Moga Yg Terbaik


Buat insan yang aku sayangi...
barangkali detik itu hampir tiba dalam kehidupanmu.
dan aku mendoakan kau dan dia bersatu akhirnya
dan Allah redhoi hidup kalian.
moga jalan yang kau dan dia pilih ini adalah terbaik.
dan jalan yang aku dan dia pilih juga terbaik.
insyaallah.amin...
Buat kamu...
sesuatu yang sukar sesuatu yang payah
Dengan izinNya dihujungnya sesuatu nikmat.
hempedu kehidupan bukanlah untuk selamnya..
kerana Allah ciptakan madu.
hujan hari ini bukan beerti esokpun hujan
itulah putaran hikmat alam...
cantik sungguh aturan Tuhan...
adik sayang...
besabarlah...andai dia yang terbaik untukmu
pasti ijab qabul telafaz dalam hidupmu.
andai dia tercipta sememangnya untuk kamu
maka dia tetap akan milikmu.
 jika esok ditakdirkan kau dan dia bersatu
bina dan hiaslah mahligai kalian sebaiknya..

kena tinggal

Baru ni mama abg n adik kena tinggal la...baba kena gi krusus 10 hari tu....(hahaha lama sgt ker) cukup lama la bg kita org...abang siap demam2...siang malam asyik bersimpul dengan kain pelekat baba (yg ader bau baba yer) yg bau sabun taknak.Yang si kecik lak lebih kurang la..tak sihat gak..asyik meragam...menangis..tak tahu kenapa.tapi mama wat andaian lebih kurang sepesen abg la juga...buktinya...bila mama buat loudspeaker time baba kol adik akan tecari2.sambil melonjak badan..sian adik yer sayang....bila baba panggil2 adik adik akan menyahut dalam bahasa jermannya...sowi syg mama.
abang yg dah 6thn pun lebih pada adik la kecilnya.merengek ja...asal buka mulut "ma bila baba nak balik"  "ma berapa hari lagi"  'ma baba takleh balik juga ker" huh!mcm2 la yang kuar dr mulut dia..smpai mama tak larat nak jawab.3hari abg ponteng sekolah sebab demam.aduh!aduh!aduh anak2 mama...
mama ingat lagi kalau dulu masa takdak adik,klu baba kena krusus hari2 mama akan bawa abg pusing2 dengan motor.masa tu apa saja abg nak pasti abg akan dapat.bukan nak manjakan sgt..tp bila tengok abg time tu memang kesian sgt2.Anak lelaki mama pula time tu bukan reti nak kwn dengan org..suruh pergi main pun taknak..nak duk dgn mama 24jam...
sekarang dah ada adik,so dah takleh la nak manja2 cam dulu2 yer...dapat lak mama yang takleh nak bawa kereta..haha lagi parah ank mama yg sorang ni.sampai abg suruh mama belajar bawa keta la..
"mama..abg takleh dok rumah kalau baba takdak.abg boring"
"dah nak wat camner syg oi"mama tak dpt meneka lagi apa kemahuan abg...sekali taaaadddaa...
"mama belajar la bw keta.bkn pyh pun tarik kat tengah tu.pastu tekan la benda kat kaki tu.pastu jalan la" hahaha anak oh anak...kalau semudah itu...pasti mama lakukan demi kamu.tapi mama tak ada keberanian.dah 10kali dah baba ajar mama..tapi still gak penakut.bukan takleh bawa yer..tp takdak keyakinan!
mujur ler ada pak cik hambali korang,leh gak bawa2 gi jalan.tak la memerap kat umah jer.memang betul2 bowink kalau asyik kat rumah ajer....kan abg?

AUNIE YG LASAK

Si puteri sekarang aduh la makin lasak.dah takleh nak tinggal2 macam dulu.kena diberi pantauan 24jam...tido pun aunie aktif...
lonjak sana lonjak sini....meniarap pun tak boleh mana lagi tapi pegerakkan semangat semacam....abang  la orang yang paling letih...hahaha.Nak main lama2 pun tak boleh dah sekarang.asyik kena jaga adik.kadang2 mama dengar abang cakap dekat adik..."adik leh tak dok diam2.ni bantal sini...bukan sana.abang penat tau" hahaha...tu tak lain la tu kepala adik jatuh bantal.
Pastu adik lonjak pula...mainan2 abang dah takleh betaburan lagi.sekali lagi mama dengar "adik dok la diam2.orang pompuan kena dok elok2"kihkihkih sekali lagi abang ngomel siap dengan nasihat tertib kewanitaan...
Tapi adik kecik lagi la sayang...adik tak paham apa yang abang cakapkan...buktinya adik akan ngekek bila dengar omelan abang.....mabye adik fikir abang tengah mengacah dia...

