Sanah Helwah Ya Umi

YA RABB
aku menadah doa
memohon setinggi pengharapan
moga dipanjangkan umur umiku
redhoilah perjalanannya
titipkan manghfirahMU padanya

selamat hari lahir umi.
Semoga Allah SWT menjadikan kebaikan yang banyak kepada umi.
terima kasih umi kerana melahirkan kami...mengasuh  mendidik serta membesarkan kami.
kami sayang umi.

memancar sang suria
besinar cahayanya
begitulah beseri
wajah umiku sayang
aku sayang umi
umiku sayang umi
sayang sayang umi
umiku sayang

Ber"Bf"yok!

persoalan: tolong saya

sy br bersalin sebulan lps dan mempunyai azam utk menyusu sepenuhnya.Tapi malangnya susu saya tak banyak.dan membuatkan baby sering mengamuk.pernah sy minta mak bidan urut lancarkan susu saya.Tapi kata mak bidan brest kecik mcm mana nak ada susu.mslah ni mmg merunsingkan.betul ker?my hubby yg mndengar kata mak bidan tu memujuk sy untuk memberi baby susu fomular.sedih sgt...bila tengok kwn2 yang berjaya membuat stock penyusuan dengan jayanya..hati saya bertambah sakit.kenpa sy takboleh lakukan begitu juga pada anak saya...tolong saya kwn2 lepas memberi susu formular baby lebih gemarkan botol dari my breast.mcmmana sy nk trus galakkan supaya baby menghisap susu ibu....

jawapan:
Re: tolong saya

tahniah kpd ctnuur sbb berniat nk susukan baby..
sy tlg bg respond sikit la ya smntara nk tggu sifoo yg lain bg feedback..mslh ctnuur ni berlaku jugak kat ibu2 lain sebenarnya..for ur info, breast kecik bkn pnyebab susu x byk..xde kaitan pun..
ape yg bule sy cdgkn smntara tgu yg lain bg tips, ctnuur perlu gali sbyk mungkin ilmu ttg pnyusuan ni..bule mula dr forum ni, lg bgus kalo dpt khatam sume thread & carik juga info kat forum lain..mmg byk info brguna..
ni based on pglmn sy la ye..dr situ ctnuur akan tau ape kebaikkan, ape mslh yg mungkin awk hadapi, camne cr nk hadapinye,pglmn mommy lain, ikhtiar nk tmbah susu etc etc..jd scra x lgsg, bule kaitkan ngan mslh yg ctnuur hadapi..n bf mom akan lebih konfiden bile ada suara² lain yg mmberi 'pendapat' mereka sndiri

Re: tolong saya

ctnuur, saya simpati bace cerita awak, terkenang saya dulu semasa lahirkan anak pertama. saya boleh kongsi pengalaman.. mungkin hampir sama.
selain kurangnya kesedaran dan ilmu ttg bfeeding, kesilapan saya dulu...
- selalu rasakan baby nangis sbb susu tak cukup
- mula introduce botol seawal 1 week dgn formula
- tidak pump
- stress
- tak selera makan
- kurang minum
- kurang tenaga sbb kurang mkn/minum so ngadu penat nak bfeed lama dan kerap
- minum ginseng yg memanaskan badan
kesan2nya..
- susu makin kurang
- baby takmo bf direct
- pospartum depression

so please do the opposite
- elakkan botol - guna cup/sudu/shringe utk suapkan susu (ebm). bagi sebelum die menangis.
- offer your b instead, byk kan skin to skin
- pump setiap 2-3j selama 20m on each breast. walaupun setitis yg keluar, teruskan.
- jangan stress, channel your mind for positive thinking on bfeeding
- makan secukupnya, please eat those to increase the supply
- minum air cukup/banyak - suam be it milo or plain water. tgh malam kul 3pg pon bangun minum air. jgn biarkan diri dahaga.
- jgn ambil ginseng, lebih baik amik vitamin such as obimin yg u mkn mase pregnant
- jgn stress. kalau chocolate boleh hilangkan stress (mcm saya), makan! kalau tgk tv boleh hilang stress, tgk!

