Duhai anakku

Tadi tiba2 aunie sesak nafas.Gelabah mama dibuatnya.
Rasa nak nangis time tu juga.
Mula2 adik nangis...kuat adik nangis...mama tengah masak kat dapur terus lari naik.
Tangisan adik lain macam sangat.Mama dukung adik..sekali adik diam.
Tapi muka adik jadi merah hampir gelap...adik susah nak nafas.
mama nampak itu!mama takut!
Mama buka mulut adik mama jolok jari mama..adik muntahkan apa yang ada...
Lendir jernih banyak sangat keluar...
mungkin itu yang buatkan adik sukar nafas tiba2.
Ya Allah!syukur padaMu ya Allah,kerana menyelamatkan anakku dari bahaya.
aku besyukur Ya Allah kerana aku tehindar dari segala kesulitan.
Alhamdulillah

Aunie demam lagi

Ni kes jangkit selsema dengan mama.seharian aunie merap...Badan panas sangat..so selain makan ubat mama jelum adik kerap2 dengan air daun bunga raya.Mujur ader kakak nurul(anak jiran mama)tolong tengokkan adik.Kalau tak lansung mama takleh nak begerak.Hari ni abang fuad order nasi ayam.Elok mama nak masak menu betukar la....abang tingin makan nasi lemak la pulok.huhuhu anak mama nih.Nafsu makan makin menyerlah.Tapi tak pa..mama seronok abang makan banyak.Jadi walaupun betukar menu....mama masakkan juga.Nasi lemak sambal sotong dan ayam kampung goreng berempah...sedap tak abang?
Adik tido kejap2 jer.tak sampai 15minit adik bangun balik akibat bersin.Alahai anak mama.Sorry cayang. petang sikit adik nampak ok dah.Badan dah kurang panas.Dah senyum2 dah..walaupun lepas tu adik nangis balik sbb tak nak duduk.sabar yer cayangku.mama dan baba sudi disampingmu sll syg...abg juga ada untuk adik.Baik sungguh anak2 mama dan baba nih.

Abang sentiasa menghiburkan adik.Tq abang

Mama dan baba happy sgt bila melihat kalian begini.Kalau boleh taknak tengok kalian sakit2.seksa rasanya. mama dan baba sentiasa doakan moga anak2 mama dijauhi dari sebarang musibah.Insyaallah..amin ya rabb...

Abang Fuad

Cuti2 sekolah ni.abang kalut ajak pi jalan."esok buka sekolah semua kawan2 abg cerita dorang gi jalan.abang dok senyap jer"ala..sian abang yer.Kebetulan ader kawan2 mama dari semporna datang.so diaorang leh jadi driver.Baba tarik diri jap dari jawatan ni...coz takder cuti..hehehe.Sebenarnya tak banyak tempat menarik kat labuan ni.yerla pulau dia kecik jer..so balik2 itu ajer la yg kami pergi..

Ni kat muzium marin.
walaupun dah 10kali lebih dah pergi.abang tetap happy




Ni lak kat chimney


Best gak sebenarnya wat lawatan kat chimney nih.Banyak ilmu mama leh dapat.Abg pun dapat belajar byk pekara.kira tak rugi la.Lepas tu kami ker peace park.Hemmm kat sini mama tak dapat nak snap 1 pun foto abang sebab aunie dah tunjuk ragam.Panas lak time tu.Memang mama dan adik tak tahan.Kita org duduk dalam kereta  jer.biar abg dan kwn2 mama berjalan di peace park tu.
Ok abang?mama harap abang seronok yer.Esok sekolah,abang leh citer kat kawan2 abang mana abang jalan time cuti nih.Taklah abang diam jer.Yer sayang.Macam baba janjikan..jom kita doa byk2 moga cuti sek seterusnya kita dapat gi sabah lak.Baba kata nak bawa abang dan adik pusing sabah.
hehehe..Insyaallah.Amin

Rupa2nya... 5m sudah(◕‿◕✿)


