السلام عليكم ورحمة الله

Lamanya mama menyepi.Serius mmg xberkesempatan sgt2....sesekali jer jengah blog kwn2 tnpa meninggalkan jejak kat sini.
★★★★★★★★★★★★★★★★★★
sihat ker semua?tahniah pd kwn2 yg msih lg diberi ksmptan dan idea utk terus ber"blog"
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Kenalkan Ahli Baru Istana Qaseh Mama&Baba
♥AHMAD FATEEH ALMURSY BIN MOHD FAHMI♥
Dilahirkan pada 3 julai 14
@
5 Ramadhan 1435
seribu satu impian dan harapan yg mama baba hasratkan.
moga Allah perkenankan.
insyaAllah!
membesarlah anak2ku dalam dakapan doa restu mama.

Berakhirlah Sebuah Penderitaan

Assalamualaikum....Selamat Malam....
Baru dapat mempamirkan entri ini,setelah diberi sedikit kekuatan.Ajaib sungguh kesedihan yang mengundang sejak kelmarin seakan lenyap selepas mendengar suara kecekalan...ketabahan...dan..kasih sayang....melalui bicaranya mama yakin dia kuat.mama yakin dia tak menangis lagi kerna dia dah banyak menangis sebelum ini.Hampir setahun dia menangis menerima ujian ini.menangis mengharapkan derita kesayangannya berakhir.Mama yakin itu! moga titisan2 airmatanya bercantum menjadi kekuatan. buat dia menempuh hari2 yang bakal dilalui..IN SYA ALLAH....YA ALLAH cekalkan hati dia dan mereka2 yang ditinggalkan...
Siapa tak kenal mujahid kecil ini?air mata siapa yang mampu bertahan melihat ujian yang dikirimkan Allah buat dia? 11bulan mujahid ini melawan sakitnya.11bulan si ibu merintih berdoa moga Allah sembuhkan putera hatinya.mengenalinya dialam maya 11bulan yang lalu....selepas anaknda ini dilahirkan.Kisah putera ini mulanya tersebar di ruangan fb sebelum mendapat perhatian media.Benarlah ujian Allah tanda kasihNya...Allah tak menganugerahkan sesuatu itu dengan sia2....Ujian Allah untuk melihat sejauh mana keimanan kita..kesabaran kita...Allah taknak kita jauh dariNya...hikmahnya setiap hari kita meminta2 padaNya...Allah suka itu....Allah suka kita meminta2 padaNya..
“Adam tak pernah bebankan mama.. kan sayang.. mama sayang Adam..Adam bukan anak membebankan..Adam anak yang baik..”
-ibu adam-

