Laut dan Langit

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran..

6th Anniversary


Suamiku
Bahtera kita masih disamudera indah
Biarpun kekadang layarannya tesasar
Biarpun kekadang sang ombak menghempas
Biarpun kekadang ribut taufan melanda ganas
Kita masih kukuh disini
Dipemusafiran cinta
Alhamdulillah!!!
Bila geloranya kembali tenang
kita cantum munajat pilu
Kita anyam kembali carikkan kasih
Kita satukan semula titisan-titisan rindu
Besyukur padaMU ya Rabbi...
dia dan aku masih bersatu

Ya Illahi
Berkati usrah ini
semaikan cinta pasakkan kasih
utuhkan hati
moga dia kekal milikku
selamanya!

Ulfah Aunie

Anak mama ni kalau bab mengeliat memang serah dekat dia.
macam2 posisi ulfah mengeliat

patutlah masa ulfah duduk dalam perut mama
perut mama tak berenti berjoget.

rupanya begini feel ulfah yer.
kalau nampak kat orang tua2 mau dia kata mama
basuh baju ulfah dengan misen basuh

takkpun mama perah baju ulfah kuat2.Tak yer wahai nenek2 semua.
masa mama belum sempat basuh baju2 ulfah lagi
ulfah memang dah mengeliat begini

diam sekejap selepas penat beerobik.ulfah buka mata sebab ada orang ganggu.
hahaha rupa2nya ulfah nak kena cukur rambut.
sekejap jer ulfah dah berubah fesyen...
comei tak?mestilah comelkan...malah bertambah comel.tapi abang marah.
abang kata orang perempuan takleh botak kepala.Berdosa!hahaha abang dah bawa keluar fatwanya.
abang tak kasi mama bawa adik pergi sekolah dia.Malu dekat kawan2.Kalau nak
bawa juga pergi beli tudung dekat adik.
hahaha.
pandailah budak2 sekarang.

Dodoian Pesanan

Dengarlah ini dodoian kasih
Ku uliti tidur biar ku ayunkan
Buaian cinta tanda bahagia
Kerna hadirmu insan ketiga
memberi cahaya
ku tatang bagai minyak yang penuh tanda bahagia
Tidurlah..tidur biar lena
bersama dodoan kasih ini
nanti bila terjaga
dapat kau jadi insan berguna
tidurlah...tidur biar lena
bersama alunan cinta di hati
nanti bila dewasa
dapat berbakti pada agama
Dengarlah nasihatku
tanda kasih ku padamu
Jadilah berbakti pada tuhannya
Tamak dalam mengharap redha Nya
Biar jauh kau berkelana
mancari ilmu penuhi dada
nanti bilaku tiada
kaca dan permata
dapat kau beza...
Dunia penuh pancaroba
tersilap langkah buruh padahnya
Jangan terburu kehendak nafsu
kerana ia teman yang palsu