akhirnya abang tewas juga...abang tertido dalam kepenatan.....sian abang...hehehe

MeNgApA

Mama terima berita yang paling tegempar dalam hidup mama...lebih gempar dari segalanya...
rasa nak luruh jantung mama.menggigil seluruh anggota mama...
sungguh mama tak sangka!menyirap darah mama .... kenapa kesayangan mama bernasib begini?
baba juga terkejut..mama dengar apa yang baba sampaikan tadi dengar nada kecewa....
tapi pada siapa kami nak marah...pada dia?dia? atau dia?atau juga dia?
pada kami kerana kami sentiasa percaya sejuta per sejuta pada mereka.....
tapi kenapa ni terjadi...?
ya Allah bantu kami ya Allah..peliharalah kesayangan2 kami...

FACEBLOG

                                                         Aper pula benda alah ni erk....?
                                                    hehehe sure ramai yang dah tahukan.
tapi pada yg tak tahu...ini yerlah faceblog...
himpunan blogger2 len....
Emoticon
join ni kita leh kenal lagi ramai blogger2 yang ada.
macam facebook gakla kaedahnya..
yang tak kenal leh jadi kenal...boleh jadi mesra...
Emoticon
so tunggu apa lagi..
meh sama2 join ni meh....
tak rugi pun kalau join ni....klik sini
Emoticon

kecewanyer

Tahu tak buah aper ni?
Takkan tak tahu pulakan...yup!ini buah kegemaran mama..
buah kuini.org kedah panggil buah konen.
musim dia tiba lagi.bejuraian kat atas pokok belakang rumah.
fuhhhh!aromanya memang tak leh tahan.semerbak harum.
sejak seminggu ni dok tunggu bila nak gugur.
sekali harini
dub!
yeyeye kuini dah gugur.
happy sgt2.biarpun hanya sebijik...


kebetulan time nak makan tengah hari.
mama kupas kuini tadi kemudian mama cincang2 pula.
agak2 nak buat aper yer?
hehehe..nak buat sambal kuini ler.
baru ajer nak tumbuk,phone mama berbunyi.
abaikan dulu adengan tumbuk menumbuk
coz mak mertua ditalian
sembang punya sembang mak tanya makan tak lagi.
selamba jer jawab
"lom...baru nak tumbuk sambal konen mak"
(dengan riangnya.mcm org ngidam dapat hajat)
sekaliiiii......
uwaaaa rasa nak nangis....


mak tak bagi makan.
kena pantang lagi mak kata.
mcm kena pantang ais n laksa.biarpun dah 4bulan bersalin.
wawawawa(tangisan tersekat2)
mak mulakan hujah yang pajang berjela.
hemmmmm
sudahnya buah dicincang simpan dalam peti dulu.
esok2 abang naufal baik demam
boleh bagi dia makan.

Sanah Helwa Ya Abi!

Semoga ayah sentiasa sihat.Dipanjangkan usia.Dan dilimpahi redho dan rahmat Illahi selalu.
terima kasih ayah diatas segala kasih sayangmu.
achik sayang ayah..sayang sampai bila2.buat selamanya...rindu ayah.rindu ayah selalu.
-
-
-
-
-
andai masa boleh beputar.pasti detik ini ingin ku ulangi lagi.
-
-
-
-
sebuah memori dimasa lalu . dan sentiasa aku kisahkan selalu buat cucumu.
-
-
-
syukran diatasa sayang,kasih dan sabarmu.
Ayah ayah terhebat!

