sekali lagi...

Dalam menempuh hari2 yang semakin ceria ni,sekali lagi ujian ALLAH menghampiri.Apa jua kata2 doktor yang menyapa pendengaran akan mama lontarkan sejauhnya.Bukan mama tak percaya pada doktor.Ni bidang dia kepakaran dia.Dia dah belajar tentu dia tahu.Tapi mama yakin dengan kuasa ALLAH.Kalau ALLAH berkehendakkan pasti sesuatu itu terjadi..Jadi biarlah mama terus membawa zuriat mama ni. Sebagai mama..sebagai hamba...mama hanya mampu berdoa.Moga "adik" sihat sentiasa.Moga ALLAH pelihara kandungan mama ni.Mama nak jumpa adik.Tak sabar mama menanti detik tu tiba.
Ya Illahi...aku percaya akan kalamMU.aku yakin atas sifatMu...dan aku bersaksi atas segala kekuasaanMU.
Ya Illahi..Engkau takkan uji aku dengan apa yang tak mampu aku pikul.Engkau takkan aniaya hambaMU kerana Engaku bersifat pengasih.
Ya Illahi bantulah kami...Kuatkan hati kami...dan..Lindungilah kami....

::THYROID::

 Butterfly 4 Apa itu thyroid?

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon.
Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.
Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

 Butterfly 2 Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid?

•Perempuan
•Genetik
•Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
•Usia lebih 60 tahun
•Merokok

 Butterfly 2 Jenis penyakit thyroid

•Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
•Hypothyroidism

    Flowers Hyperthyroidism / thyrotoxicosis

Dalam kes ini hormon thyroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
•Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan thyroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel thyroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
•Thyroiditis (thyroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
•Toxic nodule goitre
•Terlalu banyak iodine di dalam makanan

 Flower Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism

•Bengkak di leher
•Cirit birit
•Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
•Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
•Kesuburan turun
•Konsentrasi kurang
•Kulit lembap
•Lemah
•Mata menjadi besar (bulging)
•Mood yang tidak menentu
•Muscle cramp
•Nervous dan gelisah
•Oesteoporosis (kereputan tulang)
•Pengeluaran peluh banyak / bertambah
•Rambut tidak kuat
•Suhu badan naik
•Sukar bernafas
•Sukar tidur
•Tak tahan panas
•Tekanan darah naik
•Tremor (menggeletar)
•Turun berat badan walaupun selera naik

  Flower Rawatan

Ubat
•Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah
•Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hyperthyroidism
•Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman

Radioaktif iodine
Membuang tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypothyroidism (sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka.

Pembedahan
Sebahagian thyroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung.

Pemakanan
•Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang
•Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan metabolisma)
•Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan alkohol
•Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti passionflower (untuk membantu merawat kegelisahan, kunyit dan ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi)

  Flowers Hypothyroidism

Hormon thyroid (T3 dan T4) rendah. Antara penyebabnya ialah :
•Chronic autoimmune thyroiditis – inflammation dan damage to thyroid tissue
•Kurang iodine dalam pemakanan
•Radiasi
•Rawatan radioaktif iodine
•Thyroid gland dibuang

 Flowers Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism

•Badan rasa lemah
•Daya ingatan menurun
•Hilang deria rasa dan bau
•Kadar pengepaman jantung perlahan
•Kulit jadi kuning – lesu, pucat
•Kulit kering
•Masalah kesuburan
•Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)
•Muscle cramp dan bengkak
•Myxedema – cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
•Pendarahan haid banyak (heavy period)
•Percakapan lambat
•Pertambahan berat badan
•Rambut gugur
•Rasa mengantuk
•Rendah nafsu seks
•Sakit kepala
•Sembelit
•Suara menjadi serak
•Tak tahan sejuk

 Flowers Rawatan

•Ubat thyroxine (Jenama original Oroxine) diberi sekali sehari
•Ambil lebih iodine dalam makanan (makanan laut dsb.)
•Pengambilan herba untuk merawat tanda-tanda seperti horsetail, alfalfa dan gotu kola







Abah bagi balik tangan Ita

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya......

~24weeks~

Tadi gi wat check up bulanan di klinik desa.Macam biasa...kalau tak lama bukan menunggu lamanya.Naik kebas gak la badan2 ni.sakit pinggang2..tp nak wat camner....wajib gak check.kalau saja2 nak pergi hemmm pakai mama tak datang la.Bukan mama jer ader gak kawan2 klinik mama yang komplen.Tapi still gak gitu.kalau 2jam disitu kira biasa la.kadang2 tu kul 7.30 dah terpacak kat situ kul 11 lebih baru habis.huh tension.
hari ni timbang naik 2kg.JM(jururawat masyarakat) mula beleter.huh...! haritu turun marah ni naik marah(mama mendengus dalam hati jerlah)but tetap senyum..hehehe.ala... sekarang selera tengah memuncak.nak wat camner.pagi ..sblm tgh hari..tgh hari...petang..petang sikit..lewat petang..malam..malam sikit..tengah malam..asyik melantak jer.tak cukup dengan tu kadang2 leh terjaga dari tido sebab perut lapar.kul 2pagi pun jadi kerja.hahaha...dah camner tak naik berat ni.Yang penting mama happy.Dan apa lagi Jm pun dengan happynya buat surat suh mama wat MOGGT(minum ayaq gula)uweeek...dah meloya tekak ni. Tambah meloya bila Jm Firdaus memulangkan paku buah keras.Aih..kan tengah beselera makan.takkan tak lalu kot minum air gula.sedap tau....Hahahaha...padan muka mama.
lepas tu mama disuruh baring atas katil nak check jantung anak mama ni...Oh Alhamdulillah...degupan jantung anak mama dah kembali normal...144/min.Syukur padaMu ya ALLAH....dua minggu lepas masa jumpa pakar di likas.jantung anak mama tak normal.degupannya hanya 90 -110/min.3kali Doc buat echo untuk anak mama ni.resultnya still sama.Mama hanya mampu berdoa....dan alhamdulillah Allah perkenankan doa mama.Semoga anak-anak mama sihat sentiasa.Mama dan baba perlukan kalian dalam hidup kami.

Ketika Aku Bersujud

Tuhan…

hari itu aku berdosa

hari ini aku tobat

dan esok aku lupa akan akad ku…

aku tertawa bersama-Mu

saat aku bersujud

aku terbang ke dalam diri-Mu

aku memanja pada-Mu

entah apa yang membawaku kepada-Mu

tapi aku yakin bahwa aku telah berada pada-Mu

Tuhan…

tahukah Engkau bahwa ketika aku menangis

ternyata aku temukan kebahagiaan yang sebenarnya berikan

lewat tangisku..

Tuhan…

by:khalil gibran