muhim!!!


semenjak ada anak kecik ni mama teringin nak beli benda alah ni.
Muhim ker?
sure la muhim.muhim jiddan!
ni bukan apron yer cik2 smua.
.ni adalah nursing cover.

Bagus benda ni.taklah bila kita menyusu anak jadi tumpuan setengah pihak.
dan tak lah segan silu bila kita nak Bf baby.
bukan semua tempat ada tersedia bilik khas untuk para ibu.
nak beli sgt2 tapi mama malas nak beli online.
dekat mall mama tak nampak dijual lagi benda nih.
so nak tak nak kena online gak.

mama bekenan yang nih cute sangat2

oklah nanti mama rajin sikit ma order la.
nak order 3helai leh tak?
hahaha...
itu soalan mama untuk baba.
baba pun leh wat suprise kat mama.
sure mama teruja habis nanti.
nnti baba klik jer kat atas tu tgk acc akak tuh yer.
hehehehe
yang ni pun menarik gak.comelkan?
so silalah tempah...
sebab lepas ni nak Bf auni kat tengah padang pun
mama tak kesah
sebab aurat mama still terjaga.
Insyaallah

wanita @ kupu-kupu


Kasihan kupu-kupu, badanya cantik dan mempersona tetapi kalau ditambah dengan kekuatan malam, ia bermaksud lain. Hakikatnya kupu-kupu bukan semuanya keluar malam. Sebilangan sahaja yang gemar ‘berpeleseran’ pada waktu hitam pekat, itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggiran jalan.
Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan. Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tenagh kelopok bunga. Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan segar. Sesiapapun pasti melirik apabila terperasankan kelibat kupu-kupu melintasi, hati sesiapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan di hujung jari. Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa yang menginginkan,
kupu-kupu pun terbiar.
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda ada persamaan….
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda tamsilan kepada keindahan…
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda juga tamsilan kepada kerosokan dan kemusnahan..
Demikianlah wanita dijadikan Tuhan menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan. Tanpa wanita, dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki berasa rimas sebagaimana
 Nabi Adam as pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman. Agar boleh dia berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. Terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Adam as. Barulah terisi jiwa Nabi Adam as dan segala kenikmatan syurga di sekelilingnya terasa wujud.
Ternyata wanita cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kepada suntingan kupu-kupu untuk merealisasikan proses pendebungaan. Tanpa permaisuri, siapalah lelaki yang bergelar raja itu, tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami itu, tanpa wanita siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu digelar ayah itu?
Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah saw tidak mendapat ‘dorongan’ yang amat diperlukan untuk terus bangun, berpegang teguh kepada keyakian dan menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. Tanpa Aishah, barangkali banyak hadis Rasulullah saw tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. Tanpa Fatimah az-Zahrah, barangkali Saidatina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah saw yang amat disayangi. Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa as tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur dan mengaku tuhan itu. Tanpa Mashitah, barangkali tidak tebukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya. Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki lahir daripada perut wanita.
Namun seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh as telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran. Seorang wanita di zaman permulaan islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan menguyah hatinya. Seoarang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah saw dan dalam sejarah manusia sejagat ramai menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.
Alangkah besar dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dalam menambah biakan bunga-bungaan dan menambah keceriaan bumi ini. Tetapi, alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan diri sendiri dengan menerjah api.

Salam Aidiladha

~Buat seluruh umat islam Salam Aidiladha~

Abang n Adeq

ni adik 5bulan dalam rahim mama

baba snap gambar pertama adik waktu adik baru keluar dari OT
(mama bersalin dekat adik secara czer)

adik 2jam selepas kelahiran.kulit adik semakin tegang.
bedung adik baba beli dekat sis mazlina.cantikkan?

terkejut abang bila balik sekolah adik dah ada.masa abang tinggal mama untuk kesekolah
adik masih dalam perut mama.Sekali bila balik adik dah kuar la....

rutin harian abang.Bangun tido kena cium adik dulu.Sayang sungguh abang dekat adik

kalau boleh 24jam abang nak dok dengan adik...

bila baba dan mama tatap gambar ni...terasa sungguh betuah baba dan mama sebab punya anak yang penyayang.Adik contohi abang yer.Abang tunjukkan teladan yang baik untuk adik.jadi anak yang soleh dan solehah.

