Salam dari Labuan



Airmata Syawal
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Huh boleh gak sehari dok nangis bila tedengar lagu dari artis popular M'sia ni.Pilu dan rindu campur satu.tu tak termasuk dengar lagu dendang perantau lagi.Uwaaaa....
Bukan tak biasa raya di perantauan ni malah dulu lagi jauh.Tapi ntahlah....walaupun dah ada anak suami perasaan tu tetap ada bila lebaran menjelma.
Emmm ramai gak family dan sahabat bertanya best tak beraya di perantauan ni.Apapun best tak best kena gak tempuhinya.Best tu adalah juga.Cuma yang tak best jauh dari family.Kemeriahan tue tetap ada walau dimana pun kita berada.
So achik sendiri tak ketinggalan menyediakan sendiri juadah raya.Kuih raya pun uli sendiri bukan apa nak kasi anak ajer terasa kemeriahan raya.Tengok anak girang kita pun tumpang happy juga.


Dipagi raya kami menunaikan sunat aidilfitri di Masjid Bukit Kalam.Behampiran juga dengan rumah achik di Sungai Bangat.Fuad paling happy.Budak baru faham erti raya biasalah.seronoknya lebih.Sambutan raya di Labuan ni tak jauh beza dengan semenanjung.Cuma cara masyarakat disini lebih meriah dari disana.Selalunya kita disana raya ke-4 hingga seterusnya sedikit sangat yang berbaki masih meraikanya.Tapi disini hingga sebulan kita boleh beraya lagi.Tapi achik raya ke-2 ajerlah raya ke-3 hingga berikut dah tutup pintu.sebab makanan dah habis.Kuih muih pun dah bekerak sudah.hikhikhik....
                       
Meraikan kedatangan tetamu kecil lagi best.Banyak kerenah yang mencuit hati.Termasuklah adengan minta ampau.Saja jer achik menyakat buat tak tahu jer biler diaorang habis makan.Sampai ada yang berulang kali cakap dah nak balik.Ada yang siap bersalaman minta diri.Achik wat tak tahu ajer.Saja jer nak nguji diaorang.Last sekali ingat memang achik ni tak faham akhirnya diaorang sendiri yang minta.Hahaha dulu zaman achik.sekarang zaman dah berubah daaaaa...i pula yang kena kasi ampau.
Yang paling mencuit hati ada yang datang bagi salam ajer.Pastu tak nak masuk.Sekali lagi kenalah sakat.Dah taknak masuk...achik jawab salam then masuk rumah.Yang diaorang tadi still lagi kat luar so achik tanyalah nak apa?
"kita orang ndak mau makan kak.Mau ampau aja"huhuhu tahan ketawa gak achik.Tapi dek mau juga ampau terpaksalah diaorang masuk jamu selera juga.Bukan tak lapar tapi agaknya syok sangat kutip ampau tak makan pun takpa.

                                   
Dah agak petang giliran anaknda tersayang pula beraya.Tak padan dengan kecik sibuk nak ikut kawan-kawan dia beraya.Nak kutip ampau juga.Walau pun tak kenal nilai duit tapi semangat raya tue ada.Satu kampung jugalah diaorang memungut duit raya.balik rumah penuh poket jugalah...hihihihi...
huh teringat zaman achik bergini jugalah.Tak pernah kenal pun mak chik tue tiba2 boleh lak bertandang kerumah diaorang.Dulu tak mainlah singgit dua orang kasi.sekupang dua pun syok giler.Tue pon ada gak kasi sekupang kongsi dua orang.hahaha

tabir ramadhan

Esok hari terakhir kita menyambut keberkatan ramadhan.Apakah akan bertemu lagi kita dengannya.Diberi keizinan pada tahun ini belum tentu tahun depan dapat kita lalui lagi.Ah detik-detik akhir ni sesalan pon menjelma.Ramadhan yang hadir tak mampu aku lakukan sebaiknya.Bukan sengaja di compang campingkan likuan mulia ini tetapi ini semua kelemahan diri.Ya ALLAH panjangkan umurku dan ahli keluargaku untuk mengecapi lagi nikmat ramadhanMU.Ampunkan segala dosa-dosa kami...terimalah segala amal ibadat kami.

Kebesaran di Balik ribuan Kerahmatan

Lailatul Qadar

Rasul Saw apabila memikirkan umur umatnya yang pendek tidak seperti umat-umat terdahulu, baginda menjadi dukacita. Jika umat ini ingin bertanding dengan umat-umat terdahulu dari segi melakukan
amalan-amalan soleh, sudah tentu tidak dapat menandingi amalan-amalan kesolehan mereka. Ini disebabkan umur umat Muhammad begitu pendek, mustahil untuk mengatasi mereka. Oleh itu, Allah dengan   Rahmat-Nya telah mengurnikan malam Lailatul Qadar kepada umat Muhammad.







