Ulfah Aunie 4 bulan

Sekejap ajer rasa..rupanya adik dah 4bulan yer sayang...Seperti biasa rutin bulanan adik adalah ke KKIA...
dan seperti biasa juga menunggu giliran mengambil masa hampir 3jam.Adoi la..penatla nak tunggu sorang2 selesai.bukan ramai sangat pun adik no 7.tapi rasa cam nombor 20.ramai merungut..tapi apa daya...
sesekali adik meragam.mujur baba ada tolong dukung adik.adik memang tak sihat sikit 2-3hari ni.nak boleh benda lagi kata org2 tua.tapi benda apa erk?nak leh meniarap kot....adik lambat sikit dari abang.abang dulu 3bulan dah boleh niarap dah.tapi takper..masih awal lagi kata nurse...dalam tak boleh niarap tu..adik still takleh dok diam.melonjak sana..melonjak sini..kekadang leh masuk dalam ruang vcd di almari.tidur pun selalu jatuh bantal.
giliran adik sampai...buka baju n pampers adik diletak atas penimbang...
berat:5.19kg
panjang:60cm
lilitan kepala:40cm
kemudian diperiksa fizikal adik : memuaskan
aktiviti adik juga dinilai : sangat memuaskan.
kebetulan masa tu adik rancak menyapa abang dalam bahasa itali + arab + jerman.bukan saja mama,jm bertugas pun ketawa melihat keletah adik."ramahnya baby aunie ni"tegur jm bertugas.hemm beginilah juga masa dirumah,adik memang peramah.feel adik kalau dia sembang kita sembang juga.jangan bisu dalam jangka masa yang lama kalau taknak adik nangis ^_^
semakin hari semakin mama dan baba tehibur dengan keletah anak-anak mama.Putera Puteri pelengkap istana qaseh kami..terima kasih YA ALLAH kerana hadirkan mereka dalam hidup kami.

No comments: