mama @ kebocoran

Sah air ketuban mama bocor.kata doc air yang mama rasa mengalir keluar sedikit2 tu memang air ketuban.Tapi mama tak perlu risau sebab air tu tak menjejaskan kuantiti air ketuban mama yang ada.Maknanya anak mama masih dalam keadaan selamat.Alhamdulillah.walau bagaimana pun mama diminta bersedia supaya segera ke hospital kalau mama terasa banyak air yang keluar.


Masa Doktor Syarifah buat scan tadi mama nampak anak mama tengah aktif bermain.Kiri kanan kaki tangan adik melonjak2.Bila doktor halakan scan tu kemuka...hahahaha...anak mama menguap lak.Oh nak tunjuk kat mama mulutnya yang comel tu yer.mama nampak sayang.Setiap kali scan aksi adik bermacam2 kelihatan.adik tido..adik main...adik memusing...dan paling cute adik isap jari...Subahanallah..indah sungguh ciptaanMu ya rabb...
Mama minta doktor syarifah tengokkan jantina adik.Sempat dia begurau dengan mama "hah nak meletup dah perut belum tahu lagi jantinanya"mama cakap "anak saya malu la doktor"cepat DR halakan kepaha anak mama."ish betulah anak ni malu betul dia"mama nampak doktor mencari pelbagai posisi..akhirnya doktor kata "rasa2 burger..tapi tak tahu betul tak..tak jelas sangat.Dia malu betul" mama ketawa lagi.mama tanya doktor burger tu apa.hairan mama dengar istilah dari doktor sembentar tadi. DR syarifah senyum...."burger tu anak dara la...bahasa orang sekarang"ader ke pula doktor tu samakan anu dengan makanan.Tak baik tul...hehehehe...apapun berita yang disampaikan tadi betul2 buat mama syok habis.Tapi takleh syok sangat sebab rak pasti 100%...Doc kata kalau nak betul2 pasti.tunggu adik mama lahir nanti.Huh!nak marah pun ada dengan lawak doc tu.tapi takper.....mama tak kesah apapun.Tapi kalau betul2 girl mama happy habis ler sebab anak mama sepasang.Kalau boy pun takper,mama still happy sebab tetap anak mama....
Doc check juga laluan mama....masih off.apapun kata doc mama dijangka bersalin sebelum tarikh due."nampak cam nak bersalin awal jer ct ni..baby betul2 dah kat bawah..."oh!berbunga riang hati mama. tak sabar mama menatap wajah insan yang berada didalam rahim mama ni.tak sabar mama nak dukung tubuh kecil adik...kalau takdir bersalin esok pun mama terima.sebab mama dah betul bersedia....
Ya Rahman...Ya Rahim...permudahkan segala urusan untukku....aku hambamu yang kerdil...ampunkan segala dosaku...