malas!

Hari ni baba ajak jalan2.mama malas!tak nak.Eh sejak bila mama malas jalan ni?kalau soalan ni ditanya pada siapa2 yang mengenali mama.Sure pakat geleng kepala ditambah muka hairan! yer betullah mama malas jalan sekarang.Sejak awal mengandung lagi.Hobi mama dah betukar rupa.Mama lebih selesa diam dirumah.Dok santai2 didalam umah...takder kerja or tak sihat mama lebih senang baring jer.kalau tak...mama akan buatlah apa yang patut...mencuba resepi2 baru,layan internet ker atau layan tv yang tak pernah habis besiaran.nak kuar dilaman rumah pun mama malas.Pokok2 bunga yang mama xcited membeli sebelum disahkan mengandung dulu dah lama terabai.Kadang2 datang mood rajin jer baru mama keluar mengesah n cakap2 dengan "mereka"(pokok2 tula).mama ingat lagi lepas balik dari kampung(bulan 2)baru nih mama "gila" tengok pokok bunga.banyak gak la mama rembat pada nyonya di pasar tani tu.tak lama lepas tu mama dapat khabar gembira.I' pregnant!orang kata nak dapat anak perempuan.Baba paling teruja mendengar.Pada mama tak kesahla apapun jantina.Mama terima jer dengan gembira.
Berbalik pada kes tadi...bermulalah pujuk memujuk 2 beranak tu dengan mama.Si suami "kemana pun abang bawa..cakaplah mana ayang nak pergi...."
si anak lak "jom la mama kita jalan2 lama dah tak jalan2 abang boring ni"
bla...bla...bla...macam2 pujukkan ditabur.mama wat tak dengar.Kelmarin..kelmarin dulu..dulu2 punya kelmarin mama berjaya menoktahkan pujukkan diaorang.mama malas.Betul2 malas.dan mama tetap menang. tapi hari ni mama jadi kesian dekat mereka dua orang nih!ketagih nak jalan2 ngan mama.Apalah ada kat labuan ni yang dia orang semangat giler nak berjalan.hemmm akhirnya dek rasa simpati yang lebih.kali ni diaorang menang."Ermmmm mama nak makan pizza leh?"yeh...!tejerit dua beranak tuh.Tapi dalam hati terus terang mama cakap.Mama malas......!

::DAH 10MINGGU::

Pejam celik-pejam celik kandungan mama dah berusia 10 minggu.


Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

SUBAHANAALLAH..Maha suci bagiMu.Keajaiban penciptaan yang tiada tandingan.

Keletihan yang melampau...
Nak buat kerja tak larat.Nak bangun tak larat.Tapi kalau tak wat kerja pun takleh gak takkan nak duduk saja.Kang anak mama dalam perut ni ikut malas gak.Tapi serius cakap.Mama betul2 tak larat.Mengandung kali ni bukan kata emosi jer terlebih gangguan...amalan pun terbabit sama.Tak daya rasanya.Ditambah dengan penyakit yang ada ni buatkan mama lagi dhaif.
Tapi tak per anak-anak mama jangan risau ok?Demi kalian permata hati yang sentiasa mama impikan akan mama lalui beribu kepayahan demi kalian.

Hospital Yang Jauh...
Dik kerana ketiadaan pakar di hospital behampiran rumah.Baba terpaksa bawa mama bemusafir sebulan sekali ke Hospital Likas,Sabah.Aduh memang azab.Bukan kata nak berjalan,nak tengok rupa feri untuk sebulan sekali pun mama dah tak sanggup.Pelayaran sejam setengah lebih,ditambah pula dengan perjalanan yang memakan masa hampir 3jam untuk sampai ke Likas...buatkan badan mama yang tak sihat ni bertambah tak selesa.Tapi mama dan baba tak ada pilihan lain....
Apapun bila lihat Naufal ceria.Mama baba tumpang bahagia.Yerla namapun budak2 bukan tahu apa.Yang penting dapat berjalan.Lagi jauh lagi best..(kata Naufal)so mama dan baba hanya mampu senyum jer la...
walaupun hakikatnya mama terlalu letih....
Moga kesusahan ini menghasilkan natijah kesenangan di episod terakhir...Insyaallah.

