Sekadar jer

DAH BANYAK YANG BERUBAH

APA NAK BUAT

BUKAN KEHENDAK.SO KENA REDHA

KENA TERIMA IF MAU BAHAGIA

USKUT ALAMATUR  RIDHA

HEHEHE

KETAWA LA DUHAI HATI

KERANA ITU AKAN MEMBUAT DUNIA MU TERUS INDAH

 In kana alkalaamu minal fiddhah, fassukutu min az-zahab

Buat Lelaki....apabila....

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Story ttg aunie lagi....

Pagi2 tadi badan aunie tiba2 panas membahang lagi...apa lagi terus dail no baba suh baba balik,bawa adik gi hospital.Dah takleh nak sabar dah untuk melihat aunie kembali pulih...Jam 9.15 sampai hospital bahagian pesakit luar...daftar then tunggu turn untuk rawatan aunie.Setengah jam berlalu,nama aunie dipanggil,check suhu 37.6...then soal selidik demam aunie yang dah seminggu berlalu..so baba n mama disuruh bawa adik ke bilik 6 pula untuk jumpa doktor.Sessi soal jawab bermula...doc check suhu sekali lagi,kemudian check tekak dan dada aunie..Doc buat 1salinan suruh mama bawa aunie amik darah.Baba tinggalkan mama dan adik lepas tu sebab kena gi nikahkan orang.
Tunggu pula turn amik darah..20minit baru sampai giliran adik.mama baringkan adik atas katil.nurse mula tugasnya.pegelangan adik dikepak untuk cari urat.mama pejam mata sambil pegang adik kejap2.adik nangis daaaa...sakit la oi.dua kali percubaan gagal!darah tak kuar.Kemudian dengan lembut nurse cakap "saya tak cekap nak ambil darah baby.Puan bawa anak pergi bahagian klinik ibu dan anak la.dia orang lebih arif" wah....best dengar nurse tu cakap.lembut jer...tumpang rasa simpati atas ketidak cekapan beliau.lepas ni belajar sampai cekap yer.Sian anak mama..tak pasal leh sakit tanpa hasil.
Mama bawa adik gi bahagian klinik ibu anak lak.Sekali lagi mama baringkan adik.Kali ni adik nampak fobia sikit.Mama juga fobia.kali ni mama tinggalkan adik dengan 2nurse bertugas.mama tunggu kat luar sambil dengar adik meraung...mama memang kalah kalau tengok adik kena amik darah.sebelum2 ni baba yang tolong pegang.siap semua..mama masuk dukung adik.Sory dik,mama tinggal adik.Adik peluk leher mama kuat2.sian anak mama.then bawa darah adik tadi gi serah dekat nurse yang tak arif tadi.Pastu dia suruh mama keluar hantar dekat makmal.memang penatkan.kaedah layan diri sendiri...so kena wat sendiri.Sampai makmal..tunggu lak result darah.setengah jam..amik result darah bawa gi jumpa doc pula.fuh..memang penat punya cerita.
