G6PD

APA ITU G6PD???
•G6PD adalah akronim bagi ‘Glucose-6-Phospatedehydrogenase’
•Ia merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil glucose 6 phospatedehydrogenase,yang mana enzim ini biasa didapati dalam sel darah merah manusia.
•Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada jangkitan,ubatan tertentu ataupun makanan.
•Kekurangan G6PD bukan satu kecacatan atau penyakit sebaliknya adalah satu fenomena keturunan di mana bayi lelaki / kanak-kanak cenderung mengalaminya berbanding orang dewasa. Pada dasarnya ia tidak merbahaya.
•Komplikasi hanya berlaku jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses hemolisis dalam darah. Sel darah merah penderita defisiensi G6PD biasanya amat sensitif terhadap zat oksida dan mengalami penguraian.
•Perbezaan kumpulan darah ibu & bayi atau ‘blood group incompatibility ABO and Rhesus ‘ boleh menyebabkan kemusnahan sel-sel darah merah bayi selepas dilahirkan.
•Kekurangan enzim G6PD yang terdapat dalam kalangan 2% bayi terutamanya bayi lelaki membawa kepada hemolisis. Bayi akan kelihatan kuning dan perlu menerima rawatan fototerapi untuk mengelakkan kerosakan otak akibat tahap bahan kimia bilirumin yang terlalu tinggi kadarnya dalam darah.
•Penderita G6PD akan berdepan komplikasi tertentu jika tersalah makan. Makanan yang disebut sebagai ‘makanan pembunuh’ ialah kacang parang.

SIMPTOM-SIMPTOM G6PD

Akibat kegagalan kemasukan oksigen ke seluruh anggota tubuh secara efektif,maka akan berlaku gejala -gejala berikut:

•Sakit atau pening kepala
•Kesukaran bernafas
•Degupan jantung yang kencang
•Nadi berdenyut pantas
•Kenaikan suhu badan mendadak
•Kulit & membran mukus menjadi kekuningan
•Pernafasan menjadi lebih pantas
•Kesihatan mulai merosot,badan menjadi lemah
•Air kencing bertukar menjadi kuning gelap