ingati diri

mutiara kata



Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Bicara bagaikan perak,Diam bagaikan emas

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam,di atas batu hitam dimalam yang amat kelam,ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira,tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun,bila-bila masa ia akan pecah
Jangan diimpi isteri sehebat Fatimah andai diri tak sehebat Ali
kelmarin kita menangis belum tentu hari ni pun kita akan menangis
hidup ini ibarat pusingan roda.harini dibawah esok kita diatas.
Apa guna harta melimpah ruah andai diri miskin budi