KEAJAIBAN


3 TAHAP BAYI DALAM RAHIM

Dalam ayat ke-6 surat Az Zumar, disebutkan bahwa manusia diciptakan dalam rahim ibu dalam tiga kegelapan. Embriologi modern telah mengungkap bahwa perkembangan ebriologi bayi terjadi pada tiga daerah yang berbeda dalam rahim ibu.
Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya.
"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Al Qur'an, 39:6)
Sebagaimana yang difahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahwa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahap yang berbedz. Sungguh, biologi modern telah mengungkap bahwa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeda dalam rahim ibu. Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di berbagai fakulti kedoktoran, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku referensi utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut:
"Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahap:
 pre-embrionik; dua setengah minggu pertama,
 embrionik; sampai akhir minggu ke lapan,
janin; dari minggu ke lapan sampai kelahiran."
Fasa-fasa ini mengacu pada tahap-tahap yang berbeza dari perkembangan seorang bayi. Ringkasnya, ciri-ciri tahap perkembangan bayi dalam rahim adalah sebagaimana berikut:
- Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.

- Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

- Tahap fetus
Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kedelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.

30weeks...alhamdulillah

Minggu ke-30 :
Tumbesaran bayi membuat hampir keseluruhan rahim mama sudah padat.Ruang untuk bayi begerak juga semakin terhad kerana pesekitannya semakin sempit.sewaktu bayi begerak seperti menendang,mama dapat melihat kaki atau tangannya begerak dibawah kulit mama.Dengan berat sekitar 1.5kg dan panjang mencecah 40cm bayi mama akan terus membesar.
ketika ini boleh dikatakan bayi menghabiskan 80% masanya dengan tidur(bermimpi).
pertumbuhan otaknya juga semakin bertambah pesat.
Syukur padaMu ya ALLAH kerana memelihara kandunganku ini.Semoga aku dan anak ini dipanjangkan usia dan jodoh kami...Amin...
Seperti hari2 yang berlalu mama tak sabar menghitung hari.Hari2 yang akan membawa mama ketemu dengan anak mama ni.sungguh mama tak sabar menanti detik itu!
Kalau mengikut pekiraan sepatutnya,lagi 10minggu kita akan bertemu.Bukan saja mama malah Baba dan abang juga tak sabar menanti ketibaan ahli baru ini.Hari2 tak kira waktu 2beranak ni pasti akan membisik pada si kecil "cepatla keluar dik" mama apatah lagi...
semakin hampir detik kelahiran anak mama nih...mama telah menjadi orang yang paling kerap ke bilik air. Aduh kadang2 tu mama rasa cam nak dok jer disitu terus....
Sakit belakang mama juga kerap menyerang.Kali ni mama bukan tak dapat tido malam kerana adik "ggu" mama.tapi kerana sakit ni yang membuat mama terganggu.kesian baba.Baba menjadi peneman yang setia.Terlentok2 disebelah mama.Suruh baring taknak."Takperlah leh sembang ngan adik..."kata baba...tapi tulah..kejap2 mama dengar suara baba tenggelam timbul.pastu tenggelam tak timbul2.Tangan baba dipinggang mama...rasa urutan tu tiga empat kali pastu tak rasa lansung..tangan baba kaku disitu.sian baba kan adik...penat melayan kita.Baba memang penyayang orangnya.Syukran jazakaallah ya baba..kami sayang baba...
Kaki adik mama rasa menendang2 didinding perut mama.Seronok sangat....jelas terlihat plak2 yang mencorak mengikut rentak.sesekali perut mama begetar..hehehehe adik mama tersedu2 didalam.adik buat latihan penafasan yer...?pandainya adik...^-^

1st n 2nd

@bila abang mula mempersoal tentang adiknya...
@abang dah tunjuk macam2 ragam...
@abang happy nak dapat adik...tapi kadang2 nampak cam abang rasa tertekan
~aduh semua ni buat mama pening sayang.ketahuilah..abang dengan adik anak2 mama.anak2 yang mama lahirkan.sama saja kasihnya.sama saja sayangnya.dulu masa abang duduk dalam perut mama macam ni la juga mama layan abang.mama cakap2 dengan abang....sama jer apa yang mama buat dekat adik sekarang.mcm tu lah mama layan abang dulu...
~aduh abang...adik tak lahir lagi kedunia ni...jangan la abang banyak persoalkan apa yang akan berlaku? mama tak tahu sayang nak jawab macam mana.
~abang mula merisik perihal adik kawan2nya.macammana perasaan diaorang?mcm mana mama2 diaorang layan mereka dan adik2 mereka?aduh tepuk dahi mama bila abang cerita itu dan ini.macam tu..macam ni..semuanya yang tak best didengar....huh dah besar sangat anak sulung ku ini.....
Abang&adik....mama sayang kalian...sayang sangat2....kasih mama hanya milik kalian......

