30weeks...alhamdulillah

Minggu ke-30 :
Tumbesaran bayi membuat hampir keseluruhan rahim mama sudah padat.Ruang untuk bayi begerak juga semakin terhad kerana pesekitannya semakin sempit.sewaktu bayi begerak seperti menendang,mama dapat melihat kaki atau tangannya begerak dibawah kulit mama.Dengan berat sekitar 1.5kg dan panjang mencecah 40cm bayi mama akan terus membesar.
ketika ini boleh dikatakan bayi menghabiskan 80% masanya dengan tidur(bermimpi).
pertumbuhan otaknya juga semakin bertambah pesat.
Syukur padaMu ya ALLAH kerana memelihara kandunganku ini.Semoga aku dan anak ini dipanjangkan usia dan jodoh kami...Amin...
Seperti hari2 yang berlalu mama tak sabar menghitung hari.Hari2 yang akan membawa mama ketemu dengan anak mama ni.sungguh mama tak sabar menanti detik itu!
Kalau mengikut pekiraan sepatutnya,lagi 10minggu kita akan bertemu.Bukan saja mama malah Baba dan abang juga tak sabar menanti ketibaan ahli baru ini.Hari2 tak kira waktu 2beranak ni pasti akan membisik pada si kecil "cepatla keluar dik" mama apatah lagi...
semakin hampir detik kelahiran anak mama nih...mama telah menjadi orang yang paling kerap ke bilik air. Aduh kadang2 tu mama rasa cam nak dok jer disitu terus....
Sakit belakang mama juga kerap menyerang.Kali ni mama bukan tak dapat tido malam kerana adik "ggu" mama.tapi kerana sakit ni yang membuat mama terganggu.kesian baba.Baba menjadi peneman yang setia.Terlentok2 disebelah mama.Suruh baring taknak."Takperlah leh sembang ngan adik..."kata baba...tapi tulah..kejap2 mama dengar suara baba tenggelam timbul.pastu tenggelam tak timbul2.Tangan baba dipinggang mama...rasa urutan tu tiga empat kali pastu tak rasa lansung..tangan baba kaku disitu.sian baba kan adik...penat melayan kita.Baba memang penyayang orangnya.Syukran jazakaallah ya baba..kami sayang baba...
Kaki adik mama rasa menendang2 didinding perut mama.Seronok sangat....jelas terlihat plak2 yang mencorak mengikut rentak.sesekali perut mama begetar..hehehehe adik mama tersedu2 didalam.adik buat latihan penafasan yer...?pandainya adik...^-^