Kebesaran di Balik ribuan Kerahmatan

Lailatul Qadar

Rasul Saw apabila memikirkan umur umatnya yang pendek tidak seperti umat-umat terdahulu, baginda menjadi dukacita. Jika umat ini ingin bertanding dengan umat-umat terdahulu dari segi melakukan
amalan-amalan soleh, sudah tentu tidak dapat menandingi amalan-amalan kesolehan mereka. Ini disebabkan umur umat Muhammad begitu pendek, mustahil untuk mengatasi mereka. Oleh itu, Allah dengan   Rahmat-Nya telah mengurnikan malam Lailatul Qadar kepada umat Muhammad.







1.Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(Al-Quran)pada malam kemuliaan
2.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3.Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.
5.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
                                          
                                            (surah AL-QADR ayat 1-5)
   RAMADHAN kini telah sampai di minggu yang terakhir.Hanya tinggal beberapa hari lagi dia akan berlalu pergi.Betapa sayu dan pilunya hati.Dapatkah ramadhan ini aku temui lagi.Ya ALLAH panjangkan umurku dan seluruh ahli keluargaku.Hanya redho dan rahmatMU yang kami harapkan Ya ALLAH.
Sungguh mulianya ramadhan ini sehingga antara salah satu malamnya telah dijanjikan LAILATUL QADAR.iaitu malam yang kebaikannya lebih daripada seribu bulan.MASYAALLAH.Dan betapa hebatnya ramadhan ini sehingga kitap suci AL-QURAN juga telah diturunkan pada bulannya.
 
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud:

"Sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Menurut Qurtubi kemuliaan yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.


Terdapat pelbagai riwayat mengenai tarikh berlaku anugerah Lailatulqadar. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah bersabda: ''Berjagalah pada malam Lailatulqadar iaitu malam-malam sepuluh terakhir Ramadan"                       
                                                                (Riwayat: Bukhari, Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Aisyah)
Berdasarkan hadis ini, maka kebanyakan ulama berpendapat malam Lailatulqadar terjadi pada malam sepuluh hari terakhir Ramadan. Namun demikian terdapat juga ulama berpendapat malam Lailatulqadar berlaku pada salah satu malam bulan Ramadan, dan ada pula menyatakan pada malam 27 Ramadan. Perbezaan pendapat ulama dalam menentukan malam anugerah Lailatulqadar sebenarnya memberi kebaikkan kepada umat Islam. Dengan demikian, umat Islam tidak boleh memburu rahmat anugerah lailatul Qadar serkap jarang atau dengan tangkap muat sahaja dalam usaha mencari untung nasib rahmat Lailatulqadar.Ini menunjukkan Lailatulqadar adalah milik orang soleh yang secara konsisten melakukan ibadat dan mengabadikan diri kepada Allah pada sepanjang masa.
Juteru marilah sama-sama kita mencari AL-QADR ini pada 30 malam yang tersembunyi disebalik RAMADHAN.sama-sama mengabdi diri yang hina mengharap Keredhaan ILLAHI.