 
Sejenak menggamit kisah Muhammad Adam Syukri...
*Dilahirkan pada tanggal 4 mac 2012 secara Vacuum.
*Keluar secara flat dan kekurangan oksigen.
*Scan MRI diusia 5hari menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yang amat teruk.
*Tidak mampu menelan air liur dan perlu bergantung pada misen Suction untuk menyedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.
*Bergantung kepada misen oksigen sepenuhnya untuk kelansungan hidup.
*Mata adam mengalami injured.
*Tidak dapat mendengar kerana telinganya juga turut mengalami kerosakan.
*Doktor pakar mengesahkan anaknda adam mengalami kematian Saraf Otak dan peluang yang amat tipis untuk berjalan dan hidup seperti kanak2 normal yang lain.
Masyaallah...hebat betul mehnah Illahi buat anak istimewa ini.Anak yang sudah menjadi kesayangan kita.Diatas keperihatianan insan..Adam,ayah dan ibunya diterbangkan dari sarikei,Sarawak ke Kuala Lumpur.Adam dirawat dihospital kuala lumpur.4bulan dirawat disini..alhamdulillah ada tindak balas positif..tengok kulit adam...putih bersihkan?dah bambam....jauh beza dengan keadaaan tubuhnya sebelum ni.....
Namun kita hanya merancang .... Allah takdirkan yang terbaik buatnya...Ahli syurga ini meninggalkan kita semua dalam keadaan tak diduga..."AJAL ITU DATANGNYA DENGAN TIBA-TIBA...."innalillah wainna ilaihi rajiun....Bahagialah sayang berakhir sudah deritamu.Hilang sudah sakitmu...tiada lagi kau rasai tusukkan jarum..berselirat wayar ditubuhmu...Gembiralah duhai anak bermain di raudhahNya...moga bertemu kita disana.Insyaallah kami doakan sentiasa moga ibumu diberi kesabaran untuk menghadapi hari2nya tanpa kehadiranmu lagi...mungkin sukar baginya...tapi kami yakin dia kuat.insyaallah....
Lebih kurang jam 3ptg td...time tgh buat fisio...suh nurse panggilkan baba,just nk minta hp.rasa boring pula dok kayuh basikal,on fb wlu line tersangatlah macam siput...sambil kayuh..sambil tggu Wall fb terpampang..tiba2 kayuhan terhenti..air mäta mengalir...sebak sgt2...
Allah..Anaknda Adam Syukri kembali pulang kepadaMu..setelah Engkau titipkan anaknda Adam buat mama&papanya..Engkau hadirkan dia...
buat kami...menjadi kesayangan kami.Innalillah wainna Illaihi rajiun.....
Pergilah sayang...amanlah tanpa segala kesakitan.gembiralah..kerana tiada lagi berselirat wayar ditubuhmu...tenteramlah sayang...
Nurse hairån kenapa air mata ini mengalir?memang betul sikecil ini disayangi semua.minta stop rawatan ni utk hrni...dah tak mampu lg nak mengayuh...itu aku...macammana dgn mama&papanya..?..Ya Allah berikan ketabahan untuk mereka..temukan dan satukan mereka kembali disana nnt...in sya allah...-mama 7feb13 @ khamis..

http://www.facebook.com/ctnuur.hafizah 




ceku...caak!!!

ahakkkk....hihihi

Assalamualaikum sahabat2 yang disayangi,harap semua sihat2 belaka yer.Berada dalam rahmat serta redha ILLAHI sentiasa...
Hemmmm..time update post lalu..ingat dah boleh update selalu lepas ni.rupanya tak der maknanyer..nak kata sibuk tu taklah sangat cuma yerla...nak buka lappy tu yang malas.Kang sorang sibuk nak taip..sorang pula nak tarik2...sorang lagi nak numpang tengok juga..emmmm..alamatnya baik tak payah buka.hihihi.
ok..bersua lagi nanti....berkesempatan nanti mama ziarah kalian yer....^_^

Ufairah Amnie

Diari 3rd yang jarang mama update...baik dr dalam kandungan dan sekarang dah pun berusia 7bulan.hehehe..sian anjer mama nih.tp nak buat camner faktor semasa yang tak mengizin mama nak singgah diruang diari anak2 mama nih.....xper,xdapat nak simpan disini..tetap tersimpan  rapi dimemori mama.setiap detik...setiap masa....bersama anak2 mama,garapan kisah tetap yang terindah.
sayang anak2 mama....
pic adik dari usia 4bulan
 
Rasa baru jer lagi....aktiviti sekarang dah pandai meniti.nak panjat tu yang tak tahan...sampaikan terpaksa baba letak sofa diluar.kalau tetamu datang deorang pun malas nak masuk umah.hahahaha. semua pakat nak duduk luar ja...bab gigi..adik lewat sikit dari abang dan kakak.masih xder gigi lagi.tapi xper mama tak risau pun....xsemua samakan.....?berat adik sejak dah xberapa buleh dok diam ni...xbanyak sangat yang naik.malah kadang2 leh turun berat tu dik terlampau aktif.cukup susah nak tido sekrang nih...asyik nak main.nak menjelajah....hehehe....cayang dia....doa mama mg anak2 soleh n solehah mama sentisa dalam naungan kesejahteraan dari Illahi....ameen ya rabb....

Salam dari borneo

assalamualaikum....kejap ader,kejap tak der.masuk setahun mama jarang update...sejak pindah rumah baru ni line brodband jarang sangat nak aktif.mama pun malas nak tukar line....takut kang lagi teruk line dia.rumah jiran sebelah line celcom ok...yg sebelah lg maxis lak yg ok.....so cara terbaik....klu rindu sgt ziarah laman teman2 mama melalui mobile.....
sihat ker semua???harap2 tu smua sihat2 yer......insyaallah kalau diizinkan Illahi lepas ni kerap kita jumpa yer.ameen.....

APA KHABAR SEMUA???

BERBULAN NYEPI..X SEMPAT NAK BERBLOG SEKARANG...APAPUN DIHARAP SAHABAT2 SEMUA SIHAT SELALU.SEJAK KEHADIRAN SIKECIL NIH...KALUT SEMACAM.KAKAK LAK PANTANG TENGOK MAMA BUKA LAPTOP....MULALAH DIA PUN NAK NYIBUK SAMA...HIHIHI.RINDU SEMUA.....MOGA DALAM RAHMAT ALLAH SELALU...

AUNIE vs AMNIE

rajin tak saya...?maklumlah dah rasmi  jadi "kakak techik" hobi tebaru kakak techik ngasuh adeq.n....amat rajin ngasuh nak-nak time adeq tido.hehehe.suka sungguh dia bila dpt adeq nih.n amat2 sensetif pun ader.normallahkan...umo pun dalam kategori baby lagi dah jadi kakak.
teruji kesabaran mama nih.mana nak ngasuh...mana nak mujuk...mana nak dukung..mana nak ngendong...huhuhu.tarik nafas dalam2 dibuatnya.
apapun...mama bahagia...teramat bahagia...ahli istana qaseh dah bertambah....alhamdulillah ^,^

Jr Istana Qaseh

UFAIRAH AMNIE MOHD FAHMI
24~april~2012
12.10pm
3.45kg
normal
------------------
moga menjadi anak solehah sayangku.

SELAMAT DATANG KESAYANGAN

24-April-2012
12.10pm
23 april 12,overdue 9 hari..adeq xmahu keluar juga,mama terpaksa serah diri.
jam 9.40am doc memeriksa bukaan.Dalam hati mama berdoa.moga ada keajaiban.
dan alhamdulillah 2cm tanpa sakit.
jam 10.30am..pakar pula datang.check lagi dan lagi.
lega!dah 3cm.
tak payah masuk ubat.itu yang buat mama lapang dada.doa mama dimakbul ALLAH..syukur.
tapi,
hah!yang buat mama panik..adeq besar.takut effect di tempat czer dulu.
doc bg pilihan...dan mama tetap ingin mencuba untuk normal.insyaallah ada jalannya.
seharian berlalu mama lansung tak rasa sakit.
berehat diwad..mama banyakkan doa.moga semua dipermudahkan.
jiran2 katil wad..masing2 begiliran masuk labour room.
dan seorang demi seorang bayi comel selamat dilahirkan.
huh...bila nak tiba time mama nih???
mama banyakkan berjalan.
 
jam 8pagi 24 april 12...kesakitan mula menjalar ditiap urat dan sendi.
yes..akhirnya sakit juga(boleh lagi seronok tuh)
time mama jalan keluar dari bilik untuk ambil barang dekat baba.
kaki mula krem tak dapat melangkah.
berminit juga mama seret kaki sampai ke katil.
dalam sakit tu sempat lagi makan.walaupun keadaan makin tak selesa.
kebilik air sekejap.siap2 berdandan.lawa2 nak masuk labor room.
jam 10.45am..suruh untie misi check bukaan.alhamdulillah dah 6cm.
 
dapatkan baba diluar..terkejut baba tiba2 dah nak bersalin.
pohon kemaafan dan doa dari baba.itu yang muhim.
elok baring dalam LR..kesakitan makin dirasa.ALLAHUAKBAR.
 