1.Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(Al-Quran)pada malam kemuliaan
2.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3.Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.
5.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
                                          
                                            (surah AL-QADR ayat 1-5)
   RAMADHAN kini telah sampai di minggu yang terakhir.Hanya tinggal beberapa hari lagi dia akan berlalu pergi.Betapa sayu dan pilunya hati.Dapatkah ramadhan ini aku temui lagi.Ya ALLAH panjangkan umurku dan seluruh ahli keluargaku.Hanya redho dan rahmatMU yang kami harapkan Ya ALLAH.
Sungguh mulianya ramadhan ini sehingga antara salah satu malamnya telah dijanjikan LAILATUL QADAR.iaitu malam yang kebaikannya lebih daripada seribu bulan.MASYAALLAH.Dan betapa hebatnya ramadhan ini sehingga kitap suci AL-QURAN juga telah diturunkan pada bulannya.
 
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud:

"Sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Menurut Qurtubi kemuliaan yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.


Terdapat pelbagai riwayat mengenai tarikh berlaku anugerah Lailatulqadar. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah bersabda: ''Berjagalah pada malam Lailatulqadar iaitu malam-malam sepuluh terakhir Ramadan"                       
                                                                (Riwayat: Bukhari, Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Aisyah)
Berdasarkan hadis ini, maka kebanyakan ulama berpendapat malam Lailatulqadar terjadi pada malam sepuluh hari terakhir Ramadan. Namun demikian terdapat juga ulama berpendapat malam Lailatulqadar berlaku pada salah satu malam bulan Ramadan, dan ada pula menyatakan pada malam 27 Ramadan. Perbezaan pendapat ulama dalam menentukan malam anugerah Lailatulqadar sebenarnya memberi kebaikkan kepada umat Islam. Dengan demikian, umat Islam tidak boleh memburu rahmat anugerah lailatul Qadar serkap jarang atau dengan tangkap muat sahaja dalam usaha mencari untung nasib rahmat Lailatulqadar.Ini menunjukkan Lailatulqadar adalah milik orang soleh yang secara konsisten melakukan ibadat dan mengabadikan diri kepada Allah pada sepanjang masa.
Juteru marilah sama-sama kita mencari AL-QADR ini pada 30 malam yang tersembunyi disebalik RAMADHAN.sama-sama mengabdi diri yang hina mengharap Keredhaan ILLAHI.

izinkan aku menangis...





Ntahlah tiba-tiba aku terasa nak nangis.nak
nangis sepuas-puasnya.Fikiran yang serabut membuatkan tubir mataku sentiasa digenangi air.Buat seketika aku ingin bermunajat sepuasnya.mencari kembali keyakinan diri.Ah...mengapa aku harus tewas dengan ujian Illahi yang besifat sementara ini.Lagipun aku cukup tahu dan aku yakin ujian ILLAHI hanya sekadar kemampuanku.



Ya Allah bukan aku tak redha dengan segala pemberian ujianmu.Tapi aku insan lemah Ya ALLAH.Kekadang ujian itu terasa cukup berat.Apapun aku akan laluinya dengan penuh keikhlasan. Ya Allah bimbinglah aku.Utuhkan kesabaranku....
Buat sekian kalinya air mata ini masih bersisa mengalir dipipiku.Dan aku ingin terus menangis melepas segala lelah kerana aku ingin membina kembali keyakinan diri.Segala sisa kesabaran yang tergoyah ingin aku satukan kembali menjadi perisai dari ketewasan nafsu.....






Imam Ghazali

Enam Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya… Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA:beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
lalu muridnya menjawab : Ibu bapa, guru, kawan dan sahabat.
Imam Ghazali membenarkan apa yang dijawab tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘MATI’.

KEDUA:apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?
lalu muridnya menjawab : negara China, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'MASA LALU'
Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA:apakah yang paling besar di dunia ini?
lalu muridnya menjawab: Gunung, bumi, matahari.
Imam Ghazali membenarkan lagi tetapi jawapan yang paling tepat ialah ‘NAFSU’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

KEEMPAT:apakah yang paling berat di dunia?
lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah".
Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘AMANAH’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA:apakah yang paling ringan di dunia?
lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan".
 Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘SOLAT’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan solat disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM:apakah yang paling tajam di dunia?
lalu muridnya menjawab : ‘ Pedang".
Lantas sekali lagi Imam Ghazali membenarkan lagi tetapi jawapan yang tepat sekali ialah ‘LIDAH"
di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

:::.C.E.M.B.U.R.U .:::





