:: Luahan Kasih ::

Assalamualaikum...
Semoga kita semua sentiasa didalam inayah dan riayah ALLAH swt.Dan beroleh kebaikan didalam setiap amal ibadat kita…Entah kenapa tiba-tiba suara hati meronta untuk menitipkan sesuatu buat kekasih hati.Ditemani melodi merdu sang unggas…dipaut lembut kedinginan malam…akal mula membicarakan sesuatu..

Suamiku…
Mencecah enam tahun sudahkan ikatan perkahwinan kita?Alhamdulillah..aku panjatkan kesyukuran kehadrat ILLAHI.Doakun semoga dikekalkan istana kasih ini dunia dan akhirat...
"Ya ALLAH….sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi Maha penyayang.
Maha berkuasa…ribatkan hubungan ini hingga ajal menjemput kami…
limpahilah mahligai kami dibawah redho dan rahmatMu..
Tautkan cinta dan kasih kami didalam kasih sayangMu…
Ya ALLAH kami hambamu yang lemah..
pincang langkah kami tanpa restu dariMu…"

Suamiku…
Detik mula penyatuan kita…Setelah sah bait akad maka disitulah bermulanya likuan mehnah untuk kita.Ranjau duri disetiap langkah.Kesabaran yang paling perlu.Kekadang aku lemah…Kekadang terasa ingin mengalah..lantas dengan penuh hikmah kau salurkan kekuatan melalui kalammu.Lembut tuturmu Tenang bicaramu…ujian itu tarbiyah dari ALLAH.Membina Baiti Jannati itu bukanlah mudah..Pasti duhujani ribuan deraian air mata.Biarkanlah…sama-samalah kita merasa kerana mahar kebahagian itu terlalu mahal nilainya..Bukan sedikit derita yang perlu ditagih…

Suamiku…
Mahligai kita hampir sempurna… Biarpun kecil bentuknya..Biarlah sekadar daun rumbia menjadi atapnya…Biar kecil tiangnya..Biar serba dhaif istana kita namun biarlah didalamnya tiada duka dan derita…walaupun kadangkala ada tangisnya biarlah tukaran bahagia dengan segera… kerana itu asam garam dalam rencah perkahwinan..Tapaknya iman..Dindingnya mawaddah…Atapnya Sakinah.. Moga mahligai ini didalam naungan redho ALLAH…

Suamiku…
Cinta disulam dihamparan kasih.Berbahagia dipuncak kerinduan.Kembara didalam mujahaddah. Putera hati penyejuk mata.Ketenangan di hati tika gundah.Maka sempurnalah mahligai cinta kita. Alhamdulillah…Keletah manjanya.Gelak tawanya…Petah bicaranya..tercetus bahagia antara kita.penyeri syurga rumahtangga kita…Ya ALLAH rahmatilah mahligai ini…

Suamiku…
Hasil ujian yang acapkali mehimpit…akhirnya aku pelajari sesuatu
Walaupun Kata orang bahagia itu terletak pada harta…
Kata orang bahagia itu letaknya pada rupa
Kata orang bahagia itu pada kuasa
Tetapi itu bukan letak tempatnya.Bukan itu cetusan bahagia..Bahagia itu ada dalam diri.Bahagia itu didalam hati.Ibarat permata yang tersimpan didasar lautan.Bahagia itu pada kesabaran.Tak gundah bila datangnya susah.Tak resah bila dihimpit derita

Suamiku
Aku isterimu ingin terus menjadi ma’mummu ditiap takbir,rukuk dan sujudmu.Bersama menadah doa mohon kebahagian didunia akhirat.Aku ingin terus dikejutkan tidurku disepertiga malam.Melakukan tahajjud.Kerana itu pengerat cinta kita….

Suamiku…
Aku isterimu yang lemah…emosi seperti buihan ombak.Kadangkala tenang terkadang deruannya bak ganasan tsunami.rajuknya tiada bertempat.cemburunya tanpa bukti.Amarah kerap menguasai diri.Bebelan sering terbit lancang dari bibir…Aduh!jengkelnya sikapku.maafkan aku duhai suami..maafkan aku..maaf andai tutur dan tingkah ..senyuman dan seri wajah pudar..hambar dimatamu.aku yang baru belajar menjadi seorang mujahidah ..

Suamiku…
Bunga semalam telah layu gugur dari tangkainya.Harumannya sudah hilang dimamah masa.Dan disini aku dan kau masih betah menjalin cinta.Masih segar menghirup haruman kasih.Bersama amanah yang diberi bersamalah kita orakkan langkah kemercu MARDHATILLAH…

salam sayang...ISTERIMU...