"laillahailla anta..subahanka inni...kuntuminnazalimin"
 
nurse buatkan CTG...check jantung kesayangan mama.dan tiba2 keadaan jadi kelam kabut.
mama perlu di czer lagi.sebab jantung adik makin down.
masa tu hanya Allah yang lebih mengetahui..perasaan mama.
rasa nak nangis.tapi mama perlu usaha sebelum pasrah.
3orang pakar datang..
yang paling tak tahan..bila doc masukkan alat untuk ambil darah adeq dikepala.
betul2 buat mama sedih.
adeq keluarla sayang..itulah pujukkan yg selalu mama lafazkan.
urusan untuk tolak mama ke bilik OT pula.
dalam diam mama cuba teran perlahan2.
sekali lagi keajaiban berlaku...Allah tolong kita sayang.
ketika nurse nak masukkan paip..mama dengar cik misi cakap,dah buka penuh.
10CM!
subahanaallah.
dalam ketidakpercayaan tu bersama tenaga yang ALLAH kirimkan.
3kali teran...
ALHAMDULILLAH
yang ditunggu kini didepan mata.dalam perlukkan mama.
Mujahidah Solehah kiriman ALLAH
 

overdue hari ke8

assalamualaikum...

Setelah diberi tempoh due selama 9hari lagi...setiap hari...hari yg ditempuh penuh debaran.Mama nanti kedatangan Jr dengan penuh harapan.harapan yg amat tinggi.Bila kesakitan mula menjengah...mama harapkan biar kesakitan yang benar2,supaya mama tahu apa yg perlu dilakukan...tapi sayang...kontraksi tu jengah buat seketika...kemudian hilang.
betul sayang..pelbagai petua yg org beri..mama amalkan.supaya sayang hadir dengan selamat diriba mama.mama rindu sayang...bila doktor katakan tiada sebarang masalah,dan sayang betul2 dah bersedia untuk keluar...mama jadi perindu yang setia.setiap detik mama nanti...dan akhirnya mama pasrah...ni antara Allah dan sayang...dia penentu segalanya...
sebagai hamba...kita hanya mampu merancang tapi perancang terbaik adalah DIA bukan kita...mahupun siapa2.
ada juga doktor ingin membantu andai mama tak mampu lagi.tapi mama abaikan.mama masih mampu mengendong sayang.lagipun mama tak alami sebarang kesakitan yang melampau atau serius.
Harini dah hari ke8...esok kalau sayang tak keluar juga...mama terpaksa serah diri di hospital seawal 8pagi.huhuhu....apapun mama doakan segalanya dipermudahkan..dan moga mama tak merasa sakit di induce...sebab dari pengalaman teman2...mereka mengatakan induce itu sakitnya 2 kali ganda.jadi kalau buleh mama xmau alaminya..tak sanggup.dan dipenghujung doa...mama kembalikan segalanya pada Allah..
Insyaallah moga Allah permudahkan urusan mama.

mood ; tak sabar nak tatap wajah comelmu sayangku...
              Mujahid ker Mujahidah.....???

Cepat keluar dik!!!

40 minggu
Rasa jr nak kuar awal jer hari tu.
minggu ke 37 mula menunjukkan tanda.
Minggu ke 38 jalan dah buka 1cm.
Oleh kerana sakitnya main2.mama tak bersedia ke hospital lagi.
Biarlah sakitnya betul2 terasa.
Sekali...
sampai sekarang jr xkuar lagik.
Apa yang ditunggu lagi sayangku?
Nenek yg dinanti dah pun sampai ke Teratak Qaseh kita.
Cepat keluar sayang...mama dah rindu.

