::DAH 10MINGGU::

Pejam celik-pejam celik kandungan mama dah berusia 10 minggu.


Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

SUBAHANAALLAH..Maha suci bagiMu.Keajaiban penciptaan yang tiada tandingan.

Keletihan yang melampau...
Nak buat kerja tak larat.Nak bangun tak larat.Tapi kalau tak wat kerja pun takleh gak takkan nak duduk saja.Kang anak mama dalam perut ni ikut malas gak.Tapi serius cakap.Mama betul2 tak larat.Mengandung kali ni bukan kata emosi jer terlebih gangguan...amalan pun terbabit sama.Tak daya rasanya.Ditambah dengan penyakit yang ada ni buatkan mama lagi dhaif.
Tapi tak per anak-anak mama jangan risau ok?Demi kalian permata hati yang sentiasa mama impikan akan mama lalui beribu kepayahan demi kalian.

Hospital Yang Jauh...
Dik kerana ketiadaan pakar di hospital behampiran rumah.Baba terpaksa bawa mama bemusafir sebulan sekali ke Hospital Likas,Sabah.Aduh memang azab.Bukan kata nak berjalan,nak tengok rupa feri untuk sebulan sekali pun mama dah tak sanggup.Pelayaran sejam setengah lebih,ditambah pula dengan perjalanan yang memakan masa hampir 3jam untuk sampai ke Likas...buatkan badan mama yang tak sihat ni bertambah tak selesa.Tapi mama dan baba tak ada pilihan lain....
Apapun bila lihat Naufal ceria.Mama baba tumpang bahagia.Yerla namapun budak2 bukan tahu apa.Yang penting dapat berjalan.Lagi jauh lagi best..(kata Naufal)so mama dan baba hanya mampu senyum jer la...
walaupun hakikatnya mama terlalu letih....
Moga kesusahan ini menghasilkan natijah kesenangan di episod terakhir...Insyaallah.