EPISOD LUKA

Pulanglah Natrah-KUMPULAN AL-WADI
Kisah Tragis Yang Meragut Aqidah Seorang Gadis Kupaparkan ....
Di Sebuah Desa Yang Permai
Kisah Ini Terjadi
Gadis Yang Berbudi Pekertinya Tinggi
Oh.. Natrah Nama Diberi
Di Sebuah Desa Nan Indah
Ditemani Suami tercinta
Dan si Ibu Tua Penuh Nostalgia
Namun Hanya Sementara
Tiba-tiba Lembayung Senja
Meragut Sutera Iman Di Hatinya
Tiba-tiba....samudera ombak
Merempuh Tembok Hidayah Di dadanya
Dan Natrah... Dan Natrah...
Menangis Tersendu
Merenung Suratan Yang Tak Pernah Diduga
Natrah Kini Dibawa Pergi
Entah Bila Kan Kembali
Tak Upaya Ia Mengulangi Kisah Masyitah Yang Tinggi
Hanya Doa Petunjuk Ilahi
Cinta Kan Bersemi Lagi
Di Sebuah Desa Nan Indah
Ditemani Suami Tercinta
dan si ibu Tua Penuh Nostalgia
Namun Hanya Sementara
Demi Cinta dan Air Mata
Kau Harungi Lautan Ombak Bergelora
Demi Cinta Yang Terlerai
Kau Dijejaki Lembah Derita
Oh Natrah
Andai Kau Mendengari
Suara Hati Kecilku Ini
Ku Pujuk Rayu Mu Agar Kau Sedari
Pintu Hidayah Terbuka Lagi
Oh Natrah
Tentu Masih Kau Ingat
Syahadah Manisnya Di Bibirmu
Pulanglah...(Pulanglah)
Harumkan (Harumkan)
Setangi Di Pusara Hidupmu
(Jadikan kisah Ini Sebagai Iktibar Pertahankanlah Kedaulatan Ummah Ke Titisan Darah Yang Terakhir Buat Natrah Terimalah Syahadah Ini :


أشهد ألأ إله إلا الله وأشهد أن محمدًا رسول الله أشهد ألأ إله إلا الله وأشهد أن محمدًا رسول الله



Perjalanan awal natrah:

Natrah dilahirkan di Tjimah,jawa,indonesia pada 24mac 1937 dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Pada usia 5tahun Bertha diserahkan kepada Che Aminah Mohamad seorang perniaga kain di jawa yang berasal dari kemaman,Terangganu untuk dipelihara.ini kerana pada ketika itu sedang berlaku pemberotakkan antara orang jawa yang tidak menyenangi orang kulit putih yang dianggap sebagai penjajah.Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang ketika itu telah ditawan tentera Jepun.


pada 15 November 1945 Che Aminah membawa Bertha balik ke Kemaman Terangganu.Bertha diasuh serta dipelihara dalam didikkan islam dan diberi nama NATRAH.pada usia 13tahun natrah telah berkahwin dengan seorang guru iaitu mansor adabi.
Kehidupan aman bahagia yang dilalui Natrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus dibebaskan dan kembali ke Belanda mencari anaknya.usaha mencari natrah akhirnya berhasil.Ayahnya menuntut di mahkamah Singapura agar Natrah dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor. Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termasuk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan.

Engkau kuatkanlah iman kami.YA ALLAH,Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untukmendaulat & menyokong syariatMU, maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA yang sebenar,Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,Hidup suburkanlah hati-hati ini denganma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU, Jika Engkau mentakdirkan mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,Engkaulah sebaik-baik sandarandan sebaik-baik penolong,YA ALLAH,Perkenankanlah permintaan ini....amin2 ya rabb.."

No comments: