السلام عليكم ورحمة الله

Lamanya mama menyepi.Serius mmg xberkesempatan sgt2....sesekali jer jengah blog kwn2 tnpa meninggalkan jejak kat sini.
★★★★★★★★★★★★★★★★★★
sihat ker semua?tahniah pd kwn2 yg msih lg diberi ksmptan dan idea utk terus ber"blog"
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Kenalkan Ahli Baru Istana Qaseh Mama&Baba
♥AHMAD FATEEH ALMURSY BIN MOHD FAHMI♥
Dilahirkan pada 3 julai 14
@
5 Ramadhan 1435
seribu satu impian dan harapan yg mama baba hasratkan.
moga Allah perkenankan.
insyaAllah!
membesarlah anak2ku dalam dakapan doa restu mama.

Berakhirlah Sebuah Penderitaan

Assalamualaikum....Selamat Malam....
Baru dapat mempamirkan entri ini,setelah diberi sedikit kekuatan.Ajaib sungguh kesedihan yang mengundang sejak kelmarin seakan lenyap selepas mendengar suara kecekalan...ketabahan...dan..kasih sayang....melalui bicaranya mama yakin dia kuat.mama yakin dia tak menangis lagi kerna dia dah banyak menangis sebelum ini.Hampir setahun dia menangis menerima ujian ini.menangis mengharapkan derita kesayangannya berakhir.Mama yakin itu! moga titisan2 airmatanya bercantum menjadi kekuatan. buat dia menempuh hari2 yang bakal dilalui..IN SYA ALLAH....YA ALLAH cekalkan hati dia dan mereka2 yang ditinggalkan...
Siapa tak kenal mujahid kecil ini?air mata siapa yang mampu bertahan melihat ujian yang dikirimkan Allah buat dia? 11bulan mujahid ini melawan sakitnya.11bulan si ibu merintih berdoa moga Allah sembuhkan putera hatinya.mengenalinya dialam maya 11bulan yang lalu....selepas anaknda ini dilahirkan.Kisah putera ini mulanya tersebar di ruangan fb sebelum mendapat perhatian media.Benarlah ujian Allah tanda kasihNya...Allah tak menganugerahkan sesuatu itu dengan sia2....Ujian Allah untuk melihat sejauh mana keimanan kita..kesabaran kita...Allah taknak kita jauh dariNya...hikmahnya setiap hari kita meminta2 padaNya...Allah suka itu....Allah suka kita meminta2 padaNya..
“Adam tak pernah bebankan mama.. kan sayang.. mama sayang Adam..Adam bukan anak membebankan..Adam anak yang baik..”
-ibu adam-