Adik dah baik demam...Alhamdulillah.
Rupanya nak boleh berguling laaa...Tak berenti2 adik berguling.
Betul kata mama adik nak leh akai lg.Hehehe.Baik ajer demam..adik betul2 takleh dok diam.
asyik guling2 jer.Laju pula tu wat aksi menyulur..wah happy mama dan baba tengok adik.
Abang sampai tak kuar main semata2 nak teman adik menyulur.
hahaha...
tahniah puteri mama...adik sampai ker Fasa baru.itu menandakan...menandakan aper yer?tandanya anak mama makin besar.
wah cepat sungguh masa berlalu...
tak lama lagi hilang la baby mama...jadi anak dara mama lak...
huhuhu...
 itu menandakan mama juga makin tua.
adussss!

NIH TIME BARU LEH MENERAP DIUSIA 4BULAN.

Dos completed

Dah masuk 5 bulankan?So seperti biasa rutin Baby Aunie ke klinik tiap bulan.Pagi2 tercongok kat klinik tunggu giliran.No 6 hari ni.kira tak la ramai sgt time sampai tadi.Dan seperti biasa,masa menunggu bukannya sekejap.Hari ni keramahan aunie teserlah betul.Macam2 bunyi kuar dari mulut dia.Pantang ader yang mengagah aunie..terkekek la dia.Orang agah sikit jer..tapi ketawa dia macam lawak betul....lucu la adik ni.
~menungggu dgn penuh kesabaran~

sampai tak larat dah nak tunggu
akhirnya...

tertidurrr daaa...
   
sejam setengah lebih tunggu giliran.Nama Ulfah Aunie dipangil masuk.terus jer  ke tempat disediakan mama londeh semua pakaian adik.so bila nak keklinik tak payah la nak siap bagai.Pakaikan ajer romper.Mudah nak tanggal.Dah seksi mama letak adik atas penimbang berat 5.8kg.berat tak?hahaha berat la juga bg mama.Tak larat mama nak dukung.Dah siap timbang Nurse ukur adik pula..ala tambah seinci jer panjang 61cm..pastu ukur lilit kepala 40cm still cam bulan lepas.selesai jer bab ukur mengukur,cepat2 mama bg adik pakai baju.Kang banjir lak tiba2.Lepas tu ngadap nurse tepi meja.sessi soal jawab...
"hmmm dah pandai apa sekarang?"
"dah pandai mcm2 nurse"
"dah boleh meniarap?"
"sudah.tapi xpndai betul lg"
"ok takpa"
"bf or fm?"
"campur"
"ok hr ni kena inject yer,dos akhir"
sambil tunggu nurse siapkan jarum,mama londeh seluar aunie sekali lagi.Adik happy sgt..ngung ngang ngung ngang adik menyembang.Kemudian kekeh2 gelak..Mama yg siap sedia,peggang paha adik kuat2.jap jer jarum tertusuk."erkkk..." sikit jer adik bunyi.Terkejut...hahaha muka nak nangis tapi tak sempat.mabye sakit dh hilang.Pandai anak mama...alhamdulillah suntikan DTap,Hib dan Opv/Ipv dah selesai.Tunggu bulan depan lak untuk suntikan Hepatitis B(3) dan Measies lak...then rehat sampai umo setahun....
Balik umah...3jam kemudian..badan adik suam2.bagi makan ubat...kemudian mula panas...panas dan panas.Sian adik.adik mula merap.taknak duduk lansung.Mama dan baba begilir2 dukung.Abang pun sibuk nak tolong.tapi abg kecik lg syg.mana leh abg dukung adik...
Moga lil princess mama dan baba cepat sembuh yer cayang.Mama baba dok tunggu adik nak boleh akai apa nih sampai demam gini sekali...cayang baby mama.

lil Princess

 Alhamdulillah Puteri hati kesayangan hati Mama, baba dan abang fuad
dah 5 bulan sudah.
cepat sungguh hari berlalu..tik tok tik tok
lil prices dah makin besar.
makin hari makin banyak ragam yg dipamerkan.
ader ajer yang menghiburkan hati.
dalam hibur2kan hati ader juga feel yg memeningkan kepala mama dan baba.
hahaha...

anak mama baba dan adik abang makin besar.
cepat rasa hari berlalu.
cayaaaang adeq.
ummwwah!
moga anak2 mama menjadi insan yang hebat
yang patuh perintah Allah
ikut ajaran Rasulullah
mama dan baba sayang abang dan adik.