Ulfah Aunie 4 bulan

Sekejap ajer rasa..rupanya adik dah 4bulan yer sayang...Seperti biasa rutin bulanan adik adalah ke KKIA...
dan seperti biasa juga menunggu giliran mengambil masa hampir 3jam.Adoi la..penatla nak tunggu sorang2 selesai.bukan ramai sangat pun adik no 7.tapi rasa cam nombor 20.ramai merungut..tapi apa daya...
sesekali adik meragam.mujur baba ada tolong dukung adik.adik memang tak sihat sikit 2-3hari ni.nak boleh benda lagi kata org2 tua.tapi benda apa erk?nak leh meniarap kot....adik lambat sikit dari abang.abang dulu 3bulan dah boleh niarap dah.tapi takper..masih awal lagi kata nurse...dalam tak boleh niarap tu..adik still takleh dok diam.melonjak sana..melonjak sini..kekadang leh masuk dalam ruang vcd di almari.tidur pun selalu jatuh bantal.
giliran adik sampai...buka baju n pampers adik diletak atas penimbang...
berat:5.19kg
panjang:60cm
lilitan kepala:40cm
kemudian diperiksa fizikal adik : memuaskan
aktiviti adik juga dinilai : sangat memuaskan.
kebetulan masa tu adik rancak menyapa abang dalam bahasa itali + arab + jerman.bukan saja mama,jm bertugas pun ketawa melihat keletah adik."ramahnya baby aunie ni"tegur jm bertugas.hemm beginilah juga masa dirumah,adik memang peramah.feel adik kalau dia sembang kita sembang juga.jangan bisu dalam jangka masa yang lama kalau taknak adik nangis ^_^
semakin hari semakin mama dan baba tehibur dengan keletah anak-anak mama.Putera Puteri pelengkap istana qaseh kami..terima kasih YA ALLAH kerana hadirkan mereka dalam hidup kami.

Salam Maulidur Rasul


Selamat menyambut hari keputeraan Baginda Rasul...menyambut dalam erti kata sebenar kita benar2 menyayanginya.Mengenali diri Baginda insan terulung dan terunggul.Dan sama2 mencuba untuk medalani segala sikapnya.Sememangnya kita tidak mampu menjadi sepertinya kerana kita manusia yang tiada kesempurnaan.Namun berusahalah untuk mencontohi segala sikapnya.Muhammad adalah contoh dan ikutan terbaik!Bertapa Hebatnya cinta Muhammad s.a.w kepada kita.Hingga nafas terakhir Baginda menyayangi kita umatnya.mengingati nasib diri kita.Mulia sungguh insan yang begelar AL-AMIN itu. 
sempena hari yang besejarah ini marilah kita memperbanyakkan titipan selawat buat baginda.moga2 kita terhimpun didalam golongan yang mendapat syafaat baginda Rasul s.a.w.insyaallah...

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
lahirnnya zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

say no!


Sedih!setiap kali hampir 14hb febuari...permasalah kronik yang sama jugalah yang mendapat tempat didalam masyarakat kita.Permasalahan yang membuat ulama2 bersidang..mengeluarkan hukum!namun tetap benda sama jugalah yang akan berulang setiap tahun.Bilalah masyarakat akan mengambil serius tentang benda2 ni.
hari "berkasih sayang" dilabelkan pada tanggal ini.Hemmm kalau 14 feb tu hari berkasih sayang..camna pula dengan tarikh2 lain..apa tak ada lagikah kasih sayang...?penting sangatkah tarikh ni pada kehidupan kita?
paling sedih bila ada yang mengatakan "kami hanya menjual bunga ni,bukan menyambut pun" aduh parah sungguh kejahilan sesetengah masyarakat kita.kalau jawapan ni diberi oleh non muslim,boleh juga diabaikan. ni jawapan yang diberi oleh orang yang mengaku muslim..yang bertudung!yang nama ada bin dan binti... astaghfiruallah!betul2 jahil...
sekali lagi sejarah valentine's day disingkap kembali....mungkin diaorang benar2 tak mengetahui..
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

terdapat banyak versi tentang si st.valentine..namun endingnya tetap sama dia dibunuh pada tanggal 14hb febuari.
so siapakah valentine ni dalam diri kita selaku umat muhammad...?yang percaya adanya Allah....!ulama sepakat mengatakan sambutan hari kasih sayang ni adalah Haram...!justeru untuk apa kita ni meraikan hari yang diraikan oleh orang yang bukan islam..islam memerintahkan kita berkasih sayang setiap masa.bukan dihari2 tertentu...kita diciptakan memang untuk berkasih sayang kerana Allah....
takpayah la susah2 nak perjuang kasihnya si valentine tu..takder apa2 pengaruhnya buat kita pun...