Masuk bilik doc..temenung atas kerusi lak sambil dengar doc cakap tepon.citer pasal tinted.rasa menyirap dah darah mama kat muka.buat muka benci tanda protes.jeling2 sikit.Doc cakap "sory urgent td"banyakla kau....kembali menyemak result darah adik,doc geleng kepala."anak puan kena masuk wad ni" melopong jap mama dengar."ader kuman dalam darah dia,memandangkan aunie ader makan antibotik sebelum ni...tapi takder kesan positif..so...ubatnya masukkan antibiotik dalam drip" huhuhu...mama jadi risau tetiba.sian adik.... "ok puan,ambulance dah sedia"nurse arah mama dan adik naik ambulance."eh!takper2 saya pergi dengan husband jer"puas gak mama menolak.tak mo eh naik ambulance.nampak cam kronik lak anak mama."tak boleh puan.ni prosuder.suruh husband puan gi bahagian kecemasan hospital sana terus" terpaksa la kita orang naik ambulance juga.aunie pandang keliling penuh hairan.gaya memandu lak cam pelumba di F1 lagi dia hairan.hehehe.
Sampai hospital....terus dibawa kebahagian kecemasan.Segala prosuder bermula sekali lagi.Adik2 pelajar kolej juga amik kesempatan untuk terus belajar,Dan mama makin bengang....anak mama yang kecik tu 7 orang pegang.lagi ngamuk la sayang mama.Baba dah faham feel mama,suruh mama tunggu luar.takut tak pasal2 ader orang kena fire..tapi mama tetap kat situ.lepas tengok macam2 ragam "peserta yg amik bahagian" untuk menteteramkan aunie..akhirnya "kalau sorang budak besar tu..korang seramai ni pegang dia,siap bedung dia dengan kain tu,memangla dia ngamuk"tadi dihospital sana,boleh pun 2org jer pegang.selesai gak keja.budak nama pun memang la nangis.dah lepas korang cucuk situ tak kuar darah..kaki pula jadi mangsa.takkan tak nangis.Ha kan tak dah kena sembur.Terhegeh2 wat keje...yang sakit anak kita.bukan budak tu anak patung,nak suruh duduk senyap.
Kemudian bawa adik gi xray pula.sekali lagi adik meraung time baba baringkan.Sian anak mama.sabar yer sayang,kita nak check naper adik demam gini.Adik betul2 fobia bila ader nurse datang dekat dia.selesai semua...sementara tunggu result darah..n tunggu di wad kecemasan tu,mama dan baba amik keputusan balik kejap.Lagipun nak wat per tunggu 2jam kat situ.balik umah sembahyang2 n mandi jap.letih betul..lagipun baba nak sembahyang jumaat.adik pun nampak ok bila balik rumah.kebetulan tadi di spital doc ader masukkan ubat ikut punggung dia lagi.mabye rasa dah ok sikit.
Jam 2,Hospital kol suruh pergi balik.ader kuman dalam darah adik.kuman tu buat adik tak mo baik betul2 n demam main2.memang kena admit wad...tapi memandangkan adik still aktif..rayuan untuk berehat dirumah berhasil.lega mama.kalau duduk wad esok lusa belum tentu dapat balik.nenek adik kan nak datang...dan macammana nak duduk wad adik sendiri dah mula meraung bila sampai hospital.Kata doc..duduk wad pun tak bagus juga.segala macam kuman dia boleh jangkit.so terjamin juga berehat dirumah.elok2 masih aktif...takut masuk wad terus tak aktif.tapi kalau lepas makan ubat yang doc berikan..sehari dua lagi adik still demam..adik kena juga masuk wad.....Ya Allah,sembuhkan puteriku...berikan kami kesejahteraan yang baik.....mama dan baba doakan adik cepat sembuh yer sayang.tak mo duduk wad kan.tak best!hehehe