Pagi tadi ke KKIA...
JM suh mama jumpa doc untuk buat check up lanjut.
kena scan lagi...untuk tengok JR mama betul2 sht.
Nak pastikan kedudukkan Jr dan tali pusat.
Dan...
Alhamdulillah Jr mama baik2 jer.
tunggu jer,kata doktor.Jr dah masuk laluan...
9 hari tempoh diberi...
moga anak mama keluar dalam waktu ni yer sayang.
jangan bagi deaorang induce mama tau...
mama takut...

Semua Jadi Tak Kena

Allahuakhbar...sesekali mencengkam.seminit dua dilepaskan.Kemudian berulang lagi...lagi dan lagi.cuba mengira waktu...20minit sekali...kemudian cengkaman sakit menjadi setengah jam pula.kemudian rentak sakitnya tak menentu.bukan semakin cepat.dan kesakitan hilang lagi.hadoi...tahulah mama masanya belum tiba lagi.Besabarlah duhai hati...
Tidur pun dah tak menentu.sejak kebelakangan nih,kaki mama kerap kena sentap.orang utara pangil tarik mengkarung.aduhai mengelupur mama bila cik mengkarung tu datang tarik kaki.uhuuu..cik mengkarung oii,boleh tak awak main tarik tali ker,tarik aper ker.tak yoh ler dok men tarik kaki...mama nak tido puas2.mama letih tau...
Kakak techik pula sekarang dah semakin banyak ragam...xleh disentuh sikit...alahai...tadi petang adunan kuih bingka mama...seberkas tumpah.gara2 kakak techik rajin nak tolong mama.aduhai...aduhaiiii...

apapun terima kasih Allah atas segala kurniaanMu....

Meniti Hari

Alhamdulillah...syukur...syukur...syukur ya Allah....
Cepat benar sang waktu berlalu.harini dah pun menjangkau 36minggu.JR mama tak lama lagi akan hadir dalam pelukkan mama.aduh rindunya...
Sekarang dah makin sarat...makin jadi tak larat.JR mama dah masuk laluan...mama boleh rasa itu.tapi disebabkan air ketuban mama banyak...JR mama masih tersangat aktif...dan mama harap JR tak berpusing balik.diam-diam ajer disitu yer sayang.Pada sahabat...tolong doakan mama.

AURA BAIT AL~IMAN

Alhamdulillah,Sepetang meluangkan masa bersama cinta dan permata2 hati mama dilaman Istana Qaseh kami.Rasa seronok sangat,bilamana dapat melihat hasil tanaman kami semenjak berpindah keteratak baru 3bulan yang lalu subur dan ader yang dah mengeluarkan hasil.....alhamdulillah,syukur diatas kurniaanMu.
Sejak mengenali dan membaca kalam 'Bait Al~Iman' mama mula jatuh cinta untuk berkebun.Rajin betul abu dan ummu muhammmad....dan aura kerajinan itu berjaya meilhamkan semangat tani buat mama.syukran ya Ummu Muhammad!kebetulan pindah ke teratak baru kali ni,kita punya laman merah yang agak luas.so dengan bantuan baba...kita berjaya juga berbudi pada tanah....syukran baba.....rupanya baba juga suka berkebun.mungkin keadaan rumah sebelum ni,membuat kita tak bersemangat untuk bertani.
Pokok Pertola,cili,terung.bendi,jagung,sawi dan kacang panjang


sawi taiwan mama yang dah boleh dimasak.
Abang dan kakak techik pun turut beriadah sama.Lebih kepada menambah kerja pada mama dan baba.Habis comot 2beradik nih dengan tompokkan tanah.hahahaha takper...aper yang penting kita ENJOY!
Mama diusia kehamilan 32minggu sudah...memang agak penat sikit....aktiviti tambahan untuk bersenam bagi ibu hamil...oklah tu kan? bagi mudah bersalin esok.hehehehe.oklah,nak berehat dulu...kecapekkan amat dah nih......esok berkebun lagi...misi tanam Timun,tomato,kacang botol,kailan dan jagung lagi.......