MOGGT

Lepas hantar abang kesekolah...baba dan mama terus ke hospital di membidai.Nak singgah macam selalu untuk melayan keenakkan roti canai di RSK tak boleh coz hari ni mama kena puasa.Huh lapar sungguh mama hari ni.Dari kul 10 malam semalam mama tak leh makan apa2 melainkan minum air kosong(tapi mama takleh minum air kosong.tekak mama dan2 terasa mual)so apa pilihan mama ada?pilihannya takyah minum apa2 lansung. Sampai di hospital mama masukkan borang dalam bakul tersedia...pastu tunggu giliran...waktu pejabat tak mula lagi..so mama join mak2 labu disatu sudut ruang.Senyum2..sengih2..mama dapat kawan2 baru lagi.Ramah2 berlaka orang labuan ni.
walaupun bukan faham sangat bahasa standart diaorang..
mama join gak.orang gelak kita gelak la...bila faham kita sampuk. hehehe.
Ada 2-3orang sahabat baru mama tue pernah merasa wat Moggt ni.So kami yang tak tahu apa2 ni selidiklah apa yang perlu.Melalui cerita tu... seram jer rasanya nak wat.Tapi apa leh buat sapa suruh selera sangat makan.Amik engkau...!dush.....
Tak lama kemudian nama dipanggil.kami diberi satu bekas untuk urine test.Lepas tu kena gi makmal balik untuk ambil darah kemudian atas arahan mak2 labu kena masuk dalam bilik yang disediakan... Waaahhhh..pakat bulat mata,mama n kwn2 tengok deretan gelas kertas dipenuhi air rebina dan oren.
Tengok cam sedap jer(tengah kebulur katakan)kami dikehendaki minum sorang 1gelas.
Dengan semangat kebuluran mama teguk dengan seleranya...bluuuurp!Allah ya rabbi... manisnya.Pekat tul sampai pedih anak tekak nak menghabiskannya.Ada gakla yang terkeluarkan balik.
mujur mama stedy...hehehehe riak la pula.
klu tak kena ulang minum balik.huh! selesai minum air gula kami disuruh kuar.
Tunggu sejam lagi untuk ujian urine ke2 dan amik darah.Kemudian sejam lagi untuk urine test ke3 dan amik darah gak.Kira lama jugalah mama dihospital tadi.Sakit pinggang mama.hasil keseluruhan ujiaan mama bebas dari kencing manis.syukur padaMu ya rabb....
Dek kemanisan air gula yang teramat sangat manisnya tu..mama diserang pening n sakit kepala.menyucuk2 rasanya.kol baba suh datang amik.Dalam perjalanan baba sempat tanya nak makan apa tapi mama geleng jer.tak nak..dah tak lalu..selera makan tetiba hilang dek penangan air rebina pekat tadi.Tapi yerlah dah nama pun suami.Keperihatinannya amat2 mama kagumi. Baba paksa mama makan gak sebab semalam mama tak makan apa2.Yerlah habis jer 3bulan pertama nafsu makan mama macam badang.Tetiba badang tak lalu makan.tak ker pelik?nak tak nak mama kena la ikut.Mama mampu jamah 2-3mulut jer nasi.Betul2 tak lalu ni.Rasa nak lek rumah cepat2.kemudian nak tido guling2.
Mujurlah anak mama ni baik2 jer didalam.Tidolah tue...dia memang siang2 ni kalau nak rasa dia gerak..
kena kocak perut ni baru dia bangun.Yerlah malam karang nak bekerja lak kan sayang... dialah peneman mama malam2.mentarbiyah mama untuk bertahajjud.Alhamdulillah!untungnya mama....