Tsunami


Begetar seluruh jiwa menyaksikan sesuatu yang amat dasyat..
Ia berulang lagi meragut lagi nyawa2 dimuka bumi.
Ya Allah peliharalah kami dari segala musibah2Mu
Kami takut Ya Allah!
Ampuni segala dosa kekhilafan kami.
sehebat mana pun
semaju mana pun
secanggih mana pun
segah manapun kita...sekelip mata menjadi seperti himpunan sampah sarap yg tak berguna.
dhaif dan hinanya kami.
Ya Allah bantulah kami.
kami tak sanggup menghadapi mehnah ini.
................
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)


SABAR

Seorang teman berkata "mama bertuah kerana Allah kurniakan mama sepasang zuriat" Yup!betul mama akui mama antara yg bertuah dan mama besyukur sgt dengah anugerah terindah ini.Alhamdulillah.Namun hakikatnya pemberian Allah ini bukanlah sesuatu yang mudah.Beribu ujian yang bakal kami harungi untuk memastikal amanah yg dipikul ini dijaga,diasuh dan dididik dgn sempurna.
"Saya masih belum dikurniakan sorang pun anak"ada nada terkilan dibalik suara harus itu.nada mengharap juga ada.Tapi apa daya...bukan kuasa kita untuk mewujudkan apa yg diimpi.Besabarlah...berdoa sll.jgn putus doa dan jgn sesekali berputus asa dengan Allah...itu nasihat insan kerdil ini.
Lumrah sebagai hamba...akan terus diuji...uji dan diuji.Ada pasangan yang mahu zuriat tapi Allah masih belum kurniakan.Ada yg tak mahu tapi Allah memberi.sampaikan ada yg sanggup membuang zuriat sendiri...
"cemburu saya tgk org yg ada anak ni" hah?kenapa harus cemburu...?tak perlu...cuba muhasabah diri...dan besyukurlah dengan apa yg ada...."Allah nak suruh korang berdua berbulan madu lagi"seloroh mama.baru masuk 2tahun berkawin so mama rasa tak perlulah terdesak sangat.Cuba tengok ada pasangan yg berpuluh tahun bersama tapi sorang zuriat pun tak ada...sesungguhnya ALLAH lebih menggetahui....
Memang mama akui ada sikit terkanan menghadapi situasi itu.Bicara memang mudah tapi amalkannya payah. itulah sebab apa2 kita balik pada Allah...baru la dunia terasa indah.

"APABILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU
MAKA ALLAH MENYAYANGIMU
 APABILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU
MAKA DIA INGIN MENGUJIMU
BILA ALLAH TIDAK MAKBULKAN DOAMU
MAKA DIA MERANCANG SESUATU YG LEBIH BAIK UNTUKMU
OLEH ITU SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH
 DALAM APA JUA KEADAAN PUN KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAAN_NYA"

Baby Aunie

tgk n cuba tgk....
meniarap tak boleh mana lagi tetiba dh pandai bediri.
kuat sungguh la kaki anak mama nih.
terkejut mama bila tgk aksi berani ni.
anak mama mmg kuat...
kuat menyusu n kuat sgt2 menyembang
-
-
-
mujur menangis tak kuat.
kalau kuat nangis mmg parah la mama.
aunie tak kuat tido juga mcm setengah2 baby lain.
tapi aunie ada waktu tido yg tetap.
jam 7am(tido dlm sejam lebih)
then
pukul 11am(tido dlm sejam lebih juga) 
then
pukul 2pm(time ni kejap jer,sbb klu abg ader umah dia sll kcau baby aunie tido)
pukul 7.30pm smpai 4.30am
bagus sgt2 anak baba n mama ni
dia jg merupakan jam loceng time subuh.
sejak ader baby aunie ni dh tak pyh susah2 nak kunci jam.
alhamdulillah
jadi anak yg solehah yer syg...
lepas baba gi keje n abg gi sekolah
aunie tido semula.
itu rutin aunie sepanjang hari
-
-
-
aunie kuat menyembang
naik lucu baba,mama n abg tgk keletah tuan puteri ni sorang
ramah sungguh anak baba n mama ni.
tak sunyi hidup kami
baba dan abang kata adik ikut mama yer sayang
suka nyembang.
abang adik tu lupa kot yang dia juga suka sembang!
kadang2 sampai baba dan mama suh abg senyap!
hahaha sian abang.
_
_
_
abg dan adik bertuah hidup ini
kerana adanya kalian menemani perjalanan mama dan baba.
baba dan mama sayang kalian.
syg sgt-sgt
syukur ya Allah kerana hadirkan mereka dalam hidup kami