Tengah hari tadi achik terima satu panggilan dari seorang insan yang bertanyakan satu soalan yang achik sendiri tiada jawapan yang tepat.Soalan tentang cemburu?Huh parah gak nak jawap sebab achik sendiri tak dapat lari dari sifat tue.Tapi sebagai manusia kita kenalah saling pesan memesankan.Nak cakap memanglah senang bila nak buatnya hanya Tuhan ajer yang tahu macammana nak thabatkan diri ni.hehehehe.Sebagai manusia dan naluri kebanyak wanita sikap ni pasti ada walaupun sekelumit cuma.cemburu ni banyak tempatnya.Tapi ini achik nak tulis tentang cemburu di alam perkahwinan.cemburu ni definasi manusia ialah kasih sayang.tapi bila berlebihan kasih sayang pun melayang tau.Kerukunan rumahtangga pasti tergoyah dek tsunami cemburu yang menggila.Bagi achik sendiri cemburu pada suami achik memang ada.Bukan tak percaya pada my hubby tapi ntahlahkan achik rasakan diri ni terlalu tak sempurna didllm ketidaksempurnaan sifat manusia.Memandangkan keadaan diri ni tak behenti2 ditimpa musibah kesakitan.Fizikal diri mula berubah bentuk sebab penyakit yang bertubi2 sebagai manusia biasa cemburu tu memang tak lari.Sampai kadang2 my hubby kena uruskan dirinya.masa tu cemburu memang menjelma disudut hati.Tapi achik kena percaya dan achik kena yakin pada dia.Keyakinan tu rangking atas sekali achik letak.Satu lagi walaupun achik ni terlalu tak sempurna achik taknak tewas didalam ketidaksempurnaan tu.Sebagai isteri kalau diberi kesempatan sihat achik akan buat sempurna mungkin.Mujur Allah beri achik suami yang memahami.Dan achik harap sangat pemahaman itu kekal.tapi kalau esok jadinya lain achik kena redho dan ingat pula manusia penuh kekhilafan.Sebagai isteri juga kita jangan bergantung hidup seratus peratus pada suami.Apa yang suami lakukan ialah tanggungjawab dia dan bukanlah tanggungjawab kita pula berdamping dengan dia sepanjang masa.Lakukan terbaik walaupun tak boleh jadi yang terbaik.





Apapun terapkan kepercayaan pada pasangan kita.Ikhlaskan kasih sayang kita padanya.Dan ingat apa yang ada di dunia ini semuanya BAHARU ia tak kekal lama.Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu saja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya.Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada lelaki lain? Dan terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.
.
Duhai suami...
Diri ini penuh kekhilafan
Sememangnya manusia tiada sempurna sifatnya
Tapi aku dari ketidaksempurnaan itu
Aku lagi tidak sempurna
Justeru
Bimbinglah aku
Maafkan keterlajuranku
Cemburu sifatku dan kebanyakkan kaumku
Bukan maksud aku tidak menghargaimu
Tapi itu dari kelemahan aku sendiri
Duhai suami...
Bicara ini harap kau mengerti
Andai esok tidak lagi aku bertanya
itu dan ini
siapa  dimana
bila dan kenapa
Tika itu segala kasih dan sayang telah pun luntur dariku
Aku sebagai wanita memang banyak karenahnya
memang banyak tuturnya
dan memang banyak feelnya
Maafkan aku atas kelemahan aku ini
apapun aku mohon pengertian
aku insan lemah yang mencuba menjadi sempurna....
"Kebahgiaan tidak akan datang sendiri tanpa kita sendiri yang berusaha untuk memupuk membina kebahgiaan. Belajarlah dari masa silam insan-insan lain sebelum ini. Mana yang baik kita jadikan teladan, dan mana yang buruk pula kita jadikan sempadan. Binalah kebahagiaan dari penderitaan semalam...
Sesungguhnya yang benar itu datangnya dari Allah dan segala kesilapan itu datangnya dari kita yang bernama manusia"

Pesanan Nabi Buat Wanita


1.Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).

2.Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3.Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4.Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5.Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6.Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7.Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.
8.Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka

9.Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10.Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11.Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

12.Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Labuan-kedah-Selangor

Soalan cepumas kerap di terima sejak akhir-akhir ni.lewat semalam pun sama abang dapat panggilan dari family dia.soalan yang masih sama tak berubah bila nak balik?Raya ni balik tak?tak boleh cuti ker?Raya takkan tak cuti?
Alahai mak...memang la raya cuti mak....susahlah mak.Tiket flight bukan murah.lagipun kejap sangat cuti.tak padan nak balik.
Family achik pun sama betul ker tak balik?soalan tu yang last sebelum diaorang amik keputusan datang sini.rindu sangat mungkin.
Berbalik kisah mertua di kampung.Masih bincang soalan yang sama akhirnya achik sendiri yang cakap(Suami achik dah tak tahu nak cakap)hikhikhik....
Mak sihat?achik mula perbualan...sihat tak leh balik ker raya ni?...jawapan sekaligus pertanyaan.Achik ketawa,mak mertua pun ketawa mungkin tesedar soalan tu dah ditanya tadi.Buat sekian kalinya achik menjawab.tak mak.tak boleh...abang cuti raya jer.mana sempat balik.nanti2lah lepas raya.
Mak masak apa hari ni?saja nak lari pada soalan bila nak balik..
Masak ringkas aje.Mak,ayah dan adik tak sihat.Mai la balik boleh tolong mak.makan ramai-ramai seleralah sikit.hahaha macam nak pecah perut tahan ketawa.Alahai mak.tak habis lagi ker.
Jauh disana achik dengar satu soalan yang memang tak logik...
Mai balik dengan fuad jer.tinggallah baba dia kejap.seminggu dua esok balik lah balik.achik hanya mampu ketawa.sambil tu achik sempat jawab esok balik sini balik anak mak ada bini lain camner?