MOGTT

Tak sanggup rasanya!
segelas glugos oren menyusuri anak tekak mama.
Perit!
jangan nak "uweeek" kalau takmo minum segelas lagi.
aduhai.
.................
mujo rumah dekat.
boleh balik tido seround
pening campur loya
45minit terlelap rasa tak cukup.
hehehehe
..................
3kali test urine.3kali jarum menebusi kulit.
mujo sekali jer minum air gula.
kalau tak lagi nanya.
rasa nak bagi idea...lepas ni testla guna cendol pulut ker,
Milo ais ker atau ABC spesial.
leh jugakan?
..........
apapun Alhamdulillah result negetif.
bulehla beriang ria.
memandangkan kakak techik beradu
mama nak tumpang sekalilah.
nak melayan loya diperut.
bye!

Kembara Jr Mama

Alhamdulillah....segala puji2an buatMu ya Rabb atas segala limpahan rahmat dan kasihMu buat kami....

N3 yang hanya sekali dua mama pernah kongsi disini,tu pun dalam kalam yang samar2.Bukan apa masa tu masih baru lagi adik bermastautin dialam rahim mama.Mama sendiri pada awalnya kurang pasti...dan agak terkejut dengan kurniaan Illahi yang agak cepat bagi mama.Kakak aunie masa tu baru berusia 8bulan...tapi apapun mama tetap besyukur dan gembira dengan anugerah indah ini.Alhamdulillah.....

Episode awal kembara Jr,
Hanya sempat dua kali kunjungan rutin bulanan mama selepas melahirkan kakak.Bulan seterusnya dah tak kelihatan lagi.Seminggu lewat kedatangannya....kebetulan mama ke klinik untuk check up bulanan kakak Aunie.Mama cakap dekat nurse bertugas,sebabnya rutin bulanan mama memang tak pernah lewat.So takut juga kalau ada problem apa2.Betul!!!time tu tak terlintas pun difikiran mama akan ada lagi buah cinta mama  dan baba yang menghuni rahim mama sepantas ini.Nurse suruh mama buat ujian kehamilan...tanpa sikit pun perasaan teruja seperti sewaktu menanti keputusan 2kehamilan sebelum nih...riak selamba jer muka mama time tuh....sekali terang dan jelas tertera 2garisan merah.Terkejut mama...terkejut bukan beerti tak gembira.rasa syukur tetap terlimpah.mama dapatkan baba dikereta.Segera mama khabarkan berita tergempar itu....dan ternyata baba tetap insan yang paling gembira.Hah adik techik mama bakal naik pangkat jadi kakak techik....

Respon Abang Naufal...
"oooWhhh,tak aci la mama,time abang dulu lama2 baru jadi abang.Adik kejap jer nak jadi kakak"hehehehe ayat tak puas hati,sebab dia 5tahun beseorangan main kren,train dan lori

Minggu demi minggu....
Mama tak terbeban dengani alahan yang melampau.Syukur,itu hikmah yang mama perolehi.Setakat tak selera makan dan letih diawal kehamilan itu lumrah biasa setiap mama.Tambahan mama punya sidara techik yang sedang membesar.Si dara yang baru nak kenal dunia.Si dara manis yang masih bermanja...mama sendiri tak dapat bayangkan,andai mama alami alahan sepeti sebelum2 nih...macammana dengan lil mujahidah mama.sememangnya Allah Maha Pengasih.....Tak terasa masa berlalu...tiba2 terasa perut dah makin berat.

Rehat kejap...
Blog dan facebook mama biarkan sepi.Tak kuasa nak melayan.hehehehe.kalau boleh seluruh waktu yang ada nak luangkan dekat abang dan kakak techik.Dengan tugasan harian yang mendesak....lagi lah takder ruangpun untuk layan skrin kecil nih.

