EPISOD LUKA

Pulanglah Natrah-KUMPULAN AL-WADI
Kisah Tragis Yang Meragut Aqidah Seorang Gadis Kupaparkan ....
Di Sebuah Desa Yang Permai
Kisah Ini Terjadi
Gadis Yang Berbudi Pekertinya Tinggi
Oh.. Natrah Nama Diberi
Di Sebuah Desa Nan Indah
Ditemani Suami tercinta
Dan si Ibu Tua Penuh Nostalgia
Namun Hanya Sementara
Tiba-tiba Lembayung Senja
Meragut Sutera Iman Di Hatinya
Tiba-tiba....samudera ombak
Merempuh Tembok Hidayah Di dadanya
Dan Natrah... Dan Natrah...
Menangis Tersendu
Merenung Suratan Yang Tak Pernah Diduga
Natrah Kini Dibawa Pergi
Entah Bila Kan Kembali
Tak Upaya Ia Mengulangi Kisah Masyitah Yang Tinggi
Hanya Doa Petunjuk Ilahi
Cinta Kan Bersemi Lagi
Di Sebuah Desa Nan Indah
Ditemani Suami Tercinta
dan si ibu Tua Penuh Nostalgia
Namun Hanya Sementara
Demi Cinta dan Air Mata
Kau Harungi Lautan Ombak Bergelora
Demi Cinta Yang Terlerai
Kau Dijejaki Lembah Derita
Oh Natrah
Andai Kau Mendengari
Suara Hati Kecilku Ini
Ku Pujuk Rayu Mu Agar Kau Sedari
Pintu Hidayah Terbuka Lagi
Oh Natrah
Tentu Masih Kau Ingat
Syahadah Manisnya Di Bibirmu
Pulanglah...(Pulanglah)
Harumkan (Harumkan)
Setangi Di Pusara Hidupmu
(Jadikan kisah Ini Sebagai Iktibar Pertahankanlah Kedaulatan Ummah Ke Titisan Darah Yang Terakhir Buat Natrah Terimalah Syahadah Ini :


أشهد ألأ إله إلا الله وأشهد أن محمدًا رسول الله أشهد ألأ إله إلا الله وأشهد أن محمدًا رسول الله



Perjalanan awal natrah:

Natrah dilahirkan di Tjimah,jawa,indonesia pada 24mac 1937 dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Pada usia 5tahun Bertha diserahkan kepada Che Aminah Mohamad seorang perniaga kain di jawa yang berasal dari kemaman,Terangganu untuk dipelihara.ini kerana pada ketika itu sedang berlaku pemberotakkan antara orang jawa yang tidak menyenangi orang kulit putih yang dianggap sebagai penjajah.Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang ketika itu telah ditawan tentera Jepun.


pada 15 November 1945 Che Aminah membawa Bertha balik ke Kemaman Terangganu.Bertha diasuh serta dipelihara dalam didikkan islam dan diberi nama NATRAH.pada usia 13tahun natrah telah berkahwin dengan seorang guru iaitu mansor adabi.
Kehidupan aman bahagia yang dilalui Natrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus dibebaskan dan kembali ke Belanda mencari anaknya.usaha mencari natrah akhirnya berhasil.Ayahnya menuntut di mahkamah Singapura agar Natrah dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor. Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termasuk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan.

Engkau kuatkanlah iman kami.YA ALLAH,Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untukmendaulat & menyokong syariatMU, maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA yang sebenar,Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,Hidup suburkanlah hati-hati ini denganma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU, Jika Engkau mentakdirkan mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,Engkaulah sebaik-baik sandarandan sebaik-baik penolong,YA ALLAH,Perkenankanlah permintaan ini....amin2 ya rabb.."

bicara sepi...


bicara hati seorang isteri...
suamiku...
kini engkaulah insan yang terhampir.
teman diriku meniti perjalanan yang singkat.
bahagia mahupun derita kita berkait rapat.
suamiku...
aku isteri yang lemah.
bukan Fatimah bintu Rasulullah
puteri terpuji...
sabar yang terlalu tinggi miski hati sering teruji.
namun...itu yang aku pohonkan
setiap kali doa aku panjatkan pada Tuhan.
suamiku...
bahagia yang aku pinta bukan dari harta yang berkepuk.
dari duit ringgit yang melimpah ruah.
dari emas permata yang melilit di tangan dan jua leher.
bukan pula ku tagih pada rupa dan gelaran nama serta kuasa.
tapi yang ku tagih...
bahagia itu pada kesabaran
bila susah tak gelisah
bila miskin tak resah
bila gagal tak kalah
bila sakit tak gundah...
hakikat bahagia itu ketenangan.
pabila hati kita sentiasa mengingati TUHAN.

ALLAH befirman:
"ketahuilah dengan mengingati ALLAH itu hatikan menjadi tenang"

suamiku...
kadangkaala aku berubah pada pandanganmu
tapi sayang...itu tak benar.
tiada apa yang paling aku hrgai
daripada kehidupan manis bersamamu.
kadangkala aku tefikir sejuta tahun adalah terlalu singkat
hanya kuberitahumu bertapa sayangnya aku padamu.
bertapa syukurnya aku...
kau kepunyaanku
ketika berjauhan denganmu
akulah isteri yang terlalu tinggi cita-cita...
mencipta kerukunan keluarga
namun aku tetap aku...
maafkan aku duhai suami...!
kiranya tutur dan tingkah
senyum dan seri wajah
pudar dan hambar dimatamu.
aku masih belajar menjadi seorang mujahidah...
suamiku...
bunga semalam telah layu...
gugur satu persatu dari jambangannya.
mujur cinta kita bukan itu lambangnya.

rejab...syaaban...ramadhan...

“Ya Allah! Berkatilah kami dalam Rejab dan Syaaban ini dan sampaikan kami kepada Ramadan.”

REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai

REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan

marilah kita memperbanyakkan puasa sunat di bulan rejab yang tiba ini dan pada syaaban yang bakal menjelma sebagai persediaan menyambut ramadhan bulan mulia.
kemuliaan REJAB pada malam israk Mikrajnya
kemuliaan SYAABAN pada malam Nisfunya
kemuliaan RAMADHAN pada LAILATUL QADARnya

epilog rindu

Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam
Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata
Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan
jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan
Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
indahnya jalinan kasih sayang
Tidak sempurna iman,
tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan,
hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan

Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…