dalam kesabaran binalah kesyukuran...



“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah wujudnya orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu,dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
 .                                                                                                                         (Ali-Imran:142)

Tanyalah makhluk yang bernama MANUSIA..siapakah yang tak pernah dilanda ujian?SAKIT itu ujian,SIHAT juga ujian.KEMISKINAN itu ujian.KEKAYAAN  pun digelar ujian.BERJAYA itu ujian...GAGAL juga dipanggil ujian.Justeru siapakah yang tak pernah alami semua ini.biarpun berbeda rupa namun itu tetap ujian..

"Ujian bukan hanya yang bersifat musibah, namun kenikmatan hidup adalah ujian yang lebih besar."

Selama mana roda kehidupan berputar selagi itulah kita yang bersifat dhaif ini tidak mampu membawa haluan dengan sempurna...dalam pemusafiran menuju kedestinasi sebenar pasti ditiap inci perjalanan terselit rintangan yang tak daya kita elakkan...kita hambaNYA sekadar hamba justeru ketika menghayun langkah dibumi ILLAHI ini pasti onak duri acapkali menikam menujah kekaki....

Sabar itu penting...biarpun dalam sabar itu kadangkala ada tangisnya..miskipun dalam sabar itu kadangkala ada keluh kesahnya...miskipun dalam sabar itu ada ketidakupayaan fikirannya.namun itu bukanlah makna kita tidak redha..cuma sebagai insan kerdil ada kelemahan di sebalik kelemahan...
moga rintikan air mata itu menjadikan kita semakin matang dan tabah untuk terus mencorak kehidupan dibawah kasih ARRAHMAN...                                                     
 Semoga kita tetap istiqamah diatas landasan iman...terapkanlah rasa syukur dalam jiwa..usahlah berimpikan menjadi yang lain kerana seekor merbah pun walaupun bebas diudara dia tetap menyinggah didaratan...jika kita sentiasa memikirkan untuk sentiasa tersenyum riang..untuk sentiasa bahagia bersama kemewahan harta...untuk sentiasa ketawa megah kerana tidak dilanda musibah itulah kesilapan kepada kehidupan kita kerana kehidupan itu ujian....ujian itu tanda kasih PENCIPTA..

sabar dan syukur bukanlah tanda kita terus menyerah kalah...ujian itu pendidikan...jika hari ni kita kalah takkanlah selamanya kita ditakok itu...didalam ujian binalah kesyukuran..didalam kesyukuran tingkatlah usaha...
kata ayah..kehidupan ni macam kita daki gunung...susah payah..letih bawah terik bahang mentari...walaupun kita jatuh tepelecoh..tersungkur tersembam kita kena sabar dan besyukur sebab kita mampu mendaki hingga ketengah gunung...so kuatkan hati binakan kekuatan dalam kesabaran insyaALLAH kita akan sampai kepuncaknya.....
Disebalik kepekatan hitamnya awan...didalamnya terkandung kerjenihan air.....