Imam Ghazali

Enam Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya… Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA:beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
lalu muridnya menjawab : Ibu bapa, guru, kawan dan sahabat.
Imam Ghazali membenarkan apa yang dijawab tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘MATI’.

KEDUA:apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?
lalu muridnya menjawab : negara China, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'MASA LALU'
Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA:apakah yang paling besar di dunia ini?
lalu muridnya menjawab: Gunung, bumi, matahari.
Imam Ghazali membenarkan lagi tetapi jawapan yang paling tepat ialah ‘NAFSU’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

KEEMPAT:apakah yang paling berat di dunia?
lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah".
Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘AMANAH’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA:apakah yang paling ringan di dunia?
lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan".
 Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘SOLAT’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan solat disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM:apakah yang paling tajam di dunia?
lalu muridnya menjawab : ‘ Pedang".
Lantas sekali lagi Imam Ghazali membenarkan lagi tetapi jawapan yang tepat sekali ialah ‘LIDAH"
di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

:::.C.E.M.B.U.R.U .:::





Tengah hari tadi achik terima satu panggilan dari seorang insan yang bertanyakan satu soalan yang achik sendiri tiada jawapan yang tepat.Soalan tentang cemburu?Huh parah gak nak jawap sebab achik sendiri tak dapat lari dari sifat tue.Tapi sebagai manusia kita kenalah saling pesan memesankan.Nak cakap memanglah senang bila nak buatnya hanya Tuhan ajer yang tahu macammana nak thabatkan diri ni.hehehehe.Sebagai manusia dan naluri kebanyak wanita sikap ni pasti ada walaupun sekelumit cuma.cemburu ni banyak tempatnya.Tapi ini achik nak tulis tentang cemburu di alam perkahwinan.cemburu ni definasi manusia ialah kasih sayang.tapi bila berlebihan kasih sayang pun melayang tau.Kerukunan rumahtangga pasti tergoyah dek tsunami cemburu yang menggila.Bagi achik sendiri cemburu pada suami achik memang ada.Bukan tak percaya pada my hubby tapi ntahlahkan achik rasakan diri ni terlalu tak sempurna didllm ketidaksempurnaan sifat manusia.Memandangkan keadaan diri ni tak behenti2 ditimpa musibah kesakitan.Fizikal diri mula berubah bentuk sebab penyakit yang bertubi2 sebagai manusia biasa cemburu tu memang tak lari.Sampai kadang2 my hubby kena uruskan dirinya.masa tu cemburu memang menjelma disudut hati.Tapi achik kena percaya dan achik kena yakin pada dia.Keyakinan tu rangking atas sekali achik letak.Satu lagi walaupun achik ni terlalu tak sempurna achik taknak tewas didalam ketidaksempurnaan tu.Sebagai isteri kalau diberi kesempatan sihat achik akan buat sempurna mungkin.Mujur Allah beri achik suami yang memahami.Dan achik harap sangat pemahaman itu kekal.tapi kalau esok jadinya lain achik kena redho dan ingat pula manusia penuh kekhilafan.Sebagai isteri juga kita jangan bergantung hidup seratus peratus pada suami.Apa yang suami lakukan ialah tanggungjawab dia dan bukanlah tanggungjawab kita pula berdamping dengan dia sepanjang masa.Lakukan terbaik walaupun tak boleh jadi yang terbaik.





Apapun terapkan kepercayaan pada pasangan kita.Ikhlaskan kasih sayang kita padanya.Dan ingat apa yang ada di dunia ini semuanya BAHARU ia tak kekal lama.Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu saja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya.Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada lelaki lain? Dan terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.
.
Duhai suami...
Diri ini penuh kekhilafan
Sememangnya manusia tiada sempurna sifatnya
Tapi aku dari ketidaksempurnaan itu
Aku lagi tidak sempurna
Justeru
Bimbinglah aku
Maafkan keterlajuranku
Cemburu sifatku dan kebanyakkan kaumku
Bukan maksud aku tidak menghargaimu
Tapi itu dari kelemahan aku sendiri
Duhai suami...
Bicara ini harap kau mengerti
Andai esok tidak lagi aku bertanya
itu dan ini
siapa  dimana
bila dan kenapa
Tika itu segala kasih dan sayang telah pun luntur dariku
Aku sebagai wanita memang banyak karenahnya
memang banyak tuturnya
dan memang banyak feelnya
Maafkan aku atas kelemahan aku ini
apapun aku mohon pengertian
aku insan lemah yang mencuba menjadi sempurna....
"Kebahgiaan tidak akan datang sendiri tanpa kita sendiri yang berusaha untuk memupuk membina kebahgiaan. Belajarlah dari masa silam insan-insan lain sebelum ini. Mana yang baik kita jadikan teladan, dan mana yang buruk pula kita jadikan sempadan. Binalah kebahagiaan dari penderitaan semalam...
Sesungguhnya yang benar itu datangnya dari Allah dan segala kesilapan itu datangnya dari kita yang bernama manusia"

Pesanan Nabi Buat Wanita


1.Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).

2.Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3.Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4.Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5.Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6.Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7.Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.
8.Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka

9.Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10.Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11.Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

12.Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Labuan-kedah-Selangor

Soalan cepumas kerap di terima sejak akhir-akhir ni.lewat semalam pun sama abang dapat panggilan dari family dia.soalan yang masih sama tak berubah bila nak balik?Raya ni balik tak?tak boleh cuti ker?Raya takkan tak cuti?
Alahai mak...memang la raya cuti mak....susahlah mak.Tiket flight bukan murah.lagipun kejap sangat cuti.tak padan nak balik.
Family achik pun sama betul ker tak balik?soalan tu yang last sebelum diaorang amik keputusan datang sini.rindu sangat mungkin.
Berbalik kisah mertua di kampung.Masih bincang soalan yang sama akhirnya achik sendiri yang cakap(Suami achik dah tak tahu nak cakap)hikhikhik....
Mak sihat?achik mula perbualan...sihat tak leh balik ker raya ni?...jawapan sekaligus pertanyaan.Achik ketawa,mak mertua pun ketawa mungkin tesedar soalan tu dah ditanya tadi.Buat sekian kalinya achik menjawab.tak mak.tak boleh...abang cuti raya jer.mana sempat balik.nanti2lah lepas raya.
Mak masak apa hari ni?saja nak lari pada soalan bila nak balik..
Masak ringkas aje.Mak,ayah dan adik tak sihat.Mai la balik boleh tolong mak.makan ramai-ramai seleralah sikit.hahaha macam nak pecah perut tahan ketawa.Alahai mak.tak habis lagi ker.
Jauh disana achik dengar satu soalan yang memang tak logik...
Mai balik dengan fuad jer.tinggallah baba dia kejap.seminggu dua esok balik lah balik.achik hanya mampu ketawa.sambil tu achik sempat jawab esok balik sini balik anak mak ada bini lain camner?