sekali lagi...

Dalam menempuh hari2 yang semakin ceria ni,sekali lagi ujian ALLAH menghampiri.Apa jua kata2 doktor yang menyapa pendengaran akan mama lontarkan sejauhnya.Bukan mama tak percaya pada doktor.Ni bidang dia kepakaran dia.Dia dah belajar tentu dia tahu.Tapi mama yakin dengan kuasa ALLAH.Kalau ALLAH berkehendakkan pasti sesuatu itu terjadi..Jadi biarlah mama terus membawa zuriat mama ni. Sebagai mama..sebagai hamba...mama hanya mampu berdoa.Moga "adik" sihat sentiasa.Moga ALLAH pelihara kandungan mama ni.Mama nak jumpa adik.Tak sabar mama menanti detik tu tiba.
Ya Illahi...aku percaya akan kalamMU.aku yakin atas sifatMu...dan aku bersaksi atas segala kekuasaanMU.
Ya Illahi..Engkau takkan uji aku dengan apa yang tak mampu aku pikul.Engkau takkan aniaya hambaMU kerana Engaku bersifat pengasih.
Ya Illahi bantulah kami...Kuatkan hati kami...dan..Lindungilah kami....