Si puteri mama tak sihat hari ni.Asyik meragam aje.Sian adik....yang paling tak tahan bila adik menangis keluar air mata.mama tak tahu adik kenapa...tapi kawan2 mama di fb kata sebab adik nak beralih bulan.kalau macam tu takpalah..kalau dah nak beralih bulan buat adik meragam..mama redha.tak sabar melihat adik semakin besar.
adik sekarang dah pandai nak menyembang.pantang ditegur adik pun bersahutan.seronok mama tengok adik.apa pun mama dan baba doakan adik cepat sembuh....tak best la kalau adik asyik meragam.senyuman adik pun dah makin kurang untuk hari ni...ala rindunya baba dan mama nak tengok adik senyum.adik nak boleh meniarap yer sayang...maklumla tak lama lagi adik dah nak masuk 3bulan...aduh cepat sungguh hari berlalu.tak terasa lelah pun baba dan mama menjaga adik
banyaknyerrrr....
Tetiba mama terajin nak mengemas raga baju Ulfah Aunie setelah mama lihat dah semakin bertimbun pakaian2 aunie.Balik dari kampung tempoh hari mama tak berkesempatan
nak menegemas lagi.
setelah disusun semula.terkejut mama tengok pakaian aunie melebihi umur aunie yang baru 2bulan tu.
dah terlalu banyak.terasa membazir lak kalau2 aunie membesar dengan cepat.
sekarang pun ada 2-3 helai baju yang dah semakin sendat dengan aunie.
adoi...
gambar diatas tu bukan kesemua baju2 aunie.masih ada lagi yang belum sempat mama lipat.
tengok topi saja baba dah start beleter.
mujur baju2 tu bukan semua yang mama beli.kalau tak
lagi panjang khutbah baba.hahaha.
Ikut mama hari tu semasa buat persiapan menyambut kelahiran aunie.
baju aunie hanya 6pasang jer yang mama beli.
tengok2 sekarang baju2 tu macam membiak semacam.Yerlah dah orang hadiah
takkan tak terima lak.Pendek kata sekarang insyaallah mama nak rehat dari pada
membeli baju2 aunie lagi.Tunggu aunie 4bulan pula.Bila dah banyak tak muat dibadan mama akan shoping semula.
sebenarnya mama pun macam excited semacam dalam menyediakan baju2 si puteri sorang.
tu sebab kalau boleh bila pergi shoping mama sedaya upaya mengelak dari masuk
bahagian baby.kalau tak sama tinggi dengan rumah dah baju aunie.
yerlah baju baby girlkan terujanya lebih.kalau abang dulu kurang sikit keterujaannya.
Posted by
::Mama Annaufal♥Aunie::
G6PD
APA ITU G6PD???
•G6PD adalah akronim bagi ‘Glucose-6-Phospatedehydrogenase’
•Ia merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil glucose 6 phospatedehydrogenase,yang mana enzim ini biasa didapati dalam sel darah merah manusia.
•Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada jangkitan,ubatan tertentu ataupun makanan.
•Kekurangan G6PD bukan satu kecacatan atau penyakit sebaliknya adalah satu fenomena keturunan di mana bayi lelaki / kanak-kanak cenderung mengalaminya berbanding orang dewasa. Pada dasarnya ia tidak merbahaya.
•Komplikasi hanya berlaku jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses hemolisis dalam darah. Sel darah merah penderita defisiensi G6PD biasanya amat sensitif terhadap zat oksida dan mengalami penguraian.
•Perbezaan kumpulan darah ibu & bayi atau ‘blood group incompatibility ABO and Rhesus ‘ boleh menyebabkan kemusnahan sel-sel darah merah bayi selepas dilahirkan.
•Kekurangan enzim G6PD yang terdapat dalam kalangan 2% bayi terutamanya bayi lelaki membawa kepada hemolisis. Bayi akan kelihatan kuning dan perlu menerima rawatan fototerapi untuk mengelakkan kerosakan otak akibat tahap bahan kimia bilirumin yang terlalu tinggi kadarnya dalam darah.
•Penderita G6PD akan berdepan komplikasi tertentu jika tersalah makan. Makanan yang disebut sebagai ‘makanan pembunuh’ ialah kacang parang.
SIMPTOM-SIMPTOM G6PD
Akibat kegagalan kemasukan oksigen ke seluruh anggota tubuh secara efektif,maka akan berlaku gejala -gejala berikut:
•Sakit atau pening kepala
•Kesukaran bernafas
•Degupan jantung yang kencang
•Nadi berdenyut pantas
•Kenaikan suhu badan mendadak
•Kulit & membran mukus menjadi kekuningan
•Pernafasan menjadi lebih pantas
•Kesihatan mulai merosot,badan menjadi lemah
•Air kencing bertukar menjadi kuning gelap

Subscribe to:
Posts (Atom)