengertian bermakna kepada pihaknya selepas menang tipis pada pilihan raya DUN Manek Urai bulan lalu.
Mengenai penurunan majoriti, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, "saya hanya mengharapkan kemenangan walaupun satu undi."
"Sebenarnya ami telah bekerja keras ke arah kemenangan lebih besar dan sebagaimana saya katakan sebelum ini, kemenangan dengan majoriti satu undi pun kemenangan juga," katanya.


Terawih




Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.


Tarawih juga disebut dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.


NIAT



أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّــة َ الــتـَّــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّــه تـَــعـَــالـَــى

"SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH 2RAKAAT KERANA ALLAH TAALA"


HUKUM


a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.

b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir.Esok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.”
WAKTU MELAKUKAN SOLAT TARAWIH
Dilakukan selepas menunaikan fardhu isya dan sunat ba'adiah 2 rakaat
BILANGAN RAKAAT
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat.

إنا لله و إنا إليه راجعون


"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."Dipetik dari kalam ustaz asri.

sekalung AL-FATIHAH kuiringkan langkahmu menuju yang maha PENCIPTA.semoga rohmu dicucuri rahmat ILLAHI dan ditempatkan dikalangan hamba2NYA yang soleh.Diampunkan segala kekhilafan.
PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pastikan merasa

Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera,
bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi




                                                                                                        AL~FATIHAH
                                                                                                          ~13 ogos 2009~

RENUNG DAN HITUNG

Firman ALLAH yang bermaksud:
"MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)

Tanda-Tanda Kecil Kiamat.FlowerSeorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
Flower
Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
Flower
Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.FlowerTersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.Flower Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.FlowerLahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.FlowerIlmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).FlowerBanyak berlaku gempa bumi.FlowerZaman sudah dekat mendekati.FlowerBanyak fitnah memfitnah.FlowerBanyak pembunuhan.FlowerBanyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.FlowerRamai orang bermegah dengan projek mega.FlowerBanyak gunung digondol dan dihapuskan.FlowerRamai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.FlowerOrang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.FlowerBanyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.FlowerBanyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.FlowerBanyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.FlowerRamai orang solihin meninggal dunia.FlowerAnak melawan ibubapa.FlowerHujan di musim kemarau.FlowerOrang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.FlowerOrang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.FlowerSetiap desa dikepalai orang munafik.FlowerTempat-tempat pengimaman sama dihias.FlowerLahir ramai anak hasil perzinaan.
Flower
Banyak minuman keras.FlowerRamai orang memutuskan tali persaudaraan.FlowerMenuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.FlowerRamai kaum suami menuruti kehendak isterinya.FlowerPara pembesar / penguasa melakukan zina.FlowerKitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.FlowerTujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.Flower Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.FlowerOrang alim sudah tidak disenangi.FlowerOrang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.FlowerBanyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.FlowerBanyak kematian secara mendadak.FlowerRamai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.FlowerAl-Quran dibaca untuk diperlagukan.FlowerUlamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.FlowerRasuah berleluasa.FlowerRamai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.FlowerRamai orang menjual-beli hukum.FlowerMemandang ringan masalah peceraian


Renungkan didalam diri dan hitungkan dengan dengan akal bertapa hampirnya kiamat dengan kita.

Ya Allah ampunkan segala dosa kami.suluhkan jalan kami dengan nur MU.ya ALLAH janganlah kau ambil kami tika kami didalam kelalaian....