segalanya pulih

letih baby lepas jumpa DR
Alhamdulillah tadi baba n mama,bawa baby aunie ke hospital untuk pemeriksaan bulanan.Baby aunie dapat giliran kedua.mujur tak lama menunggu.Berdegup kencang jantung baba&mama.Takut!tapi dalam hati kami tak henti2 berdoa.moga2 semuanya pulih.
Dr muruthu merawat aunie harini.Aunie di letak di alat penimbang..wow!5.4kg.Berat aunie menunjukkan aunie sihat.Insyaallah...amin ya rabb!mama riba aunie duduk behampiran doktor.Baba bediri memberi isyarat sama2 bertenang.Waktu tu hanya Allah jer yang tahu perasaan kami.Tengok wajah doktor yang manis tu senyum meleret hati kami lega.Dan bila diberitahu hormon t4 n tsh aunie stabil...kami besyukur.Semoga hormon aunie terus stabil yer sayang.walaupun mama tak diizinkan menyusu aunie sepenuhnya pun tak apalah..janji aunie sihat dan janji mama leh tetap menyusu aunie walaupun tak kerap.takpalah sayang...mama redha..(DR takut ubat yang mama makan menyalurkan thyroxine pada adik)thyroid bukan penyakit berjangkit dia juga bukan menyebabkan susu mama pun mengalirkan hormon thyroid pada aunie.tapi melalui ubat yang mama makan tu yang menghalang mama dari bf aunie sepenuhnya.Itu mujur mama tak makan sejenis lagi ubat yang akan membuatkan aunie tiak dapat bf lansung dari mama...

selamanya kasih

Waktu mama sibuk masak didapur.Si baby kecik ni nangis tak henti2.Mama suruh si abang main dengan adik.kemudian adik diam.dengar suara abang agah2 adik..adik gelak ngekek.Tak lama dengar balik adik nangis.Mama panggil abang..tapi tak bersahut. panggil punya panggil adik tetap nangis.abang lak tak menyahut2.mama ingat abang kuar main.maklumlah sejak dua menjak ni abang ketagih main diluar.ingat abang kuar tak cakap.sekali bila mama sampai atas...ni yang mama lihat..hehehe abang tetidur rupanya...letih sangat nampak muka abang.wah sambil tangan pegang en.ziraf adik abang peluk adik.Kunun2 main la tu.pujuk adik dari nangis agaknya.
tak jadi sikecik ni nak nangis bila tengok mama ada depan mata.adik oh adik...tak dukung pun tak pa..janji mama tak pergi mana2.aduhai sayang..mama nak buat kerja ler.
sayu hati mama bila tengok aksi ni.mama doa moga kasih abang pada adik bukan setakat ini.malah buat selama-lamanya.abang kena baik dengan adik..sayang adik..kasih adik..bertolak ansur dengan adik..lepas mama dan baba..abang yang kena jaga adik..abang jadi anak yang soleh dan abang yang baik yer sayang..
moga2 allah sentiasa lindungi kalian..insyaallah.amin!

Pulut Srikaya

Thanks umi..dah lama teringin nak makan ni.Yang beli semua tak puas.Tak macam yang tekak nak nak makan.Kelmarin sms kak yang suh minta resepi kat umi.Pulut dah rendam..msg tak jawab2..(dia takleh nk bls rupanya)huh!akhirnya pulut tu ditanak saja.Makan lak dengan ikan kering masam cicah kelapa parut..
Hari ni kol umi sendiri..umi msg kul 2.30 petang..kebetulan sinetron syurga untukmu pun dah habis so..turun kedapur.Terus bikin kuih yang diidam nih..
hahaha menjadi gak.Rasa pun teramat sodap.lemak semua cukup.Kuih ni dibakar lak bahagian atasnya menambahkan lagi kesedapannya...Rasa nak niaga lepas ni..hehehe..tima kasih umi...k.yang jemput makan..mesti teliurrrrkan..kan..kan?