Pakar...
walau terasa ok macammana pun....pakcik2 pakar dekat hospital tetap nak jumpa mama.2minggu sekali.kadang2 itu yang buat mama letih.Faham2la nak jumpa pakar nih...appoiment jam 2 petang,doc pukul 3 baru nampak muka.so sikit cuak...tapi bila mama dapat tengok Jr mama di skrin scan...terubat juga letihnya.Nak nak bila Jr mama sihat2 sahaja.Alhamdulillah.....
Rawatan fisio mama,insyaallah lepas bersalin nanti baru mama sambung balik.Mri pun akan dibuat lepas Jr mama keluar nanti.Wahhh kesabahlah kita yer.hhehehe leh jalan2 sama.kuikuikui.

31minggu yang Indah...
Pinggang dan belakang dah mula lenguh2.buku lali kalau tak jaga sikit hari lagi boleh hilang.Makan pun dah tak selera balik....segalanya serba tak kena dah...maklumlah dah makin dekat hari...64hr lagi!Berat,berjaya mama naikkan sebanyak 15kg.kalau lepas bersalin nanti tak turun pun takper.hehehe.Baba menjadi tukang urut tak rasmi,jadi chef tanpa tauliah kadang2 dan jadi teman bual lewat kepagi.sabar yer baba...2bulan jer lagi.

Tiba2 pagi kelmarin dulu berlaku kontraksi....Betul2 terkezuuuut campur takut.rentak pada awalnya sekata jer.huh lagi takut....tapi tanda2 takder.Jr juga still aktif.doa dipohon agar bukan lagi masa untuk Jr keluar.Jangan keluar awal sayang,mama taknak adik dok dalam balang.mama taknak adik keluar dengan sebarang masalah.Didalam dulu ya sayang,Kemudian rentak kontraksi mula betukar lain....sah kontraksi palsu.Alhamdulillah....hilang risau mama.Apapun barang2 Jr perlu sempurna disimpan rapi...takut juga andai lahirmu awal jangka...seperti kakak techik 3minggu awalnya....

---->oklah,pinggang dah lenguh...sebelum krem mama nak rehat dulu.Nanti sambung bicara lagi.Buat teman2 tolong doakan mama dan Jr yer...moga selamat semuanya.berundur dulu...mata dah ngantuk.

< Assalamualaikum >

Lama tak jengah disini....24jam yang dianugerahkan tetap tak meruangkan untuk bersantai dialam maya.Apapun harapan mama moga sahabat2 blogger mama sihat2 selalu.Syukran...tq..n terima kasih pada yang sudi kol tanya mama....kemana menghilang?hehehehe...mama hilang dalam kesibukkan tanpa jadual.....
Tambah dengan keadaan yang bertambah menyarat.kalutnya jadi tak bertempat.Melayan 2permata hati sehari2 aduh sibuk ngalah wakil rakyat.lepas aunie kena demam campak hari tu,mama sibuk pindah umah,2minggu lepas tu balik kampung sebulan lamanya,balik sini sambung balik kemas umah,pastu itu ini...itu ini...sedar2 dah berbulan tak berkesempatan melayan ruang ini...membaca sudut2 indah blog teman2 semua.
Hari nih,masuk 31weeks.Dah tak larat nak bawa perut.semua dah start sakit2.Baba suh kurangkan aktiviti.bawa2 berehat pulak.kaki mama pun dah membengkak.kebetulan puteri mama beradu nih,so bolehlah bersantai kejap.
Puteri Ulfah Aunie yang banyak karenah...kemanjaan yang semakin menjadi2.....ketara betul sekarang nih.Baba pun dah pandai ditolak ketepi.semuanya nak dengan mama hatta nak masukkan botol dalam mulut.Dulu mama dan baba leh kongsi tugas untuk mengurus siputeri techik nih,sekarang jangan haraplah....semuanya mama.hehehehe sian bakal "kakak" nih yer.nak bermanja sepuasnya dengan mama.apapun mama tetap bahagia biarpun seribu karenah tercipta......

