:: Permata Baba&Mama ::

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa

Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya
Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....

~Baba&Mama sentiasa mendoakan agar kalian menjadi permata yang sentiasa berkilauan biarpun disimbah debuan~


Trimester Kedua

Syukur Alhamdulillah mama dah semakin kuat.Segala alahan mengandung yang mama dapat pada awal kehamilan dah berakhir.Semakin ceria menempuh hari-hari yang indah.Selera makan juga memuncak hebat...tapi dengan syarat Baba jer kena masak.Taknak yang dibeli.Mama masih tak boleh turun kedapur. sebab masih tak mampu menghidu bau tumisan.So bila baba masak terpaksalah mama bekurung dibilik sambil memekup hidung.Aduzzz seksanya..sian baba.Moga alahan ni jua berakhir segera seperti alahan2 yg lain.
Tak sanggup melihat baba kelam kabut memasak didapur.Cuba juga nak menolong tapi akibatnya mama akan memuntahkan segala isi perut.Dan tebaring lembik atas tilam.Mujur kupunya suami yang rajin.Yang bertanggungjawab.Yang baik....terima kasih baba.

Sayyidah Nafisah Al-Hassan

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Saydina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As-Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w.Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya.Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan neraka Allah.Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan
Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang muslimah yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir
zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempuan mereka lumpuh.
Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat, sedangkan suaminya tiada di rumah.Si ibu mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Si anak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat.Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya.Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu' Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat. Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya.Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya lantas berkata:"Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalahTuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi tersebut.Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini." Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.
Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat menyentuh perasaan bagaimana dengan air wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain.
Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya..
Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya.
Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.
Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang
membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya
sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan
kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya
diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Allah anugerahkan
kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi wanita akhir zaman ini.
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah
akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Inspirasi Hidupku

                       

SERIKANDI TERBILANG KHAULAH AL-AZWAR
--------------------------------------------------
Engkaulah serikandi Islam Pahlawan di zaman silam
Pedang Allah Menjadi Gelaran mu
Terkenal berani serta tangkas
Cinta mu pada Rasul terserlah
Mengorbankan diri Ke tengah musuh
Tangkas mu menjadi persoalan
Siapakah diri mu sebenarnya
Berbekalkan cinta Takutkan Tuhan
Segala-galanya Sanggup dikorbankan
Agar Islam Terus dipertahankan
Hebatnya engkau
Khaulah Al-Azwar
Demi Tuhan yang Maha
Pemurah dan Pengasih
Khaulah memacu kudanya Ke medan pertempuran
Membangkitkan semangat Juang seluruh pasukan
Memburu syuhada' Yang Tuhan janjikan
Perjuangan kebenaran Mahal nilainya
Emas bahkan darah pun
Takkan terbayar
Jadi pandangan hati seorang hamba
Yang cinta dan takutkan Tuhan
Khaulah Al-Azwar
Engkaulah serikandi terpilih Menjadi idola remaja
Peribadi mu menjadi contoh ikutan
Agar islam kembali cemerlang gemilang
Khaulah Al-Azwar


Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.
Panglima tentera Khalid Al-Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja.Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup.Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah kamu semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah kamu sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah kamu dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri kamu sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan kalian sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-rakannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah kalian sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut..

malas!

Hari ni baba ajak jalan2.mama malas!tak nak.Eh sejak bila mama malas jalan ni?kalau soalan ni ditanya pada siapa2 yang mengenali mama.Sure pakat geleng kepala ditambah muka hairan! yer betullah mama malas jalan sekarang.Sejak awal mengandung lagi.Hobi mama dah betukar rupa.Mama lebih selesa diam dirumah.Dok santai2 didalam umah...takder kerja or tak sihat mama lebih senang baring jer.kalau tak...mama akan buatlah apa yang patut...mencuba resepi2 baru,layan internet ker atau layan tv yang tak pernah habis besiaran.nak kuar dilaman rumah pun mama malas.Pokok2 bunga yang mama xcited membeli sebelum disahkan mengandung dulu dah lama terabai.Kadang2 datang mood rajin jer baru mama keluar mengesah n cakap2 dengan "mereka"(pokok2 tula).mama ingat lagi lepas balik dari kampung(bulan 2)baru nih mama "gila" tengok pokok bunga.banyak gak la mama rembat pada nyonya di pasar tani tu.tak lama lepas tu mama dapat khabar gembira.I' pregnant!orang kata nak dapat anak perempuan.Baba paling teruja mendengar.Pada mama tak kesahla apapun jantina.Mama terima jer dengan gembira.
Berbalik pada kes tadi...bermulalah pujuk memujuk 2 beranak tu dengan mama.Si suami "kemana pun abang bawa..cakaplah mana ayang nak pergi...."
si anak lak "jom la mama kita jalan2 lama dah tak jalan2 abang boring ni"
bla...bla...bla...macam2 pujukkan ditabur.mama wat tak dengar.Kelmarin..kelmarin dulu..dulu2 punya kelmarin mama berjaya menoktahkan pujukkan diaorang.mama malas.Betul2 malas.dan mama tetap menang. tapi hari ni mama jadi kesian dekat mereka dua orang nih!ketagih nak jalan2 ngan mama.Apalah ada kat labuan ni yang dia orang semangat giler nak berjalan.hemmm akhirnya dek rasa simpati yang lebih.kali ni diaorang menang."Ermmmm mama nak makan pizza leh?"yeh...!tejerit dua beranak tuh.Tapi dalam hati terus terang mama cakap.Mama malas......!