Inspirasi Hidupku

                       

SERIKANDI TERBILANG KHAULAH AL-AZWAR
--------------------------------------------------
Engkaulah serikandi Islam Pahlawan di zaman silam
Pedang Allah Menjadi Gelaran mu
Terkenal berani serta tangkas
Cinta mu pada Rasul terserlah
Mengorbankan diri Ke tengah musuh
Tangkas mu menjadi persoalan
Siapakah diri mu sebenarnya
Berbekalkan cinta Takutkan Tuhan
Segala-galanya Sanggup dikorbankan
Agar Islam Terus dipertahankan
Hebatnya engkau
Khaulah Al-Azwar
Demi Tuhan yang Maha
Pemurah dan Pengasih
Khaulah memacu kudanya Ke medan pertempuran
Membangkitkan semangat Juang seluruh pasukan
Memburu syuhada' Yang Tuhan janjikan
Perjuangan kebenaran Mahal nilainya
Emas bahkan darah pun
Takkan terbayar
Jadi pandangan hati seorang hamba
Yang cinta dan takutkan Tuhan
Khaulah Al-Azwar
Engkaulah serikandi terpilih Menjadi idola remaja
Peribadi mu menjadi contoh ikutan
Agar islam kembali cemerlang gemilang
Khaulah Al-Azwar


Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.
Panglima tentera Khalid Al-Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja.Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup.Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah kamu semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah kamu sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah kamu dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri kamu sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan kalian sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-rakannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah kalian sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut..