Duhai anakku

Tadi tiba2 aunie sesak nafas.Gelabah mama dibuatnya.
Rasa nak nangis time tu juga.
Mula2 adik nangis...kuat adik nangis...mama tengah masak kat dapur terus lari naik.
Tangisan adik lain macam sangat.Mama dukung adik..sekali adik diam.
Tapi muka adik jadi merah hampir gelap...adik susah nak nafas.
mama nampak itu!mama takut!
Mama buka mulut adik mama jolok jari mama..adik muntahkan apa yang ada...
Lendir jernih banyak sangat keluar...
mungkin itu yang buatkan adik sukar nafas tiba2.
Ya Allah!syukur padaMu ya Allah,kerana menyelamatkan anakku dari bahaya.
aku besyukur Ya Allah kerana aku tehindar dari segala kesulitan.
Alhamdulillah

Aunie demam lagi

Ni kes jangkit selsema dengan mama.seharian aunie merap...Badan panas sangat..so selain makan ubat mama jelum adik kerap2 dengan air daun bunga raya.Mujur ader kakak nurul(anak jiran mama)tolong tengokkan adik.Kalau tak lansung mama takleh nak begerak.Hari ni abang fuad order nasi ayam.Elok mama nak masak menu betukar la....abang tingin makan nasi lemak la pulok.huhuhu anak mama nih.Nafsu makan makin menyerlah.Tapi tak pa..mama seronok abang makan banyak.Jadi walaupun betukar menu....mama masakkan juga.Nasi lemak sambal sotong dan ayam kampung goreng berempah...sedap tak abang?
Adik tido kejap2 jer.tak sampai 15minit adik bangun balik akibat bersin.Alahai anak mama.Sorry cayang. petang sikit adik nampak ok dah.Badan dah kurang panas.Dah senyum2 dah..walaupun lepas tu adik nangis balik sbb tak nak duduk.sabar yer cayangku.mama dan baba sudi disampingmu sll syg...abg juga ada untuk adik.Baik sungguh anak2 mama dan baba nih.

Abang sentiasa menghiburkan adik.Tq abang

Mama dan baba happy sgt bila melihat kalian begini.Kalau boleh taknak tengok kalian sakit2.seksa rasanya. mama dan baba sentiasa doakan moga anak2 mama dijauhi dari sebarang musibah.Insyaallah..amin ya rabb...

Abang Fuad

Cuti2 sekolah ni.abang kalut ajak pi jalan."esok buka sekolah semua kawan2 abg cerita dorang gi jalan.abang dok senyap jer"ala..sian abang yer.Kebetulan ader kawan2 mama dari semporna datang.so diaorang leh jadi driver.Baba tarik diri jap dari jawatan ni...coz takder cuti..hehehe.Sebenarnya tak banyak tempat menarik kat labuan ni.yerla pulau dia kecik jer..so balik2 itu ajer la yg kami pergi..

Ni kat muzium marin.
walaupun dah 10kali lebih dah pergi.abang tetap happy




Ni lak kat chimney


Best gak sebenarnya wat lawatan kat chimney nih.Banyak ilmu mama leh dapat.Abg pun dapat belajar byk pekara.kira tak rugi la.Lepas tu kami ker peace park.Hemmm kat sini mama tak dapat nak snap 1 pun foto abang sebab aunie dah tunjuk ragam.Panas lak time tu.Memang mama dan adik tak tahan.Kita org duduk dalam kereta  jer.biar abg dan kwn2 mama berjalan di peace park tu.
Ok abang?mama harap abang seronok yer.Esok sekolah,abang leh citer kat kawan2 abang mana abang jalan time cuti nih.Taklah abang diam jer.Yer sayang.Macam baba janjikan..jom kita doa byk2 moga cuti sek seterusnya kita dapat gi sabah lak.Baba kata nak bawa abang dan adik pusing sabah.
hehehe..Insyaallah.Amin

Rupa2nya... 5m sudah(◕‿◕✿)


Adik dah baik demam...Alhamdulillah.
Rupanya nak boleh berguling laaa...Tak berenti2 adik berguling.
Betul kata mama adik nak leh akai lg.Hehehe.Baik ajer demam..adik betul2 takleh dok diam.
asyik guling2 jer.Laju pula tu wat aksi menyulur..wah happy mama dan baba tengok adik.
Abang sampai tak kuar main semata2 nak teman adik menyulur.
hahaha...
tahniah puteri mama...adik sampai ker Fasa baru.itu menandakan...menandakan aper yer?tandanya anak mama makin besar.
wah cepat sungguh masa berlalu...
tak lama lagi hilang la baby mama...jadi anak dara mama lak...
huhuhu...
 itu menandakan mama juga makin tua.
adussss!

NIH TIME BARU LEH MENERAP DIUSIA 4BULAN.