TakdirNya

Tensionnya...Tapi siapalah mama untuk membantah semua ini dari terjadi.Sebagai hambanya...nak tak nak kenalah melalui semua ini dengan redha.Allah nak uji mama lagi...mama kena kuat!itulah motivasi yang mama bisikkan untuk diri sendiri.Tak dak  orang yang leh kuatkan mama melainkan mama sendiri.Hati menangis,meraung sekalipun diri sendiri yang merana.Bukan siapa2..so untuk apa nak nangiskan...?
Ujian darah yang mama buat 2minggu lalu menatijahkan hasil yang negetif.T4 mama naik mendadak.Tsh pula telajak rendah...Dr kata ubat dah tak boleh nak control hormon thyroid mama.So mama kena buat pilahan sama ada untuk buat pembedahan @ minum iodine(radioactive iodine).Kalau masih ada pilihan lain dua-dua mama tak nak pilih....semoga ALLAH menyembuhkan mama sebelum masa itu tiba.Amin...
Doktor juga menukar ubat mama dari Ptu mama kena ambil Cabimazole balik.Doc juga tak izinkan mama bfkan aunie lagi.Aduh lagi perit rasanya.Dulu abang fuad juga mengalami nasib yang serupa.Mama tak dibenarkan menyusukan abang sejak saat abang menjengah kebumi ni.Waktu tu hanya Allah jer yang tahu.Bertapa seksanya tak dapat bfkan anak sulung mama...Tapi kadang2 mama curi juga waktu untuk susukan abang.Mama nak abang juga rasa disusukan mama.Derita!!!menjadi ibu yang tak dapat bf anaknya.Masa tu mama meminta setinggi2 pengharapan..moga abang tehindar dari segala penyakit dan alhamulillah Allah terima doa mama.Kini baby aunie pula..kata doc sekurang2nya baby aunie mama dapat susukan hampir 4bulan.mama harusnya besyukur.sebab dapat juga bfkan aunie biarpun sekejap.Tapi itu tak cukup.mama merayu pada doc jangan tukar lagi ubat mama.Bagi masa untuk mama bf aunie lagi..dan alhamdulillah...mama diberi  peluang lagi.Syukur ya Allah..thanks juga untuk doktor.
Jumaat ni mama kena ke hospital lagi..untuk buat ultrasound untuk thyroid...doc nak tentukan cara rawatan untuk mama...tapi apapun mama harap sangat kalau2 masih mampu melalui rawatan2 biasa.biarlah kalau terus kena makan ubat.takut fikir leher ditoreh..ngeri!kalau memilih minum iodine lak..mama kena dikuratin dalam waktu yg ditentukan pakar.mama juga kena stop bf aunie...mama tak sanggup!
Ya Rabb...bantulah aku hambamu yang lemah....