Layan Cun....

Hari ni...balik dari sekolah.Abang mandi,makan dan baca iqra.
kemudian ngadap TV.
abang suh mama beli ini filem di astro first

-

-

-

-

-

-

-





Pastu,hari ni seharian abang kerja ngadap citer nih.
terkekek-kekek kita org gelak.
memang cun betul storynyer.
biarpun dah round kelima abang ngadap filem ni.abang still gak terkekek ketawa.
tak jemu lansung
macam dia ngadap hantu kak limah balik rumah.
suka betul dia.

Bila suka..hati pun senang.mama nak wat kerja pun senang.
dengan adik tak sihat.
so mama boleh bagi tumpuan sepenuhnya pada adik.

Buat abang selamat menonton.
gelak la sayang gelak selagi boleh gelak.
jangan nangis sudah.ok!

Aunie oh aunie...

Seminggu berlalu..aunie masih macam ni.Panas,sejuk,panas,sejuk dan panas lagi.Sampai bila ni dik?Dah macam2 mama dan baba ikhtiarkan.Tapi adik still gini gak..nangis..main..nangis..main dan nangis lagi...bagitahu la sayang.mama dan baba tak tahu dimana kesakitanmu.Yang pasti hati mama baba,sakit sangat2 tiap kali adik nangis dan meronta.Bila adik main dan ketawa,hati kami kembali tenang.Kalau boleh biarlah sentiasa begini..tapi sayang,semua tu tak lama..dan adik pasti menangis lagi dan lagi.Aduh!peritnya sayang.Ya Allah..kami ibu baba yang lemah..yang tak mampu menyembuhkan anak2.cuma kami hanya berusaha..dan terus berusaha moga anak2 ini sembuh serta sihat selalu.Tolong la Ya Allah bantu kami ni..berikan afiat pada anak2 kami..



cepat sembuh sayangku..mama,baba dan abang nak tengok adik senyum..senyum dan terus senyum.
-
-
-
-
-

senyum gatai cam ni selalu pun takpa..mama windu.windu.windu cgt2.

Berehat jap...

( bila datang mood nak happy...adik macam tak sakit pun)
Dua tiga hari,mama  tak buat  n3 baru..betul2 sibuk...So berehat jap.bagi tumpuan penuh untuk puteri hati...lepas jer putera hati baik demam..adik lak menyusul...aduh kali ni aunie merap betul.so tak sempat mama nak jenguk diari maya ni...windu la gak..disamping line internet yang mengot,so...lagi malas nak kesah.
Tadi,setelah 4hari adik demam dan meragam sepuasnya baru mama dan baba bawa gi klinik.kenapa lama sangat?sebab adik demam main2.kejap ok..kejap panas..pastu ok..tapi bila panas..badan adik panas betul.Lagipun mama fikir mabye sebab perubahan bulan..ader la tu,adik nak leh akai lagi.sekarang tiap2 bulan adik demam..nak leh meniarap,demam.Nak leh menyulur,demam.boleh merangkak demam...dan sekarang nak leh apa pulak yer?mama dan baba,menunggu penuh kesabaran..tapi demam adik makin menjadi2.so dah habis ikhtiar..klinik la jawabnya.adik taknak makan n minum susu lansung.tapi air masak adik minum pulak.mujo la nak juga minum air masak...
Tadi doc check suhu badan adik..mak ai terkejut mama..39.tingginya!tonsil adik bengkak n merah sangat2.Doc bagi ubat,sumbat ikut bawah.sebab tinggi dan lama sangat adik demam.Sian anak mama.maaf yer dik,mama ingat adik demam beralih bulan jer.sian anak mama..
then sekarang dah nampak ok sikit..walaupun adik tidur tak nenyak betul...moga anak mama cepat sembuh yer sayang.Ulfah aunie mama dah jadi sikit slim dah..lepas ni baik demam...tembam2 balik yer dik...

Tahniah untuk diri sendiri....

Kelmarin gi hospital dengan perasaan yang amat cuak.Pagi2 lagi en.hubby gi amik nombor giliran.No 16....lepas congak2..agak2...pukul 11 pagi baru mama siap2 untuk ke spital.Memang nampak cam takder semangat kan?hakhakhak...memang pun.malas rasanya nak dengar penerangan demi penerangan dari doktor.Ubat2 pun mama tak sentuh lansung selama sebulan...betul2 takder semangat untuk makan ubat.Bukan mama tak nak sembuh..selama 6tahun itulah makanan harian mama.cuma mama ... stop kejap ubat.nak wat ujian selidik diri sendiri..apa yang terjadi kalau tak makan ubat?tapi untuk berdoa,mama tak pernah berenti...doa itu senjata kehidupan..moga allah terima doa mama..insyaallah...amin.
Sampai spital,terus mama ke klinik pakar..tengok nombor giliran di atas pintu bilik rawatan..Nombor 15,memang tepat jangkaan.elok ajer duduk,nombor betukar angka 16.Yes!
"macammana hari ni siti?"
"ok jer doktor..macam biasa"
"Dada ader sakit tak...?"
"Ada!tapi tak kadang2 jer.time saya buat kerja berat sikit.Baru jadi"