Puding Roti

Banyak2 resepi yang mama sentiasa ingin mencuba.1resepi ni jer yang mama tak tetarik untuk merasa.Bukan apa..mama ni memang tak minat sangat dengan resepi berasaskan roti.Tapi,ada satu hari tu mama rasa cam nak mencuba walaupun kurang gemar..mama sms k.yang adik mama...dia memang suka makan makanan tu..dan mama tahu dia tahu resepi tu...sms mama dibalas...mudah ajer bahannya.semua bahan mama ada...dan mama cuba buat..inilah hasilnya.wow!memang sedap.Baba n abang fuad pun suka rupanya...kejap jer..belum pun sejuk betul...puding roti habis ditelan...thanks k.yang.siap letak putih telur yang dipukul kembang lagi menambahkan kerangupannya...memang berbaloi mencuba..sedap bangat!

TakdirNya

Tensionnya...Tapi siapalah mama untuk membantah semua ini dari terjadi.Sebagai hambanya...nak tak nak kenalah melalui semua ini dengan redha.Allah nak uji mama lagi...mama kena kuat!itulah motivasi yang mama bisikkan untuk diri sendiri.Tak dak  orang yang leh kuatkan mama melainkan mama sendiri.Hati menangis,meraung sekalipun diri sendiri yang merana.Bukan siapa2..so untuk apa nak nangiskan...?
Ujian darah yang mama buat 2minggu lalu menatijahkan hasil yang negetif.T4 mama naik mendadak.Tsh pula telajak rendah...Dr kata ubat dah tak boleh nak control hormon thyroid mama.So mama kena buat pilahan sama ada untuk buat pembedahan @ minum iodine(radioactive iodine).Kalau masih ada pilihan lain dua-dua mama tak nak pilih....semoga ALLAH menyembuhkan mama sebelum masa itu tiba.Amin...
Doktor juga menukar ubat mama dari Ptu mama kena ambil Cabimazole balik.Doc juga tak izinkan mama bfkan aunie lagi.Aduh lagi perit rasanya.Dulu abang fuad juga mengalami nasib yang serupa.Mama tak dibenarkan menyusukan abang sejak saat abang menjengah kebumi ni.Waktu tu hanya Allah jer yang tahu.Bertapa seksanya tak dapat bfkan anak sulung mama...Tapi kadang2 mama curi juga waktu untuk susukan abang.Mama nak abang juga rasa disusukan mama.Derita!!!menjadi ibu yang tak dapat bf anaknya.Masa tu mama meminta setinggi2 pengharapan..moga abang tehindar dari segala penyakit dan alhamulillah Allah terima doa mama.Kini baby aunie pula..kata doc sekurang2nya baby aunie mama dapat susukan hampir 4bulan.mama harusnya besyukur.sebab dapat juga bfkan aunie biarpun sekejap.Tapi itu tak cukup.mama merayu pada doc jangan tukar lagi ubat mama.Bagi masa untuk mama bf aunie lagi..dan alhamdulillah...mama diberi  peluang lagi.Syukur ya Allah..thanks juga untuk doktor.
Jumaat ni mama kena ke hospital lagi..untuk buat ultrasound untuk thyroid...doc nak tentukan cara rawatan untuk mama...tapi apapun mama harap sangat kalau2 masih mampu melalui rawatan2 biasa.biarlah kalau terus kena makan ubat.takut fikir leher ditoreh..ngeri!kalau memilih minum iodine lak..mama kena dikuratin dalam waktu yg ditentukan pakar.mama juga kena stop bf aunie...mama tak sanggup!
Ya Rabb...bantulah aku hambamu yang lemah....

47kg

Tegerak hati nak timbang berat badan selepas 3bulan lebih bersalin ni.huh!ingatkan makin naik..rupanya 47kg jer rupanya.Turun mendadak 11kg.aduhai...camner nak naikkan ni.kalau boleh tak mo ler kurus2.Sejak2 ader si kecik ni.Rasa kuat sangat makan.mana taknya lepas Bf aunie sure lapar tahap gaban.hikhikhik. makan dah banyak.pagi petang siang malam melantak jer.Kek n kuih berbalang2 mama buat stock sebagai makanan sampingan.tu tak masuk gardenia 2hari conform habis.kadang2 waktu Bf aunie pun boleh sambil2 makan(baba pun geleng kepala tengok mama makan)Tapi berat badan tetap gak turun.hemmm...
moga lepas amik Gain 5 ni ..mama mampu mendapatkan berat badan yang diinginkan.Insyaallah..
(pelik kan manusia ni.tak pernah cukup dengan apa yang ada.yang gemuk nak kurus.yang kurus nak gemuk lak)