Bersua Lagi.....

Assalamualaikum.....harap teman2 mama sht2 semua.Sekarang N3 pun dah xsemeriah dulu2.Dah kekurangan idea.Tambah pula kesihatan mama kurang memuaskan.Asyik nak demam dan sakit belakang jer..Baru2 ni seminggu mama demam....rasanya demam pegang angka 30 dalam umur kot.hihihi.....
cam tak percaya 9-10-11 baru nih....umo mama dah bertambah...hakikat sebenar kehidupan umo dah makin kurang.apapun moga kehidupan ini dirahmati Illahi...amin......berkat hidup itu yg muhim!
Hari nih aunie lak ambil alih.Bangun pagi tadi badan adik panas sangat.Terus mama jelum supaya kuar panas.alahai susah hati mama bila adik xmau main macam selalu.acah2 pun adik buat x tahu jer.X larat sangat la tu."ketawa la dik...main la dik...." puas mama pujuk,tapi adik betul2 xdaya.....Bila abang balik,abang pula mengacah....tetap gak xjalan.adik tetap lali ditilam.....aduhai sayang anak mama....moga cepat sembuh yer sayang.mama dan abang rindu nak main dengan adik.Baba juga...petang ni baba balik takder sapa nak tunggu baba tepi pintu.sambut baba sambil sembang ramah......hehehehe windu cayang mama.

p/s:......agak2 puteri mama nak buleh apa pulak yer......

Stop Jap



Minggu nih last fisio untuk mama.
hehehehe rehat jap.
suka pun ada...sebab rutin mingguan mama
semakin selesa..
Mama memang tak selesa berfisio time nih.
so memandangkan dah masuk 3bulan
pihak fisio setuju untuk berehat sebentar.
nanti lepas selesai semuanya...sambung balik rawatan.
---------->> <<----------

Tahniah Abang Naufal

Minggu ni Mama dan Baba busy sikit.Melatih abang Naufal menghafal beberapa surah pendek sempena Karnival Pendidikan Prasekolah Wp Labuan.Sebenarnya anak mama nih tak boleh didesak.Diajar perlahan2.Abang memang dah mula mengahafal beberapa  surah sejak dari tahun lepas.Cumanya bila nak masuk pertandingan ni abang sikit tertekan.Puas mama dan baba cakap,tak menang takper..asalkan Abang mampu ingat sebaiknya ayat2 alquran.Tue kewajipan kita.

Alhamdulillah...hari ni abang mampu buat sebaiknya.Walaupun sikit gelabah..yerlah baru first time dok atas pentas.Ader pulak juri2 didepan.Tapi mama tabik la.abang memang berani....Bergema suara abang...kuat daripada peserta yang lain.hehehehe....seronok baba leh tengok abang.Mama gak yang sedih tak dapat pergi.huhuhuhu.tapi takper baba ader record video untuk mama.Masa mama tengok video tu...hanya Allah jer yang tahu..abang pun hairan bila tengok mama nangis...."mama happy syg!!!"
Balik dari sekolah,abang terus peluk mama.Abang cakap dapat no 2.Alhamdulillah.Kemudian abang ckp lagi "tp abg xdpat no 1"hehehe takperlah sayang.Janji abang lancar menyebut tiap patah kalam tuhan.Itu sudah cukup.abang dah lakukan yang terbaik.....
Kemudian air mata mama menitis lagi bila dapat sms ni:

"SALAM.TERIMA KASIH KAK.
MELATIH AHMAD SELAMA INI.
TAHNIAH DIA DAPAT NOM 2"
-cikgu norhazrinah latif-
Ringkas sms dari cikgu.tapi cukup membuatkan mama dan baba bangga dengan abang.semoga anak mama menjadi Mujahid Hebat.Moga Allah makbulkan harapan mama dan baba..menjadikan anak mama anak soleh solehah.....insyaallah....