S-A-B-A-R

Melalui detik2 yang penuh cabaran.Membuatkan aku kadang2 hampir tewas.Mujur ada kekasih hati yg memahami.memberi dorongan dan madah keyakinan"Nak bahagia bukan mudah".Syukran baba.

hemmm dah 7minggu rupanya aku begini.makan dan minum tiada nikmatnya lagi.Tilam empuk ni ja teman sekarang.Mujur Anaknda Naufal tiada karenahnya.Maaf mama yer sayang.mama betul2 tak terdaya.

Dulu masa mama mengandungkan naufal beginilah juga keadaannya.Malah lagi teruk sebab masa2 gini seingat mama..Hospital dah jadi kediaman rasmi kedua mama...Tapi mama tabahkan jua sebab mama impikan zuriat2 yang soleh dan solehah buat menemani mama sepanjang hidup ni nanti.Hidup ni bukan selamanya kita ditahap ni.Bukan selamanya mama akan muda belia.Mama akan tua...dan mama perlukan anak2 untuk menempuh detik2 tu...

Buat anak mama "didalam" lambat sungguh masa berlalu.tapi takpa...akan mama kuatkan hati ni menempuh tiap cabaran yang mendatang.Kehadiranmu bukanlah seksaaan buat mama.Tapi keindahan yang tiada terucap buat mama dan baba titipkan....

AL-FATIHAH buat syafiah...

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita penderaan kanak2 oleh Syaitan bertopengkan manusia.Saat itulah hati mula tertanya apa salah kanak-kanak ini?
Wajah mulusnya..menandakan tiada kesalahan-kesalahan besar dilakukan.Nakal itu kebiasaan sifat anak-anak kecil.Justeru siapa kita yang mampu menghukum sebegini rupa?Allah ciptakan manusia ini berakal.Bimbinglah dia kalau dia tersalah.Bukan sesuka hati nak cipta apa hukuman.
Seringkali kita tedengar kuncing pun sayang anak.Inikan pula manusia.Tetapi apa yang berlaku kini adakah layak digelar manusia.Syafiah masih kecil.Berilah peluang dia nak jadi seperti kanak2 lain.Bermain gembira.Ketawa ria.Kenapa kamu perlu sekat keseronokkan dia.
Yang mendera itu tiada lansung pertalian darah.Kamu siapa nak buat anak kecil tu bergitu?Lebih menyayat hati kemana si Ibu selama ini.Tega sungguh kamu melihat sikecil disepak,dipukul,dicubit,dicucuh rokok pada badannya..sesuka hati oleh kawan lelaki kamu yang telalu "BAIK".Kononnya dia menolong kamu..so apa yang berlaku ni namanya tolong ker? Sebagai ibu yang "menyayangi" anak itu takkanlah kamu tak tahu perbuatan "JANTAN" tu?sedangkan ramai jiran-jiranmu yang tahu.
Kenapa sekarang baru nak bersama kebajikan masyarat?Kenapa tak dari awal ketika suamimu ditempatkan dibalik jeriji besi?tak payahla waktu2 tedesak ni tetiba nak buat lakonan menyayat hati......
Melihat sikecil tanpa dosa terbaring kaku apa yang kaum keluarga SYAFIAH rasa?sedih...dahla dah terlambat...anak itu dah jauh pergi.
Baby
 tak kira siapa pun kita...gunakanlah kewarasan fikiran.Semoga berita ini sedih yang terakhir kita ratapi... jadilah manusia yang miliki akal fikiran yang tinggi


Humaira...
pergilah sayang
Kerna dunia ini bukan tempatmu
Senyumlah sayang
Kerna kau takperlu merintih tangis lagi
Gembiralah dikau sayang
kau miliki firdausi ILLAHI
selamat berbahagia sayang...

salam kasih dari kami yang ditinggal...
mohon maaf diatas segala kepincangan akhlak kami
mohon maaf diatas segala kebisuan kami
mohon maaf diatas segala ketidakadilan kami...