bile disuruh bg botol/formula, ni ade jawapan i pernah guna sbg panduan.
- non bfed babies always fall sick... i tak sanggup. ade kawan citer, tiap2 bulan sakit. pastu payah nak baik.
- nangis? biasala mungkin ngantuk, mungkin colic
- both mom n baby baru nak belajar bfeeding.. dah pandai nanti oklah. susah2 dulu...
- botol tak boleh, nnt taknak breasts...
- pump sikit, ramai mommies citer mula2 mmg sikit, kerap2 buat byk la.. biasa la ni..
- simply say MOTHER'S MILK IS THE BEST. tgk kat tin formula tu!
- bg contoh celebrity yg bf.
sebenarnya byk advise yg berkenaan u bole search. sementara tunggu experts advise.

Re: tolong saya

salam momma2 semua..
sangat2 bersetuju dengan pendapat momma aam... sangat2 setuju!!
sy bersetuju 200% hasil dari kesedaran yg timbul, ilmu yg sedang dan masih dicarigali sampai sekarang tentang BF.
sy juga penah gagal pertama kali dulu. dan skrg sy berusaha untuk berjaya bagi anak yg kedua untuk pengalaman BF yang pertama.
btw, tahniah sy ucapkan kepada momma ctnuur kerana berusaha mencari jalan dan ikhtiar utk menjayakan perjalanan BF beliau bersama bayi. langkah yg anda buat sangat tepat.
sememangnya tindakan yg bijak untuk diambil apabila kita dh mula ada kesedaran nak BF, dan kalu ada masalah sepatutnya rujuk pada rakan2 yg pro BF. kalu tersilap rujuk rasanya momma ctnuur akan kecundang di pertengahan jalan.
nasihat saya terus menggali ilmu tentang BF. Jangan putus asa kerana masih belum terlewat dan masih ada kesempatan untuk ctnuur berjaya...
chaiyok! chaiyok!
p/s: Breastfeeding is forever a learning process for both mom and baby. leh terjah sini dan belajar ilmu BF...

Re: tolong saya

setuju setuju..saya pun gagal kali pertama sbb no support dan tiada ilmu,so sekarang ilmu hanya dihujung jari...klik saja dah jumpa!! berjaya juga akhirnya dan telah memecah tradisi keluarga dan kat ofis ni sbg pengepam tegar dan ramai followers..termasuk ipar duai...
hehe sampai dapat arrange dgn management ofis buat b/pumping corner dan ruang khas simpan susu & ice pack kat dlm fridge pantry...
anyway, susu sikit juz try pam selepas baby menyusu utk stimulate production. susu sikit pada awal kelahiran memang normal sbb badan baru nak adjust dgn keperluan baby..juz need stimulate the breast utk produce byk susu.
breast kecik tak de kena mengena, kalu tanya org tua2 sometimes diaorg based on pengalaman je but no knowledge pasal anatomi breast dan production susu.

permasaalahannya rumit tapi penyelesaiannya amat mudah..ini yg mama dapat pelajari