dialog si kecil

Maaf kalau ada siapa2 terasa n tersinggung dengan dialog nih

Anak : mama org tu tak tgk cermin dulu ker sebelum keluar rumah?(tunding jari si anak pada seorang wanita yg sedang berjalan)

Mama : eh naper lak cakap gitu?

Anak : yerlah org pakai baju kena tutup perut.ni dah la badan dia besar..pakai baju kecik.mana nak muat.

Mama : tak baik cakap gitu(tujuan nak bg anak henti ngomel)

Anak : habis pakai gitu baik ker?

Mama : memang la tak baik..tp klu cakap gini pun tak baik juga.nanti sama2 dapat dosa.

............(diam sebentar).............

Anak : tu mesti makcik tu tak pergi sekolahkan mama.sebab kalau pergi sekolah ustazah makcik tu mesti ajar dia....

so kesimpulannya anak yg kecil pun tahu mana baik mana buruk...mgpa sesetengah dr kita masih tak jelas ttg berpakaian

Terus diuji

Balik dari hospital...
huh tension sgt2..serabut bagai..so buka sahabat kesayangan ni..disini mama mencoret segalanya..ini jua teman mama...yerlah tak leh meluahkan pada org so luahkan pada skrin kaku ni...
bukan takder pendengar setia..bukan takder peneman terbaik..tapi ntah...sukar nak mama jelaskan keserabutan ni....
Bicara doktor tadi benar2 menyentap separuh dari jiwa mama..tapi seperti biasa bila doktor bicara mama hanya senyum..bukan tak bagi perhatian..tumpuan tu ada..tapi malas sikit nak dengar berita2 tak best ni...
sampai doktor tanya mama "awak tak risau ker?" apa yang patut mama jawab.."eh risau sgt2 doktor" atau patutkah mama menangis teresak2...atau buat muka sedih sepanjang sesi rawatan?so jalan terbaik senyum..tanda menerima segala takdir kehidupan.redho!Allah uji mama lagi...besyukur!itu tanda kasihNYA pada mama.insyaallah dan itu jua sebagai kifarah dosa2 mama...takder apa yang mama tanamkan dalam diri mama yg dhaif ini melainkan...mama hak Pencipta sebagai yang dicipta terimalah apa jua pemberiaanNYA... nak nangis teresak2  pun bukan boleh sembuh.Jadi teruskan berusaha..teruskan rawatan dan teruskan berdoa...insyaallah mama pasti sembuh jika Allah berkehendakkan itu berlaku...
"Awak masih muda.benda ini tak patut berlaku"mama senyum lagi bila dengar doktor berkata begitu.
"Muda bukan takleh sakit dotor.muda bukan tak mati"mama jawab selamba.Takpalah apa yang termampu insyaallah mama akan usahakan..takleh pasrah tanpa melakukan apa2...
Keluar dari bilik doktor mama rasa nak nangis bila melihat tiga pasang mata kesayangan mama.tiga wajah kekasih hati mama.tiga insan penguat hidup mama...so fikirkan positif...ceriakan hidup kerana itu juga ubat dari segala penderitaan...

"senyum tak beerti kita kuat...tapi dengan senyuman kita mendapat kekuatan"