Imam Ghazali

Enam Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya… Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA:beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
lalu muridnya menjawab : Ibu bapa, guru, kawan dan sahabat.
Imam Ghazali membenarkan apa yang dijawab tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘MATI’.

KEDUA:apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?
lalu muridnya menjawab : negara China, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'MASA LALU'
Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA:apakah yang paling besar di dunia ini?
lalu muridnya menjawab: Gunung, bumi, matahari.
Imam Ghazali membenarkan lagi tetapi jawapan yang paling tepat ialah ‘NAFSU’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

KEEMPAT:apakah yang paling berat di dunia?
lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah".
Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘AMANAH’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA:apakah yang paling ringan di dunia?
lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan".
 Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘SOLAT’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan solat disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM:apakah yang paling tajam di dunia?
lalu muridnya menjawab : ‘ Pedang".
Lantas sekali lagi Imam Ghazali membenarkan lagi tetapi jawapan yang tepat sekali ialah ‘LIDAH"
di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.