 
Sejenak menggamit kisah Muhammad Adam Syukri...
*Dilahirkan pada tanggal 4 mac 2012 secara Vacuum.
*Keluar secara flat dan kekurangan oksigen.
*Scan MRI diusia 5hari menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yang amat teruk.
*Tidak mampu menelan air liur dan perlu bergantung pada misen Suction untuk menyedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.
*Bergantung kepada misen oksigen sepenuhnya untuk kelansungan hidup.
*Mata adam mengalami injured.
*Tidak dapat mendengar kerana telinganya juga turut mengalami kerosakan.
*Doktor pakar mengesahkan anaknda adam mengalami kematian Saraf Otak dan peluang yang amat tipis untuk berjalan dan hidup seperti kanak2 normal yang lain.
Masyaallah...hebat betul mehnah Illahi buat anak istimewa ini.Anak yang sudah menjadi kesayangan kita.Diatas keperihatianan insan..Adam,ayah dan ibunya diterbangkan dari sarikei,Sarawak ke Kuala Lumpur.Adam dirawat dihospital kuala lumpur.4bulan dirawat disini..alhamdulillah ada tindak balas positif..tengok kulit adam...putih bersihkan?dah bambam....jauh beza dengan keadaaan tubuhnya sebelum ni.....
Namun kita hanya merancang .... Allah takdirkan yang terbaik buatnya...Ahli syurga ini meninggalkan kita semua dalam keadaan tak diduga..."AJAL ITU DATANGNYA DENGAN TIBA-TIBA...."innalillah wainna ilaihi rajiun....Bahagialah sayang berakhir sudah deritamu.Hilang sudah sakitmu...tiada lagi kau rasai tusukkan jarum..berselirat wayar ditubuhmu...Gembiralah duhai anak bermain di raudhahNya...moga bertemu kita disana.Insyaallah kami doakan sentiasa moga ibumu diberi kesabaran untuk menghadapi hari2nya tanpa kehadiranmu lagi...mungkin sukar baginya...tapi kami yakin dia kuat.insyaallah....
Lebih kurang jam 3ptg td...time tgh buat fisio...suh nurse panggilkan baba,just nk minta hp.rasa boring pula dok kayuh basikal,on fb wlu line tersangatlah macam siput...sambil kayuh..sambil tggu Wall fb terpampang..tiba2 kayuhan terhenti..air mäta mengalir...sebak sgt2...
Allah..Anaknda Adam Syukri kembali pulang kepadaMu..setelah Engkau titipkan anaknda Adam buat mama&papanya..Engkau hadirkan dia...
buat kami...menjadi kesayangan kami.Innalillah wainna Illaihi rajiun.....
Pergilah sayang...amanlah tanpa segala kesakitan.gembiralah..kerana tiada lagi berselirat wayar ditubuhmu...tenteramlah sayang...
Nurse hairån kenapa air mata ini mengalir?memang betul sikecil ini disayangi semua.minta stop rawatan ni utk hrni...dah tak mampu lg nak mengayuh...itu aku...macammana dgn mama&papanya..?..Ya Allah berikan ketabahan untuk mereka..temukan dan satukan mereka kembali disana nnt...in sya allah...-mama 7feb13 @ khamis..

http://www.facebook.com/ctnuur.hafizah 




ceku...caak!!!

ahakkkk....hihihi

Assalamualaikum sahabat2 yang disayangi,harap semua sihat2 belaka yer.Berada dalam rahmat serta redha ILLAHI sentiasa...
Hemmmm..time update post lalu..ingat dah boleh update selalu lepas ni.rupanya tak der maknanyer..nak kata sibuk tu taklah sangat cuma yerla...nak buka lappy tu yang malas.Kang sorang sibuk nak taip..sorang pula nak tarik2...sorang lagi nak numpang tengok juga..emmmm..alamatnya baik tak payah buka.hihihi.
ok..bersua lagi nanti....berkesempatan nanti mama ziarah kalian yer....^_^

Ufairah Amnie

Diari 3rd yang jarang mama update...baik dr dalam kandungan dan sekarang dah pun berusia 7bulan.hehehe..sian anjer mama nih.tp nak buat camner faktor semasa yang tak mengizin mama nak singgah diruang diari anak2 mama nih.....xper,xdapat nak simpan disini..tetap tersimpan  rapi dimemori mama.setiap detik...setiap masa....bersama anak2 mama,garapan kisah tetap yang terindah.
sayang anak2 mama....
pic adik dari usia 4bulan
 
Rasa baru jer lagi....aktiviti sekarang dah pandai meniti.nak panjat tu yang tak tahan...sampaikan terpaksa baba letak sofa diluar.kalau tetamu datang deorang pun malas nak masuk umah.hahahaha. semua pakat nak duduk luar ja...bab gigi..adik lewat sikit dari abang dan kakak.masih xder gigi lagi.tapi xper mama tak risau pun....xsemua samakan.....?berat adik sejak dah xberapa buleh dok diam ni...xbanyak sangat yang naik.malah kadang2 leh turun berat tu dik terlampau aktif.cukup susah nak tido sekrang nih...asyik nak main.nak menjelajah....hehehe....cayang dia....doa mama mg anak2 soleh n solehah mama sentisa dalam naungan kesejahteraan dari Illahi....ameen ya rabb....