Moga Yg Terbaik


Buat insan yang aku sayangi...
barangkali detik itu hampir tiba dalam kehidupanmu.
dan aku mendoakan kau dan dia bersatu akhirnya
dan Allah redhoi hidup kalian.
moga jalan yang kau dan dia pilih ini adalah terbaik.
dan jalan yang aku dan dia pilih juga terbaik.
insyaallah.amin...
Buat kamu...
sesuatu yang sukar sesuatu yang payah
Dengan izinNya dihujungnya sesuatu nikmat.
hempedu kehidupan bukanlah untuk selamnya..
kerana Allah ciptakan madu.
hujan hari ini bukan beerti esokpun hujan
itulah putaran hikmat alam...
cantik sungguh aturan Tuhan...
adik sayang...
besabarlah...andai dia yang terbaik untukmu
pasti ijab qabul telafaz dalam hidupmu.
andai dia tercipta sememangnya untuk kamu
maka dia tetap akan milikmu.
 jika esok ditakdirkan kau dan dia bersatu
bina dan hiaslah mahligai kalian sebaiknya..

1 comment:

ini untuk saya said...

mahligai roboh sebelum dibina.. hncur punah dek angin keegoan, angkara tiada kemaafan.. mungkin cinta telah hilang searus beredarnya masa....