SABAR

Seorang teman berkata "mama bertuah kerana Allah kurniakan mama sepasang zuriat" Yup!betul mama akui mama antara yg bertuah dan mama besyukur sgt dengah anugerah terindah ini.Alhamdulillah.Namun hakikatnya pemberian Allah ini bukanlah sesuatu yang mudah.Beribu ujian yang bakal kami harungi untuk memastikal amanah yg dipikul ini dijaga,diasuh dan dididik dgn sempurna.
"Saya masih belum dikurniakan sorang pun anak"ada nada terkilan dibalik suara harus itu.nada mengharap juga ada.Tapi apa daya...bukan kuasa kita untuk mewujudkan apa yg diimpi.Besabarlah...berdoa sll.jgn putus doa dan jgn sesekali berputus asa dengan Allah...itu nasihat insan kerdil ini.
Lumrah sebagai hamba...akan terus diuji...uji dan diuji.Ada pasangan yang mahu zuriat tapi Allah masih belum kurniakan.Ada yg tak mahu tapi Allah memberi.sampaikan ada yg sanggup membuang zuriat sendiri...
"cemburu saya tgk org yg ada anak ni" hah?kenapa harus cemburu...?tak perlu...cuba muhasabah diri...dan besyukurlah dengan apa yg ada...."Allah nak suruh korang berdua berbulan madu lagi"seloroh mama.baru masuk 2tahun berkawin so mama rasa tak perlulah terdesak sangat.Cuba tengok ada pasangan yg berpuluh tahun bersama tapi sorang zuriat pun tak ada...sesungguhnya ALLAH lebih menggetahui....
Memang mama akui ada sikit terkanan menghadapi situasi itu.Bicara memang mudah tapi amalkannya payah. itulah sebab apa2 kita balik pada Allah...baru la dunia terasa indah.

"APABILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU
MAKA ALLAH MENYAYANGIMU
 APABILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU
MAKA DIA INGIN MENGUJIMU
BILA ALLAH TIDAK MAKBULKAN DOAMU
MAKA DIA MERANCANG SESUATU YG LEBIH BAIK UNTUKMU
OLEH ITU SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH
 DALAM APA JUA KEADAAN PUN KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAAN_NYA"

Baby Aunie

tgk n cuba tgk....
meniarap tak boleh mana lagi tetiba dh pandai bediri.
kuat sungguh la kaki anak mama nih.
terkejut mama bila tgk aksi berani ni.
anak mama mmg kuat...
kuat menyusu n kuat sgt2 menyembang
-
-
-
mujur menangis tak kuat.
kalau kuat nangis mmg parah la mama.
aunie tak kuat tido juga mcm setengah2 baby lain.
tapi aunie ada waktu tido yg tetap.
jam 7am(tido dlm sejam lebih)
then
pukul 11am(tido dlm sejam lebih juga) 
then
pukul 2pm(time ni kejap jer,sbb klu abg ader umah dia sll kcau baby aunie tido)
pukul 7.30pm smpai 4.30am
bagus sgt2 anak baba n mama ni
dia jg merupakan jam loceng time subuh.
sejak ader baby aunie ni dh tak pyh susah2 nak kunci jam.
alhamdulillah
jadi anak yg solehah yer syg...
lepas baba gi keje n abg gi sekolah
aunie tido semula.
itu rutin aunie sepanjang hari
-
-
-
aunie kuat menyembang
naik lucu baba,mama n abg tgk keletah tuan puteri ni sorang
ramah sungguh anak baba n mama ni.
tak sunyi hidup kami
baba dan abang kata adik ikut mama yer sayang
suka nyembang.
abang adik tu lupa kot yang dia juga suka sembang!
kadang2 sampai baba dan mama suh abg senyap!
hahaha sian abang.
_
_
_
abg dan adik bertuah hidup ini
kerana adanya kalian menemani perjalanan mama dan baba.
baba dan mama sayang kalian.
syg sgt-sgt
syukur ya Allah kerana hadirkan mereka dalam hidup kami

dialog si kecil

Maaf kalau ada siapa2 terasa n tersinggung dengan dialog nih

Anak : mama org tu tak tgk cermin dulu ker sebelum keluar rumah?(tunding jari si anak pada seorang wanita yg sedang berjalan)

Mama : eh naper lak cakap gitu?

Anak : yerlah org pakai baju kena tutup perut.ni dah la badan dia besar..pakai baju kecik.mana nak muat.

Mama : tak baik cakap gitu(tujuan nak bg anak henti ngomel)

Anak : habis pakai gitu baik ker?

Mama : memang la tak baik..tp klu cakap gini pun tak baik juga.nanti sama2 dapat dosa.

............(diam sebentar).............

Anak : tu mesti makcik tu tak pergi sekolahkan mama.sebab kalau pergi sekolah ustazah makcik tu mesti ajar dia....

so kesimpulannya anak yg kecil pun tahu mana baik mana buruk...mgpa sesetengah dr kita masih tak jelas ttg berpakaian

Terus diuji

Balik dari hospital...
huh tension sgt2..serabut bagai..so buka sahabat kesayangan ni..disini mama mencoret segalanya..ini jua teman mama...yerlah tak leh meluahkan pada org so luahkan pada skrin kaku ni...
bukan takder pendengar setia..bukan takder peneman terbaik..tapi ntah...sukar nak mama jelaskan keserabutan ni....
Bicara doktor tadi benar2 menyentap separuh dari jiwa mama..tapi seperti biasa bila doktor bicara mama hanya senyum..bukan tak bagi perhatian..tumpuan tu ada..tapi malas sikit nak dengar berita2 tak best ni...
sampai doktor tanya mama "awak tak risau ker?" apa yang patut mama jawab.."eh risau sgt2 doktor" atau patutkah mama menangis teresak2...atau buat muka sedih sepanjang sesi rawatan?so jalan terbaik senyum..tanda menerima segala takdir kehidupan.redho!Allah uji mama lagi...besyukur!itu tanda kasihNYA pada mama.insyaallah dan itu jua sebagai kifarah dosa2 mama...takder apa yang mama tanamkan dalam diri mama yg dhaif ini melainkan...mama hak Pencipta sebagai yang dicipta terimalah apa jua pemberiaanNYA... nak nangis teresak2  pun bukan boleh sembuh.Jadi teruskan berusaha..teruskan rawatan dan teruskan berdoa...insyaallah mama pasti sembuh jika Allah berkehendakkan itu berlaku...
"Awak masih muda.benda ini tak patut berlaku"mama senyum lagi bila dengar doktor berkata begitu.
"Muda bukan takleh sakit dotor.muda bukan tak mati"mama jawab selamba.Takpalah apa yang termampu insyaallah mama akan usahakan..takleh pasrah tanpa melakukan apa2...
Keluar dari bilik doktor mama rasa nak nangis bila melihat tiga pasang mata kesayangan mama.tiga wajah kekasih hati mama.tiga insan penguat hidup mama...so fikirkan positif...ceriakan hidup kerana itu juga ubat dari segala penderitaan...

"senyum tak beerti kita kuat...tapi dengan senyuman kita mendapat kekuatan"