-*-*-*-

Doc angguk..then senyum2.apa yang lucu ntah.kemudian periksa benjolan di leher mama.doc senyum lagi.kemudian sentuh lagi.lepas tu angguk2 pula.pastu doc buat catatan di fail mama.mama terus memberi tumpuan yang tak seberapa ikhlas.apa lagi lepas ni?tertanya2 sendiri...

"siti ader ambil apa2 produk  lain tak"
"takder"
"lansung takder ker?'
"takder"siap dengan gelengan yang btoi2 serius.
"naper yer doc"
"T4 awak turun banyak"
hah....terkejut mama.biar botoi...
mama tengok result darah yang doc tunjukkan.terkejut mama.Tinggal 15.00jer...?beselirat macam2 persoalan diruang fikiran.tak sabor nak kuar jumpa baba n anak2.. aper taknyer.. sebelum ni cukup payah nak turun.Sebulan lalu result t4 mama 54.30 tingginya.Alhamdulillah...saat mama benar2 kecewa.ALLAH menitipkan keajaibanNya buat mama.syukur padaMu ya Allah...betullah kata pujangga Jangan bersedih bila bumi ditimpa hujan...perhatikan dihujung sudut pelangi indah buat tatapan mata.subahanallah...
"berapa berat awak sekarang"
"ntah,lama dah tak timbang"
"cuba timbang diluar ya?"
mama yang menurut perintah.Terkejut sekali lagi
'50kg daaa'

masuk bilik rawatan,mama bagitahu doc.doc senyum lagi.
"awak semakin sembuh.Tiroid awak semakin memuaskan.Satu contoh tengok pada berat awak.berat awak sebelum mengandung paling tinggi hanya 43kg saja.Bila hormon awak semakin baik.Berat awak pun akan naik"
waaa...nak nangis pun ader time tu.Moga allah memberi kesembuhan pada penyakit mama.
selesai semua.dah beransur baikkan...?so 3bulan lagi baru jumpa.Itu juga bukti yang sakit mama makin pulih.Alhamdulillah.
Keluar...,jumpa insan tersayang yang setia menunggu.Tak dapat dibendung lagi kegembiraan dijiwa.pada baba,mama luahkan segalanya.Baba senyum..baba usap kepala mama.Anak mama,abang fuad juga tumpang seronok
"tu la..abang dah kata.mama mesti le baik punyer"
terima kasih abang..abang anak soleh yang sentiasa doakan mama yer?mama pun sentiasa doakan abang dan adik selalu.moga kita semua sihat2 sentiasa.
syukran baba..yang tak jemu2 disamping mama waktu gembira dan sedih mama.doakan mama selalu yer.biarlah kesihatan ini semakin pulih dan beterusan selamanya.Aminnnn Ya Rabb

Akhirnya

apa yang tinggal
...akhirnya...
kita yang tinggal
hahahaha
kata orang
padan muka aku
takperlah
apa yang dilaku perlu berlaku
tak boleh berdiam
demi sebuah kebahagiaan
akhirnya usai kerja
dan mereka bahagia
aku jua merasa bahagia itu
lalu
aku perlu permisi
-

-

-

-
~sekadar coretan hati memujuk rajuk~

Abang dah sembuh...

hehehe
gembira hati baba dan mama bila abang kembali mau makan.
Hari ni mama masak kari ikan kegemaran abang...
Alhamdulillah abang beselera....
walaupun pada mulanya perut abang meluah balik.
tapi abang tetap sambung jamah semula...
Alhamdulillah aku besyukur padaMu ya Illahi....
semoga anak2ku sentiasa dilimpahi kesihatan yang baik...
insyaallah.
Abang memang suka sangat dengan kari ikan.
nak2 kari kepala ikan.
memang kegemaran abang.Tak padan umo 6tahun baru.
tapi selera macam orang tua.
tak kesah la apapun abang nak.mama pasti masakkan.
janji abang makan lagi..dan lagi....

Turn abang pula

Dua tiga hari ni memang tak sempat lansung nak wat post baru.Sibuk mengasuh...hakhakhak.Anak2 makin besar makin banyak ragamnyer...ader ajer perilku diaorang yg menggugat kesabaran n ader ajer keletah2 comey diaorang yang mengeletek hati...apapun buat anak2 mama...mama cayang abang adik!!!
Kelmarin balik sekolah abang ngadu letih dekat mama...cam biasa mama suruh abang mandi,makan n tido.Mengaji mama bagi cuti...
Sekali elok ajer buka baju abang belari turun bawah...abang muntahkan segala isi perut abang...Kesian mama tengok.abang lembik sangat.kenapa dengan anak mam nih?Kat atas lak mama dengar adik nangis tiba2.kelam kabut mama naik atas...rupa2nya adik terhempap daaaa...adoi la letih mama seketika.adik nak belajar duduk.so tak stabil lagi letak punggungnya.mujo mama letak adik atas tilam.kalau tak,mau lebam dahi adik.
Letih sangat...abang tetido.Tak sampai 15minit,abang terjaga..abang lari turun lagi.abang muntah lagi..kemudian abang tido pula.mama ajak abang makan,abang taknak.mama bancuh milo pun abang tak minum.Dahi abang panas sangat..adoi abang demam juga!mama jerlum kepala abang kemudian mama tampal cool fever.Mama paksa abang makan ubat,hah!kalau tiba time cam gini mmg abang susah nak makan ubat.kalau tak..tengok adik makan ubat pun abang sibuk gak nak makan.itu tandanya time gini memang abang tak sht sgt2.
Banyak kali gak la abang muntah.sampai takder apa dah yang kuar.Puas mama pujuk suh makan...tetap gak tak mo.KFC,McD,Burger,Piza,Chiken chop....tetap gak abang tolak.abang cakap "abang dah letih muntah,mama"sedih mama dengar bila cakap gitu...apapun mama tak jemu2 untuk pujuk abang makan...mama tak mo abang jadi makin teruk....sian abang.susah hati baba dan mama tengok anak2 kami jadi gini.moga abang cepat sembuh...dan moga anak2 mama baba dijauhi dari segala penyakit bahaya.amin

Kunun2....

Berwajah baru kan..kan..kan.Yang sebenarnya nak tukar layout baru.
Malasnya asyik pink ajer.
Sejak dua menjak ni memang mata berpinau bila tengok warna pink
....sekali ...
puas sudah tukar itu ini....
akhirnya mata ni ngalah gak.memang jenis konsep pink
.Kunun2 tak mo pink dah...tapi warna pink tetap gak jadi pilihan hati.Janji untuk catatan udah ler.
Hemmmm malas dah..puas dah round pakcik google.
Malas dah mata ni nak melawan kehendak hati.
takpo ler jnji tak pink lagik.
harap2 tenang sikit kot mata ni nak menatap nnti.
hakhakhak

mama merasainya..

Dua tiga hari nih...mama dikejutkan dengan berita yang amat2 tak best untuk ditatap.Sampaikan mama dah cuak untuk membuka laman kegemaran mama di FB...mama takut lagi nak menatap story2 yang bisa buatkan hati mama tak aman untuk melalui kehidupan...Kisah teman2 fb yang kehilangan zuriat2 comey dalam sekelip mata.Tanpa tanda..tanpa ucapan..bayi yang hanya dilahirkan dalam beberapa bulan sahaja pergi mengadap Yang Maha Pencipta.Mama jadi takut..takut sangat2.Ya Allah jangan Engkau uji aku dengan apa yg tak mampu aku hadapi.Panjangkan umur anak2ku Ya Allah...Pinjamkan mereka padaku selama mana denyutan jantungku berdenyut.Aku hambaMu yang lemah yang tak mampu melalui semua ini..Buat teman2 tabahkan hati....Kalian insan terpilih....takziah dari mama.semoga Allah memberi kalian kekuatan yang utuh untuk kalian hadapi dunia fana ini...
Buat anak2 mama...mama sayang abang dan adik.sehinggakan mama takut kehilangan kalian.Jadi anak yang soleh dan solehah yer sayang2 ku....