By: Jalaluddin Rumi Kau & Aku

Nikmati waktu selagi kita duduk di punjung, Kau dan Aku

Dalam dua bentuk dan dua wajah — dengan satu jiwa,

Kau dan Aku.

Warna-warni taman dan nyanyian burung memberi obat keabadian

Seketika kita menuju ke kebun buah-buahan, Kau dan Aku.

Bintang-bintang Surga keluar memandang kita –

Kita akan menunjukkan Bulan pada mereka, Kau dan Aku.

Kau dan Aku, dengan tiada ‘Kau’ atau ‘Aku’,

akan menjadi satu melalui rasa kita;

bahagia, aman dari omong-kosong, Kau dan Aku.

Burung nuri yang ceria dari surga akan iri pada kita –

Ketika kita akan tertawa sedemikian rupa; Kau dan Aku.

Ini aneh, bahwa Kau dan Aku, di sudut sini …

Keduanya dalam satu nafas di Iraq, dan di Khurasan –

Kau dan Aku.

ramadhan kareem...muhasabah ramadhan

Hari raya hari kemenangan

Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan

Di lipatan seni mehnah

Ada maksud murni yang lebih hakiki
Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga

Pada fikiran disinar wahyu dan sabda

Pada hati bersih di solat tarawih

Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan

Menghadap ujian berlandaskan iman

Puasa perisai yang sangat maknawi

Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa

Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota

Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

Lalu di manakah puasa kita

Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan

Sudahkah terbangun jiwa teguh dankukuh

Atau kolam jiwa masih tercemar keruh

Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih

Terasakah ita hamba Illahi

Yang hanya mampu mengukir tadbir

Sedangkan padaNya segala takdir

Pssst!tepuk dada tanya iman.Dimanakah letak nilai seorang abid pada kita...ya Illahi golongkan kami bersama para mukminin yang soleh.

mama dan ramadhan

Alhamdulillah mama dapat menempuhnya walaupun sedikit sukar diawalnya.Bukan kerana baby dalam kandungan ni.Tapi kerana penyakit yang mama hidapi.Mama cepat lapar.Bila teramat lapar mama takkan mampu buat apa2.Bila kaki tangan mula mengeletar.Mata pun mula berpinau.Jantung mula berdegup kencang....hanya katil tempat mama beristirehat.So dengan keadaan mama sekarang memang semakin susah la tuk mama lalui.Tapi Alhamdulillah....keberkatan ramadhan mengundang kekuatan untuk mama terus tempuhi.kuatkanlah aku YA RABB...
Kebertulan umi dengan adam sibuah hati ada sini.Menyambut kemulian ramdhan dibumi labuan.Seronok sangat.Juadah jangan cakapla...tunjuk2 tak main ler.Mama lebih suka buat sendiri.Ondeh2 ker..lopis ker..puding ker...segala macam juadah mama lebih suka masak sendiri.Kalau tiba2 teringin nak makan sesuatu dan tak reti nak buat mama akan layari kat sini.macam2 juadah ada.Tinggal beli bahan jer.pastu dengan bantuan baba kerja mama makin jadi lagi mudah.Alhamdulillah.
Ya Allah...aku hamba yang hina.Bermunajat memohon kerahmatanMU.dipelihara dengan keredhaanMU. diberkati kami didalam ramadhanMU.Ya ALLAH panjangkan umurku dan seluruh ahli keluargaku.Jangan jadikan ramadhan ini terakhir buat kami.Ya Allah terimalah taubat kami.kuatkan iman kami...peliharalah kami dalam riayah dan inayahMU..aminnnnn

::Buat Muslimah::

Duhai Gadis …
Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

saja-saja

~Moody....!

