kenangan ramadhan



YA ALLAH!YA TUHANKU...padaMU aku bermohon.sampaikan aku pada bulan yang penuh kerahmatan,bulan yang menjanjikan keampunan.


memori menggamit


"bagi menyempurnakan titah printah Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli yg maha mulia Raja-Raja maka adalah dengan ini saya mengistiharkan bahawa tarikh permulaan puasa........."yea...gempita sekejap teratak kami dek kerana terlalu seronok nak puasa.acara goreng kelapa,kemudian tumbuk jadikan kerisik pun bermula.Ayah dah mula membeli daging.menu tradisi puasa kami setiap tahun ialah rendang manis.fuh!sedap.


masa zaman achik kanak-kanak dulu sambut puasa memang syok giler.ingat lagi ayah dan umi akan menjanjikan "upah" untuk sehari puasa penuh.bayangkanlah kalau sebulan puasa tak tinggal berapa hinggit achik adik beradik akan terima di pagi lebaran.fuh memang memang lumayan.


zaman dulu kalau posa pun zero point,polis ten three,roundes,blueble,kapten lubang tikus tetap di ranking yang teratas.main sampai tak hingat...achik ada satu rahsia hehehe adalah beberapa kali tu achik memang dah tak tahan sangat lapar.adik beradik lain achik tak tahu lah tapi achik tau diaorang stedy belaka.dek kerana tak tahan sangat achik hentam minum air paip dalam bilik mandi. ROTFL.nak cakap kat umi tak tahan daulat nanti takut tak dapat duit raya.maka terjadilah adengan tak baik ni(tahun lepas tu dah tak buat lagi)


antara kenangan di bulan ramadhan ni time bersahur.ingat lagi ayah dan umi penuh kesabaran mengejutkan kami.memang liat nak bangun.bila dah mengadap makanan barulah mata dah cerah sikit.seperti kebanyakkan family lain menu wajib sahur kami ialah telur masin.ditambah pula dengan daging goreng kunyit memanglah sedap.tapi time tu tak lah melayan sangat.kalau tak dipaksa mau saja puasa tanpa besahur.hah esok waktu tengah hari barulah terasa ruginya tak sahur betul-betul.baru terasa kesedapan daging goreng kunyit cicah sambal belacan.telur masin yang merah terasa sungguh sedapnya.


nak tunggu time berbuka dah penat bermain,layan pula drama rumah kedai.memang best cerita tu.tak ketinggalan drama wardah lakonan conie.dengar aja pengumuman waktu berbuka puasa kami pakat tercongok depan hidangan.macam-macam menu yang ada atas meja.antaranya juadah wajib untuk achik sayur keladi dan sambal keli.setiap dari kami ada ajer tersedia makanan kegemaran.alalalala kecur liur.di tambah dengan pemanis mulut lompat tikam yang umi buat fuh nikmatnya.dulu-dulu amalan pas pinggan cukup meriah.ada ajer yang dikirim jiran-jiran menambah lagi kemakmuran makanan di atas meja.yang penting segala aneka makanan ni semua pasti akan habis.uih punyalah kebuluran.
selesai berbuka kami pakat jemaah maghrib dengan ayah.kemudian gi masjid nak solat terawih lak.kalau tak pi masjid kami ramai-ramai jemaah kat rumah ajer.tapi kalau gi masjid boleh melantak moreh pula.huhuhu punyalah besar perut.sembahyang didalam rumah ALLAH menambah lagi kemeriahan ramadan.alunan al-quran dihidupkan setiap.walaupun waktu tu belum reti sepenuhnya lagi selok puasa dan terawih tapi ia tetap meriah.
20 hari puasa tibalah masanya rata-rata rumah tiap2 penjuru,api dari pelita meliuk lembut.kesyahduan ramadhan makin terasa.kata atok nenek pasang pelita nak meriahkan lagi 10malam terakhir.malam yang menjanjikan lailatul qadar.ayah bawa kami masuk hutan cari buluh untuk dibuat pelita.ibu-ibu mula buat persiapan menyambut lebaran.umi juga tak ketinggalan...time nilah kami mula menyibukkan diri nak tengok umi buat kuih.aroma biskut kelapa,samprit n mazola memang menggugat.masih achik ingat keesokkan lepas balik dari sekolah achik diam2 menyelongkar balang berisi kuih kelapa,sebijik2 masuk dalam perut fuh sedap eh.tiba2....prang!balang kuih terlepas dari tangan.huahuahua bocor rahsia achik tak puasa Moodswings.tapi takpa masa tu kicik lagi.bukan wajib pun.hahaha.
begitulah antara kenangan ketika menyambut puasa zaman kanak-kanak dulu.meriah dengan suasana,meriah dengan makanan,meriah segala2nya.dalamnya ada kesyahduan yang sukar di gambarkan.puasa sekarang tak sama.rata-rata nanti nak raya jer.dulu nak puasa suspen gile bile tarikhnya..walaupun dah tertera dalam kalendar tahunan tapi selagi YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah(Penyimpan mohor-mohor besar)tak buat pengumuman selagi tu tak terasa kemeriahan puasa.anak sekarang tak macam kita dulu.sekarang zaman makin canggih so budaya ramadhan pun dah banyak lari.anak-anak sekarang dah tak ramai nak beratur kat masjid ambik bubur lambuk.makan bubur lambuk pun ada yang dah tak lalu.raya pun tak best dah sekarang.tak puasa lagi iklan raya belambak-lambak dalam tv.dulu orang tunggu pengumuman raya baru kalut buat ketupat.buat rendang.bakar lemang,kacau dodol.orang sekarang 3 hari nak raya dah tersedia semua tu.tu pun bukan buat sendiri.tunjuk dengan jari dah boleh dapat.sesungguhnya kekalutan tu lah yang buat suasana dulu meriah.
rindukan zaman dulu.walaupun tak canggih mana tapi tetap meriah.apapun bagi achik ramadhan tetap dirindui.