banyaknyerrrr....

Tetiba mama terajin nak mengemas raga baju Ulfah Aunie setelah mama lihat dah semakin bertimbun pakaian2 aunie.Balik dari kampung tempoh hari mama tak berkesempatan
nak menegemas lagi.
setelah disusun semula.terkejut mama tengok pakaian aunie melebihi umur aunie yang baru 2bulan tu.
dah terlalu banyak.terasa membazir lak kalau2 aunie membesar dengan cepat.
sekarang pun ada 2-3 helai baju yang dah semakin sendat dengan aunie.
adoi...
gambar diatas tu bukan kesemua baju2 aunie.masih ada lagi yang belum sempat mama lipat.
tengok topi saja baba dah start beleter.
mujur baju2 tu bukan semua yang mama beli.kalau tak
lagi panjang khutbah baba.hahaha.
Ikut mama hari tu semasa buat persiapan menyambut kelahiran aunie.
baju aunie hanya 6pasang jer yang mama beli.
tengok2 sekarang baju2 tu macam membiak semacam.Yerlah dah orang hadiah
takkan tak terima lak.Pendek kata sekarang insyaallah mama nak rehat dari pada
membeli baju2 aunie lagi.Tunggu aunie 4bulan pula.Bila dah banyak tak muat dibadan mama akan shoping semula.
sebenarnya mama pun macam excited semacam dalam menyediakan baju2 si puteri sorang.
tu sebab kalau boleh bila pergi shoping mama sedaya upaya mengelak dari masuk
bahagian baby.kalau tak sama tinggi dengan rumah dah baju aunie.
yerlah baju baby girlkan terujanya lebih.kalau abang dulu kurang sikit keterujaannya.