~Ujian Illahi memang diluar jangkaan fikiran~

Ulfah Aunie Mohd Fahmi...6m

Pujian buatMu ya Illahi...Atas segala nikmat yang diberi...syukur mama panjatkan...masih menapak dibumi luas ini...Masih menatap segala keindahan yang tercipta oleh Pencipta...dan melihat anak2 kesayangan mama.Dapat merasai segala kasih dan cinta mereka2 buat mama...Ya Allah jangan ditarik nikmat yang diberi..Jangan diuji hambaMu ini dengan apa yang tak sanggup aku lalui....
Pagi2 ulfah aunie dah pun mama mandikan..turn baba pakaikan baju..Mama nak bersiap.Hari ni pagi mama nak pergi awal ke klinik.Takmau tunggu lama2 dah...letih...
belum jam 8 pagi kami dah sampai....huhuhu masih gak terlewat rupanya.Dapat giliran ke 6...mentang2 umo aunie 6bulan..giliran pun no 6.seperti biasa...sembang2 dgn kakak2 kat situ.gelak2...sampai habis modal dah nak sembang.Aunie pun sama..sampai habis modal dah nak gelak.Aunie tertidur....zzZZZzzz...Sejam setengah berlalu,orang makin ramai..mama dan aunie masih menjadi penunggu setia dengan penuh kesabaran.adoi la...betul2 buat kerja macam siput begerak.Ntah apa yang disembang dan diperiksa pun mama tak tahu.Tedengar sok sek sok sek suara2 yang dah hilang sabar.10 kali pergi,10 kali la hilang sabar dan 10 kali juga lak komplen.tapi keadaan still camtu gak.Lemmmmbap!
hampir tiga jam baru giliran adik sampai....tup2 ntah mana atangnya  "mak cik timah" sorang ni jalan laju lintas kami.Nampak dia bisik2 dengan Jm then terus duduk.Huh betul2 cuak sangat.geram..kita yang tunggu panas punggung2 dia yg baru dtg selamba jer masuk...dari baju dia pakai mama tahu dia geng "kesihatan" gak.amboi2 mentang2 kawan diaorang senang hati jer buat camtu tanpa rasa bersalah.benci!
40minit gak la..baru dengar nama adik dipanggil...Cepat2 buka baju adik n pampers adik.Buat cepat2 tanda betul2 protes.Nak senyum pun malas...timbang adik,ukur tinggi,ukur lilit kepala...
Berat : 6.15kg
tinggi : 62cm
lilit kepala : 41cm
Bmi : 16
Perkembangan diri adik betul2 memuaskan.Alhamdulillah.
selesai,mama pakaikan baju adik.Mujur adik tak meragam sangat.Walaupun time tu adik dah tunjukkan aksi2 tak best.hehehe.baik sungguh anak mama nih.Mama bawa aunie masuk bilik rawatan untuk suntikan hepatitis B dos3 pula.Hah kalau bab ni mama risau sangat.Takut adik nangis.Sian kat adik.Sekali ... bila jarum tembus dging adik adik just terkejut ajer.Bunyi erk...pastu diam.wah!tahan sakit betul baby tomey mama nih.

apapun mama dan baba doakan anak2 mama dianugerahkan kesihatan yang baik.mama baba cayang abg dan adik.kalian Anugerah terindah buat kami.Moga kalian penyumbang saham kebaikan kami diakhirat nanti.....insyaallah

ting tong.....ahakkkkzz...