Tanggungjawab Ibu Bapa

Apabila memperkatakan tanggungjawab ibu dan bapa, maka ibulah yang selalu ditekankan.
Memang tidak dapat dinafikan besarnya peranan ibu dalam mendidik anak. Kalau tidak, masakan lahir ungkapan ‘ibu sekolah pertama’ , ‘tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia’ dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Namun, ini tidak bermakna peranan bapa kurang penting atau bapa boleh berlepas tangan begitu saja. Bapa adalah ketua keluarga dan pemimpin dalam rumahtangga.
 Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka…” adalah ditujukan kepada mereka.
Terdapat banyak contoh dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menunjukkan peranan yang dimainkan oleh bapa dalam mendidik anak.
Antaranya firman Allah yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”   (Luqman 31:13)
Jelas di sini, Luqman al-Hakim sebagai ayah menjalankan tanggungjawabnya secara langsung dalam mendidik anaknya. Allah tidak mengatakan ‘isteri Luqman berkata kepada anaknya’ atau ‘Luqman berkata kepada isterinya agar memberitahu anaknya’. Tetapi Luqman sendiri yang berbicara kepada anaknya dengan nada dan bahasa yang sangat lunak dan penuh kasih sayang.
Dengan menginsafi besarnya tanggungjawab dalam mendidik anak, seorang ayah akan berusaha sedaya mampu mendekati anaknya dengan belaian mesra dan kasih sayang. Ayah yang bertanggungjawab tidak akan berselindung di sebalik alasan sibuk, banyak kerja, ibunya ada dan sebagainya.
Lihatlah Abu al-Anbiya’ Ibrahim alaihissalam yang diperintah oleh Allah agar meninggalkan isteri tercinta bersama putera kesayangan yang masih kecil di bumi yang gersang, sepi dan kosong tanpa penghuni. Apabila baginda kembali semula ke tempat itu beberapa tahun kemudiannya, baginda tidak melepaskan peluang mendekati puteranya dan memastikan putera kesayangan itu mendapat didikan yang sempurna daripada bondanya.
Cuba perhatikan dan renungkan keadaan seorang ayah yang hebat dengan seorang anak yang beradab, digambarkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ‘Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?’ Anaknya menjawab: ‘Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.”   (As-Saffat 37:102)
Lihat! Meskipun lama terpisah, jarak yang begitu jauh, tanpa alat komunikasi yang canggih seperti sekarang, baginda tetap mempunyai hubungan yang mesra dan intim dengan puteranya. Dan apabila menerima satu perintah yang perlu disampaikan, baginda sendiri berbicara dengan puteranya secara langsung ‘Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?’. Baginda tidak menyuruh isterinya menyampaikan dengan alasan isterinya lebih rapat dengan anak, lebih memahami hati dan perasaan anak dan lebih tahu cara serta masa yang paling sesuai untuk berbicara dengan anak.
Perhatikan pula kisah Nabi Allah Yaaqub bersama putera-puteranya. Ia jelas menunjukkan betapa rapat dan telusnya hubungan antara ayah dengan anak. Yusuf menceritakan mimpinya kepada ayah, bukan kepada ibu. Abang-abang Yusuf meminta izin daripada ayah untuk membawa Yusuf keluar bersama mereka. Mereka tidak menggunakan ibu sebagai orang tengah, dan Yaaqub juga tidak menyuruh isterinya menyelesaikan permintaan anak-anaknya. Gambaran yang cukup jelas menunjukkan rapatnya hubungan anak dengan bapa dan peranan yang dimainkan oleh bapa di dalam mendidik dan menunjuk ajar anak- anaknya secara langsung.
Daripada Umar bin Abi Salamah r.a., dia berkata: “Ketika masih kanak-kanak, saya berada di bawah peliharaan Rasulullah s.a.w. Pada waktu makan, saya menghulurkan tangan ke setiap penjuru dulang untuk mengambil makanan. Maka baginda berkata kepada saya: ‘Wahai anakku! Bacalah Bismillah, makan dengan tangan kanan dan ambillah yang paling dekat denganmu.’”  (Al-Bukhari dan Muslim)
Umar adalah anak tiri Rasulullah s.a.w. Baginda dengan penuh rasa tanggungjawab mendidik anak di bawah jagaannya secara langsung. Baginda tidak menyerahkan kepada ibu anak itu sahaja untuk mengajarnya.
Sama-samalah kita berdoa agar kita menjadi ayah dan ibu yang tahu tanggungjawabnya serta melaksanakannya dengan baik dan berkesan.

bye...bye

4 dis 2010
mama dah lepas pantang.so nak bersuka ria balik kampung.nak bawa orang baru si kecil Ulfah Aunie berjumpa sanak saudara nun jauh di semenanjung.
nak bawa abang fuad jalan2.kerana abang fuad selalu bersungut.boring amat duduk dekat pulau ni.
abang fuad rindu untie..rindu nenek..rindu paktam...rindu pak teh
n
abang fuad windu semua sedara kat kampung sana.
dan bersempena baba dapat tiket free ni tunggu apa lagi?
jom ler...
aunie terbang di usia sebulan setengah.tahniah...pecah rekod setakat ni.

pandai abang ngasuh adik.macam tula.abang kena jaga adik baik2 yer sayang.
bukan hari ni jer.selamanya abang kena jaga adik.