~bosan...!

so mama layari ni....baca ler banyak gak ilmu mama dapat.

pastu...

udah dapat ilmu mama cuci mata lak....baca gak....byk tul mama terrrr...bekenan...(xpa2 nanti pujuk baba pelan)

habis menjamu ...abang fuad tak juga balik lagi...masak dah..semua siap dah...mama still keboringan...

so...!

mama luangkan watu yg ada disini best sangat...

dan...!

mama kedengaran enjen kereta diluar...mama senyum...sebab abang dah balik...kejap lagi hilanglah kebosanan mama...

Redho Walidaini

Ya Rahim redhoilah kehidupanku
Ayah...umi...redhoilah perjalanan anakmu ini...
Abang redhoilah aku isterimu
Anak2ku...mama redhai hidup kalian dunia akhirat..
mg beroleh keberkatan
Aminnn

hemmmmmm....

MAMA SAYANG ABANG
SYG ADIK JUGA
TOLONG
ABANG JGN TERASA HATI DENGAN MAMA
TOLONG ABANG
JGN KECIL HATI DGN ADIK
MAMA TAHU ABANG SAYANG ADIK
SEBAB SETIAP HARI
SETIAP MASA
ABANG AKAN CIUM ADIK
ABG ANAK YG BAIK
ABG ABG YG TERBAIKKKK


Laut dan Langit

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran..

6th Anniversary


Suamiku
Bahtera kita masih disamudera indah
Biarpun kekadang layarannya tesasar
Biarpun kekadang sang ombak menghempas
Biarpun kekadang ribut taufan melanda ganas
Kita masih kukuh disini
Dipemusafiran cinta
Alhamdulillah!!!
Bila geloranya kembali tenang
kita cantum munajat pilu
Kita anyam kembali carikkan kasih
Kita satukan semula titisan-titisan rindu
Besyukur padaMU ya Rabbi...
dia dan aku masih bersatu

Ya Illahi
Berkati usrah ini
semaikan cinta pasakkan kasih
utuhkan hati
moga dia kekal milikku
selamanya!

Ulfah Aunie

Anak mama ni kalau bab mengeliat memang serah dekat dia.
macam2 posisi ulfah mengeliat

patutlah masa ulfah duduk dalam perut mama
perut mama tak berenti berjoget.

rupanya begini feel ulfah yer.
kalau nampak kat orang tua2 mau dia kata mama
basuh baju ulfah dengan misen basuh

takkpun mama perah baju ulfah kuat2.Tak yer wahai nenek2 semua.
masa mama belum sempat basuh baju2 ulfah lagi
ulfah memang dah mengeliat begini

diam sekejap selepas penat beerobik.ulfah buka mata sebab ada orang ganggu.
hahaha rupa2nya ulfah nak kena cukur rambut.
sekejap jer ulfah dah berubah fesyen...
comei tak?mestilah comelkan...malah bertambah comel.tapi abang marah.
abang kata orang perempuan takleh botak kepala.Berdosa!hahaha abang dah bawa keluar fatwanya.
abang tak kasi mama bawa adik pergi sekolah dia.Malu dekat kawan2.Kalau nak
bawa juga pergi beli tudung dekat adik.
hahaha.
pandailah budak2 sekarang.

Dodoian Pesanan

Dengarlah ini dodoian kasih
Ku uliti tidur biar ku ayunkan
Buaian cinta tanda bahagia
Kerna hadirmu insan ketiga
memberi cahaya
ku tatang bagai minyak yang penuh tanda bahagia
Tidurlah..tidur biar lena
bersama dodoan kasih ini
nanti bila terjaga
dapat kau jadi insan berguna
tidurlah...tidur biar lena
bersama alunan cinta di hati
nanti bila dewasa
dapat berbakti pada agama
Dengarlah nasihatku
tanda kasih ku padamu
Jadilah berbakti pada tuhannya
Tamak dalam mengharap redha Nya
Biar jauh kau berkelana
mancari ilmu penuhi dada
nanti bilaku tiada
kaca dan permata
dapat kau beza...
Dunia penuh pancaroba
tersilap langkah buruh padahnya
Jangan terburu kehendak nafsu
kerana ia teman yang palsu