Adoi dh lama mama tak berblog dengan aman.Acer mama merajuk sakan.Pejam celik.Pejam tak celik2...
skrin rosak dahhhh.Meletop kebabummmm.huh.Puas belai,puas pujuk dia memang jual mahal sgt2 sampai takmo tengok muka mama niih.majuk tul.Akhirnya mama pun majuk jugak la.Malas layan.simpan diam2.Tapi mama janji mama akan repair juga.cayang wooooo.Banyak baktinya pada mama.walaupun sekarang dah VAIO.....jasamu acer ku kenang jua.
Thanks yer LALING..... U kirimkan kesayangan u dekat ai...sure u pun tahu tahap jejari i kan..gatal amat tak dapat berblog.Otak lak serabut bagai.huhuhu hebat penangan laptop nih.hakhakhak...Sekarang hidup mama berganda2 happy dapat bicara kembali disini.Walaupun sibuk melayan karenah abang n adik yang tak pernah habis.Mama jua perlukan sesuatu untuk berbicara.hekhekhek.merakam tiap detik bersama kalian diruangan maya ni.cayang adik..cayang abang..cayang baba..cayang laptop baru ku..hakhakhak..n cayang semua.
Thanks yer yang..u memang memahami....ceria lagi hidup ini...

3rd step


Walaupun bermacam hal berlaku
mama still gak nak update N3 tebaru tentang
lil princes
permata hati mama,baba dan abng.
hari ni dok main2 tetiba adik wat aksi merangkak.
wah...
good job
clever anak mama nih.
walaupun tak secepat abang dulu
tapi mama tetap teruja untuk tengok adik buat aksi merangkak berulang kali.
dah 3hari adik dok praktis angkat punggung
hari adik berjaya juga akhirnya.
tahniah Ulfah Aunie...
cayang anak mama.umwaah

Aunie


Aunie cayang nak masuk 6 bulan dah rupanya.
huhuhu
dah banyak sangat penampilan baru yang aunie tonjolkan.
ader ajer yang buat mama tersenyum.
dah makin pandai.
bila tengok mama pakai tudung
wahhhhhh melonjak riang la dia
tahu dah sure nak bawa dia kuar.
Bila jam 5 lebih
dengar ajer motor
dah pandai cam bunyi motor baba.
bunyi kereta kurang sikit,sbb baba jarang naik kereta.
if time tu dia baring,sure akan segera menerap.
if time menerap...
aunie akan cepat2 menyulur.
seolah2 nak pergi tunggu baba di pintu.
hahaha
lawaklah adik
tido pun dah tak diam dah sekarang.
tegolek sana
tegolek sini.
macam2 gaya
pendek kata kami semua kena tidur bawah.
nak letak dalam katil adik pun,adik tak selesa sangat.
so bekorbanlah!
hehehe.
paling penting...mama semakin terasa kehilangan baby mama.
anak mama dah besar.
tak lama lagi nak jadi anak dara dah.
cepatnya dunia ni beputar.
cepatnyamasa berlalu...
cepatnya....!!!

3bulan berlalu

3 bulan berlalu begitu sahaja.
tup2 bulan 4 dah menjelma.
adoila
apa satu tak berhasil lagi.
Ya Allah
permudahkan segala urusan ku
Banyak projek tecanak kat otak nih
tapi satu pun tak jalan lagi
tolong ya Allah
-
-
-
 Bagilah peluang pada ku
makbulkan segala doaku
tolong Ya Allah

zzzzZZZzzz

N3 baru lama sangat tak jenguk sini.
serabut sangat2.
kesayangan mama meragam.
jap2 nnti ada rezeki mama ganti laptop len.
huhuhu
tapi syg sgt dgn ini laptop la.
dah nak wat camner?
pada dekat ribu mama habiskan untuk merawat ini barang
mama rasa mama nak cari penggati lain la.
insyaallah
hahaha.
moga murah rezeki mama